komen

February 9, 2009

PostHeaderIcon Tawaran Sambung Belajar Bergaji Penuh + Elaun

Anda teruja membaca Iklan ini? Sudah pasti, ramai yang berminat untuk tahu lebih lanjut, tawaran belajar ini pernah saya utarakan di dalam web e-kaunseling.umt.edu.my, dan juga dalam blog ini.

Kepada guru-guru yang belum berusia 40 tahun, alamak 40 tahun!, ini syarat pertama, yang dah lebih umur, boleh baca tak de masalah, kedua memegang ijazah Psikologi, Kaunseling, Pengurusan Sumber Manusia dan seangkatan dengannya, anda boleh rujuk web USIM, www.usim.edu.my untuk keterangan lanjut.

Bidang pembelajaran adalah penyalahgunaan dadah dan alkohol, fulamak, ini pun ramai yang kurang teruja. Saya dulu pun tak berminat, tapi bila saya mencuba, ternyat5a dugaan awal saya meleset. Ianya seronok. Belajar selama 9 bulan. Gaji penuh dan elaun diberikan RM900.00 sebulan.

Banyak berjalan, kami tahun ini telah jelajah ke Semenanjung dan Sabah, akhir sekali ke Saigon atau nama barunya, Ho Chi Minh, Vietnam. Dan saya dapat tahu pengambilan 2009 akan dibuka seawalnya bulan 4. Mengikut ketua program SPADA, tahun 2009 kemungkinan akan membuat lawatan sambil belajar ke Australia.



Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive