komen

January 1, 2009

PostHeaderIcon Dalam Kepayahan Ada Kerumitan



RAUB, PAHANG. Rombongan SPADA kali bergerak lagi dalam lawatan ke tempat yang ke-20. Destinasi kali ini ialah Pusat Serenti Raub.

Kami datang ke Pusat Serenti untuk mempraktikkan 7 Langkah Kepulihan dengan hanya menggunakan step pertama sahaja hari ini.

Step pertama ialah seorang penagih mesti mengaku yang dirinya menjadi tidak tentu arah dan bercelaru disebabkan oleh penagihan dadah, dan tiada jalan untuk berubah kecuali atas pertolongan orang lain.

Setiap pelajar diberikan seorang klien. Masing-masing mencari tempat yang paling sesuai untuk sebuah sesi kaunseling.

Sudah saya dengar, cerita dari En.Rafidi, selaku kem Komandan di Pusat Serenti ini, bahawa ada kaunselor yang "menangis" kerana apabila dalam sesi kaunseling, kaunselor yang ditanya oleh klien, Cuba encik bagi tau saya, kenapa saya perlu berubah? Dalam kes ini, bukan klien yang bermasalah nampaknya, akan tetapi kaunselor.

Penagih dadah, menagih dadah itu adalah dunianya, padanya, dia tidak menyusahkan sesiapa, tidak mencuri duit orang, dan tidak mengapa-apakan orang lain, Hanya menagih saja.

Dan saya hari ini, berdepan dengan klien yang usianya 3 tahun lebih tua dari saya. Katanya juga... selepas saya keluar ni (dari pusat) saya akan mencari barang tu lagi. Rasa rindu pada bahan itu dan syoknya pertama kali (high) semakin hari semakin tebal, rasanya ingin sekali tiap-tiap hari ini berlari dengan cepat, agar saya dapat keluar cepat. Dan terus pergi mendapatkan barang itu.

Ish....no point bagi saya hari ini untuk mengubah diri seorang penagih yang dipaksa masuk ke pusat. Sedang dia sendiri tidak ada planning langsung untuk berubah. Kuang, kuang, kuang!

Tuan-puan, beginilah dunia seorang kaunselor, dimana-mana dalam dunia yang berdepan dengan penagih. Dari itu, bilakah penagih akan berkurang? Sedang yang ada pun tak nak berhenti?

Kelas Terakhir Sem 2 Bersama Dr.Nazrun, UKM , beliau adalah antara pensyarah yang mengajar kami ilmu Farmakologi Dadah.
Jomla masuk SPADA


Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive