komen

September 29, 2008

PostHeaderIcon MAKLUMAN - SALAM TAKZIAH..


Bagi pihak Majlis Guru Bimbingan & Kaunseling (SR) Daerah Hulu Langat, saya ingin merakamkan ucapan TAKZIAH kepada pasangan guru yang berkhidmat di daerah kita, iaitu Cikgu Idris (SK Tasek Permai) dan Ustazah Norliza Sulaiman (SK Dusun Nanding) - atas pemergian anak sulung mereka, Mohd Dinie bin Idris (19 tahun), akibat kemalangan jalanraya sewaktu pulang dari bersahur pada pagi 27 September.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh arwah serta ditempatkan di kalangan para solihin. al-Fatihah.


September 23, 2008

PostHeaderIcon Pemantauan Mendorong Lebih Baik

23 September 2008. Beberapa buah sekolah di daerah Hulu Langat hari ini akan dikunjungi oleh beberapa orang tetamu untuk melihat perkembangan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Ini termasuklah update sistem blog yang telah pun disiap 2 bulan yang lalu.

Harap semua sekolah dapat memberikan kerjasama yang terbaik kepada tetamu yang datang.

Norish





September 20, 2008

PostHeaderIcon DOA UNTUK DIAMALKAN..

Catatan: Kita disuruh berusaha menangani musibah yang menimpa. Jika sakit, disarankan pergi berubat. Jika hati tidak tenang dan resah gelisah, baca al-Quran. Dan seribu satu persoalan lain, diikhtiarkan jalan penyelesaiannya, kecuali mati. Justeru, ayat ini antara yang disyorkan- dibaca sekerap mungkin sekiranya kita berasa tertekan, atau stress. Kemudian bertawakkal kepada Allah agar memberikan ketenangan dan kelegaan..




September 6, 2008

PostHeaderIcon jangan delete blog anda

Oleh : Noorhisham Hamzah

Salam dibulan Ramadhan yang jatuh pada bulan September tahun ini. Anda apa khabar? Saya tersilap delete blog yang lama (cerita dulu) gara-gara ingin menukar template baru sedangkan blog itu sudah 3 tahun posting. Saudara nak tahu apa jadi? Hilang. Ye lah, semua artikel lampau bersama dengan foto dan kenangan yang terindah hanyut begitu saja dan saya tak mungkin akan dapat mengejarnya kembali.


Oleh itu, sebagai perkongsian dengan tuan-tuan semua. Janganlah delete blog lama, biarkan ia. Anda boleh tukar atau ganti nama blog itu andai ingin tak dikunjungi orang. Gantilah dengan nama apa pun. Kecuali dalam blog anda sangat berbahaya bagi diri dan keluarga anda ditatap orang.

Setelah ter-delete blog lama, saya terpaksa memulakan semula blog baru semacam baru belajar buat blog. sayangkan.

Baiklah, untuk tahun ini, saya akan beraya di Kampung Kota Bharu. Tahun lepas beraya di Indonesia, melepasi 3 propinsi di Sumatera, Medan, Aceh dan Padang. Seronok bawa rusa dari Medan ke Acheh, tapi jalan nya sempit dan banyak pula motokar dijalan. maklum musim raya, saya tak terlalu pandai kemudi di arus bersimpang siur gitu. Banyak kali tukar drive dengan abang ipar.

Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive