komen

October 31, 2008

PostHeaderIcon Program RIMUP - Senamrobik & Sukaneka



SK Dusun Nanding (SKDN) telah menjalankan aktiviti Senamrobik dan Sukaneka untuk program RIMUP. Sekolah-sekolah dalam kelompoknya, iaitu SK Batu Sembilan, SK Sungai Serai dan SJKC Batu Sembilan, bekerjasama menghantar murid-murid mereka bagi menjayakan program tersebut.


Sesi Senamrobik dikendalikan oleh Cikgu Syukri Masri, dengan dibantu Cikgu Rudy Shah Raimi Shah. Guru-guru pengiring, AJK Urusetia, bahkan Guru Besar SKDN iaitu Pn. Hjh. Nazirah Mohd. Nordin, turut bersama memeriahkan acara bersenam mengikut rentak lagu yang dimainkan. Suasana riang dan ceria tergambar di wajah murid-murid.


Bagi acara Sukaneka, Cikgu Mohd. Faizal Mohd. Hashim dan Ustaz Muhammad Hazizan Mat Lazim, bertanggungjawab menjalankannya. Acara yang disusun untuk para peserta ialah Berlumba Lari Makan Epal (L), Berlumba Lari Makan Biskut (P), Rebut Kerusi (L), Bola Beracun (P), serta Membaling Belon Berisi Air yang menggabungkan kerjasama guru-murid.




Seperti program-program RIMUP yang lain, aktiviti yang dirancang mencapai objektifnya kerana suasana persahabatan antara pelbagai kaum tergambar melalui gerak kerja yang dijalankan itu.




Semoga aktiviti sebegini dapat mengekalkan hubungan antara kaum bagi menjamin kehidupan yang aman damai.



October 24, 2008

PostHeaderIcon Program RIMUP - LAWATAN KE PUSAT JAGAAN TITIAN KASIH, TASIK TITIWANGSA

SK Batu Sembilan (SKB9) telah menganjurkan Lawatan Muhibbah ke Pusat Jagaan Titian Kasih, berdekatan Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Lawatan sempena program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) turut disertai SK Dusun Nanding, SK Sungai Serai dan SJKC Batu Sembilan. Seramai 6 orang guru dan 38 orang murid terlibat dengan lawatan ini.

Pusat Jagaan Titian Kasih (PJTK) diasaskan oleh Pn. Sharifah bt Adlan (Mak Pah) pada tahun 1998.

Pusat ini menempatkan kira-kira 85 orang penghuni yang terdiri daripada 12 OKU, 10 orang ibu tunggal, manakala selebihnya adalah anak-anak yatim & piatu serta anak-anak terbiar.

Menurut pengasas PJTK, Mak Pah, sejauh ini, pusat tersebut hanya menerima bantuan daripada orang perseorangan dan orang ramai yang bersimpati serta bermurah hati terhadap nasib penghuni di pusat ini. Ditanya tentang bantuan daripada badan kerajaan, Mak Pah memberitahu kami, karenah birokrasi dan pelbagai syarat tertentu menghalang bantuan diberikan kepada mereka.
Difahamkan, PJTK ini disewa dengan kadar RM2,800 sebulan. Mak Pah memberitahu, tuan punya rumah telah beberapa kali menyuarakan hasrat untuk mengambil semula rumah tersebut dan meminta Mak Pah berpindah. Tapi sehingga kini, mereka mampu bertahan..
*Antara masalah yang dihadapi oleh PJTK :-
-anak-anak di sini tidak mendapat pendidikan formal secara percuma
-jika ada bantuan sukarela, tidak berpanjangan dan tiada kesinambungan
Mak Pah turut memberitahu, antara cara PJTK mendapatkan dana, adalah melalui jualan makanan (pelbagai kerepek dan kuih) yang diusahakan oleh ibu-ibu tunggal PJTK. Selain itu, lebihan sumbangan pakaian terpakai dijual secara 'jumble sale'.
Program lawatan diisi dengan acara sukaneka bersama anak-anak yatim/piatu PJTK.






Pada mulanya, ada cadangan untuk bergotong royong membersihkan PJTK. tetapi kerana kesuntukan masa, beberapa rancangan awal terpaksa dibatalkan. Alhamdulillah, sebelum kami pulang, ada sekumpulan pelajar IPTA yang datang untuk memberikan khidmat sukarela kepada PJTK.
Pada majlis penutup pula, wakil rombongan kami telah menyampaikan sumbangan wang (kutipan derma dari keempat-empat sekolah), serta hadiah sukaneka )yang dimenangi murid) kepada PJTK.



Sesiapa yang berpeluang ke Tasik Titiwangsa, singgahlah ke Pusat Jagaan Titian Kasih, bantulah -melalui pembelian barang jualan mereka. Alamat Pusat Jagaan Titian Kasih, 62A-2, Lorong Maran Off Jalan Kuantan, Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.


October 18, 2008

PostHeaderIcon Program RIMUP - Kejohanan Boling Integrasi


SK Batu Sembilan, Cheras pula telah menganjurkan Kejohanan Boling Integrasi yang dijalankan di Pusat Bowling, The Mines, Balakong, pada 15 Oktober lalu.
Empat buah sekolah yang terlibat adalah SK Dusun Nanding, SK Sungai Serai, SJKC Batu Sembilan serta penganjur sendiri.

Seperti program RIMUP yang lain, murid-murid daripada sekolah-sekolah terlibat telah dibahagikan mengikut kumpulan yang mengandungi peserta daripada sekolah yang berlainan. Ini bagi menjalin perhubungan yang harmoni antara mereka, di samping memupuk perpaduan kaum yang menjadi matlamat utama RIMUP.

Pihak urusetia juga turut berpeluang bermain boling, di mana dua kumpulan mengandungi empat pemain telah dibentuk.


Suasana ukhuwah sememang dapat dilihat melalui program yang dianjurkan ini.

Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Batu Sembilan, Pn. Seti Sabariah, telah berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
*Juara Individu (Perempuan) dari SK Batu Sembilan

*Juara Individu (Lelaki) dari SJKC Batu Sembilan

*Para peserta dan urusetia bergambar kenangan

Semoga program yang sama dapat dilangsungkan pada tahun hadapan





October 15, 2008

PostHeaderIcon PROGRAM RIMUP - Perayaan Kongsi Raya

Bertempat di SJKC Batu Sembilan, program RIMUP ini melibatkan 4 buah sekolah iaitu SK Batu Sembilan (SKB9), SK Sungai Serai (SKSS), SK Dusun Nanding (SKDN), serta tuan rumah sendiri (SJKCB9).

*Pn. Yean sedang mengendalikan sesi pecah bendungan
Antara pengisian program adalah pertandingan membuat kraftangan (3 projek), serta permainan tradisional.

Aktiviti yang dijalankan berjaya memperlihatkan suasana perpaduan kerana murid-murid daripada sekolah terbabit digabungkan dalam kumpulan yang berlainan.

*Hasil kerja berkumpulan dipamerkan untuk penilaian

*Permainan tradisional diganti dengan permainan 'merebut kerusi', kerana beberapa kesulitan yang tidak dapat dielakkan

*Pn Teh, Guru Besar SJKC Batu Sembilan sedang memberi ucapan
Berikut adalah foto pemenang utama ;




Berdasarkan wajah peserta-peserta yang terlibat, tergambar satu kepuasan setelah majlis berakhir. Ini kerana, selain setiap murid tidak pulang dengan tangan kosong, mereka juga berasa gembira kerana dapat berkenal-kenalandengan peserta dari sekolah yang berlainan aliran dan bangsa. Semoga hubungan antara kaum di kalangan murid sekolah akan bertambah baik
*Semua guru dan murid yang terlibat bergambar kenangan
October 9, 2008

PostHeaderIcon Klang Merintis Blog

Seramai 20 orang guru kaunseling akan mengikuti kursus bina laman blog pada minggu hadapan. Syabas dan tahniah kepada PPD Klang yang berminat mengusahakan laman blog. Blog sekarang tengah laku dan laris di dunia internet. Kalau anda sempat merantau dalam dunia internet, anda akan dapati pelajar-pelajar di Indonesia berinteraksi sesama mereka di pelbagai universiti dalam dunia hanya melalui blog.

Mencurah pengalaman dan membahagi perasaan, berkongsi ilmu dan maklumat melalui jalan paling murah, gratis dan berbaloi. Pada masa yang sama, guru-guru di Eropah juga turut memiliki laman blog setiap orang. Nota-nota hanya disedut dalam blog. Guru tak perlu ulang-ulang nota yang tak cukup masa untuk disampaikan dalam kelas.

Cuma...kadang-kadang kita di Malaysia...guru-guru nya masih tertinggal di belakang sedikit berbanding pelajar tadi. atas alasan tak cukup masa,....kesian....banyak sangat kerja jadi cikgu ni...

norish....Bangi
October 7, 2008

PostHeaderIcon SEKITAR PEMANTAUAN UBK DHL OLEH KPM & JPNK


Pada 23 September lalu, beberapa orang wakil Majlis Guru Bimbingan & Kaunseling (SM & SR), berpeluang mengikuti sesi pemantauan Unit Bimbingan & Kaunseling oleh pihak KPM dan JPN Kelantan. Mereka adalah Azlinda Mohd Ariff (SMK Engku Hussain), Nazri Ahmad (SMK BB Sg Long), Rohana Pa'adek (SMK Saujana Impian), Norlin Yunus(SMK Taman Jasmin), Norhazimah Mohd Noh (SK Tun Abdul Aziz Majid) dan Adlan Mohd Ali (SK Dusun Nanding)
JPN Kelantan
diketuai En. Wan Ahmad Azmi Husain, bersama En. Nik Mohd. Fauzi Ali dan En. Afifi Abdullah. Manakala En. Abdul Aziz Isa, Pegawai Pengurusan HEM, PPDHL, mengiringi rombongan berkenaan. (En Khairuddin Mohd Amin, Pegawai Kaunseling, JPNS, turut hadir kemudiannya)


Dalam perancangan asal, terdapat beberapa buah sekolah menengah yang tersenarai untuk dipantau. Namun, disebabkan beberapa hal yang tidak dapat dielakkan, rombongan tersebut hanya berkesempatan memantau tiga buah sekolah iaitu SMK Perimbun, SMK Cheras Jaya dan SMK Jalan Tiga BB Bangi.

Beberapa aspek yang dinilai pada sesi pemantauan berkenaan adalah dari segi Program/perkhidmatan UBK, Bilik Sesi B&K, Pengurusan & Pentadbiran, Dokumentasi Program UBK dsb.
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sewaktu sesi pemantauan tersebut. Diharap rakan-rakan kaunselor/guru bimbingan dapat 'mengambil sesuatu' daripada yang terlihat pada gambar yang dipaparkan.

Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive