komen

November 19, 2008

PostHeaderIcon SEMINAR INTERVENSI KRISIS GURU BIMBINGAN & KAUNSELING (SEPENUH MASA) PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT, 2008





Baru-baru ini, Majlis Guru Bimbingan & Kaunseling Daerah Hulu Langat (MGBKDHL), dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat (PPDHL), dan German-Malaysian Institute (GMI), telah menganjurkan program seminar tersebut, yang diadakan di Dewan Auditorium GMI.

Seminar ini telah dihadiri kira-kira 250 orang guru Bimbingan & Kaunseling sekitar daerah Hulu Langat. Pihak GMI telah menanggung segala perbelanjaan makan dan minum peserta seminar. TERIMA KASIH GMI!

Pengerusi MGBKDHL, sdra Zulkifli Malek, berharap program yang diadakan ini dapat menambahkan pengetahuan dan panduan berguna kepada para kaunselor dalam berdepan dengan kes-kes serius pelajar/murid di sekolah masing-masing.

En. Abd. Aziz Isa, Pegawai Pengurusan HEM, PPDHL pula berkata, seminar yang diadakan ini amat baik dan penting kepada kaunselor kerana turut berpeluang mendapatkan input daripada penceramah yang akan menyentuh tentang Akta kanak-kanak, peranan kaunselor dan pentadbir sekolah dsb.

Program dimulakan dengan persembahan multimedia oleh pihak GMI. Pn. Azrina Aziz (Ketua Sektor Pemasaran & Perhubungan Korporat, GMI). Beliau menerangkan tentang sejarah GMI, peluang melanjutkan pelajaran ke GMI dan Jerman, dan sebagainya

Pada sesi pertama, Cif Inspektor Brenda Ranny Francis (Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan & Kanak-kanak) memberikan penerangan berkaitan Akta Kanak-kanak. Beliau turut menceritakan pengalamannya menangani kes-kes penderaan seksual, selain kes-kes jenayah yang melibatkan juvana.

Pn. Rusni Abd. Ghani (Kaunselor Jabatan Kebajikan Masyarakat) pada sesi kedua pula membentangkan tajuk "Krisis Identiti Remaja: Peraturan, Akta & Undang-undang Pencegahan dan Panduan Menanganinya". Pengalaman beliau sebagai kaunselor di sekolah, telah memberi banyak gambaran berkaitan realiti kes serius yang melanda sekolah pada hari ini, khususnya di sekolah menengah. Beliau juga mengakui, ada pengadu yang menarik semula kes sumbang mahram yang diadukan, selain kes 'mendiamkan isu' yang berlaku di sekolah dll demi menjaga nama dsb.

Pada sesi petang pula, diadakan forum 'Wacana Minda: Intervensi Krisis Remaja - Pendekatan, Pengetahuan & Pengalaman". Sdr. Mahadzir Othman (SMK Bandar Baru Bangi) bertindak sebagai moderator, manakala ahli panelnya terdiri daripada sdr. Rosli Suyot (SMK Sultan Abdul Aziz Shah/SAAS), sdr. Yusof Sudin (SMK Cheras Perdana) dan sdr. Yusri Jaafar (SMK Dusun Nanding).

Melalui forum berkenaan, ahli-ahli panel telah menceritakan pengalaman menghadapi kes-kes serius dan pendekatan menanganinya. Rata-rata ahli panel bersetuju bahawa pelajar kita masa kini menghadapi kes yang serius di sekolah, khasnya yang berkaitan dengan dadah dan seks. Adalah menjadi tanggunjawab semua kaunselor untuk berusaha mengatasi kes-kes sebegini agar tidak mengganggui proses mendapatkan ilmu di sekolah. Di samping itu, semua pihak di luar sekolah juga seharusnya turut memain peranan agar generasi pelapis tidak rosak akhlaknya.
November 13, 2008

PostHeaderIcon Program RIMUP - Motivasi ; Perancangan Cuti Sekolah

Bertempat di surau, SK Sungai Serai, baru-baru ini berlangsung program RIMUP - Motivasi ; Perancangan Cuti Sekolah. Program difokuskan kepada murid-murid Tahun 5 (berbilang kaum) memandangkan sasaran ini akan berdepan dengan peperiksaan UPSR 2009.

Ustaz Abu Hassan Al Asha'ari dari Pusat Bimbingan EXCEL, Dusun Tua, Hulu Langat, bertindak sebagai pembimbing program.

Seramai 10 orang murid dari SK Batu Sembilan, SJKC Batu Sembilan dan SK Dusun Nanding, serta murid-murid Tahun 5 SK Sungai Serai, terlibat dengan program ini.




Objektif program antara lain bertujuan membangkitkan motivasi belajar dalam diri murid pada masa cuti sekolah, selain meningkatkan jatidiri serta kesedaran peri pentingnya kejayaan dalam bidang akademik.


Guru Besar Sk Sungai Serai, Pn. Rashidah Ismail, menyampaikan sijil kepada para peserta program.

Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive