komen

October 24, 2008

PostHeaderIcon Program RIMUP - LAWATAN KE PUSAT JAGAAN TITIAN KASIH, TASIK TITIWANGSA

SK Batu Sembilan (SKB9) telah menganjurkan Lawatan Muhibbah ke Pusat Jagaan Titian Kasih, berdekatan Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Lawatan sempena program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) turut disertai SK Dusun Nanding, SK Sungai Serai dan SJKC Batu Sembilan. Seramai 6 orang guru dan 38 orang murid terlibat dengan lawatan ini.

Pusat Jagaan Titian Kasih (PJTK) diasaskan oleh Pn. Sharifah bt Adlan (Mak Pah) pada tahun 1998.

Pusat ini menempatkan kira-kira 85 orang penghuni yang terdiri daripada 12 OKU, 10 orang ibu tunggal, manakala selebihnya adalah anak-anak yatim & piatu serta anak-anak terbiar.

Menurut pengasas PJTK, Mak Pah, sejauh ini, pusat tersebut hanya menerima bantuan daripada orang perseorangan dan orang ramai yang bersimpati serta bermurah hati terhadap nasib penghuni di pusat ini. Ditanya tentang bantuan daripada badan kerajaan, Mak Pah memberitahu kami, karenah birokrasi dan pelbagai syarat tertentu menghalang bantuan diberikan kepada mereka.
Difahamkan, PJTK ini disewa dengan kadar RM2,800 sebulan. Mak Pah memberitahu, tuan punya rumah telah beberapa kali menyuarakan hasrat untuk mengambil semula rumah tersebut dan meminta Mak Pah berpindah. Tapi sehingga kini, mereka mampu bertahan..
*Antara masalah yang dihadapi oleh PJTK :-
-anak-anak di sini tidak mendapat pendidikan formal secara percuma
-jika ada bantuan sukarela, tidak berpanjangan dan tiada kesinambungan
Mak Pah turut memberitahu, antara cara PJTK mendapatkan dana, adalah melalui jualan makanan (pelbagai kerepek dan kuih) yang diusahakan oleh ibu-ibu tunggal PJTK. Selain itu, lebihan sumbangan pakaian terpakai dijual secara 'jumble sale'.
Program lawatan diisi dengan acara sukaneka bersama anak-anak yatim/piatu PJTK.






Pada mulanya, ada cadangan untuk bergotong royong membersihkan PJTK. tetapi kerana kesuntukan masa, beberapa rancangan awal terpaksa dibatalkan. Alhamdulillah, sebelum kami pulang, ada sekumpulan pelajar IPTA yang datang untuk memberikan khidmat sukarela kepada PJTK.
Pada majlis penutup pula, wakil rombongan kami telah menyampaikan sumbangan wang (kutipan derma dari keempat-empat sekolah), serta hadiah sukaneka )yang dimenangi murid) kepada PJTK.



Sesiapa yang berpeluang ke Tasik Titiwangsa, singgahlah ke Pusat Jagaan Titian Kasih, bantulah -melalui pembelian barang jualan mereka. Alamat Pusat Jagaan Titian Kasih, 62A-2, Lorong Maran Off Jalan Kuantan, Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.


Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive