komen

July 21, 2008

PostHeaderIcon HULU LANGAT TERDEPAN

Hari ini sudah pun terkumpul 48 blog seluruh Hulu Langat. Dan disamping 88 emel terdaftar dengan kaunselorlangat. Rasa gembira,seronok dan bahagia, wal aupun sememangnya saya baru 3 hari keluar waddan masih dalam MC. Di gagahi untuk melangsaikan hutang blog. Ternyata
hari ini siap 38 blog.

Harap semua yang belum ada blog,bersegeralah memilikinya hanya dengan percuma. Dan kepada yang sudah memiliki, sentiasalah updatenya selalu. Kurang-kurang sekali seminggu.

Ada yang berkata tadi, rupanya senang je buat blog ini.Ingatkan susah. Itulah ada yang ambil upah buat blog hingga RM200.00. BETUL!.

Tak susah pun kan. Lebih seronok bila ramai orang datang menjengah blog kita. Apa2 program boleh dikongsi bersama. Kita tak lupa mengucapkan jutaan terima pada Encik Abdul Aziz bin Isa kerana memberi laluan mudah bagi HUlu Langat mendepani daerah-daerah lain mendominasi
dunia blog.

Sudah lah 2 tiga hari lepas kita juara dan nain juara di peringkat negeri acara yang menaikkan nama Hulu Langat, dan serentak menenggelamkan rasa kemampuan kita yang terhad.

Oh ya...Jumaat ini ada lagi kursus blog.Semua sekolah yang belum terlibat akan dilibatkan.
Sesungguhnya HULU LANGAT BOLEH...!!!! !!!!!!!!

July 13, 2008

PostHeaderIcon Kepada JK Anak Pedalaman Peringkat Kebangsaan


SILA buka blog http://anakpedalaman.blogspot.com/ atau klik foto dibawah, kerana ada perubahan modul sedikit dari segi FALSAFAH, mohon edit dan send kembali pada saya di alamat afraima@yahoo.com dan infokan ke 0194424417
July 5, 2008

PostHeaderIcon Salam Kaunselor Malaysia

Salam buat semua kaunselor di seluruh tanah air, dan salam teristimewa buat kaunselor terpilih dari sluruh Malaysia yang telah datang ke Hotel Goldcourse Klang selama 4 hari minggu sudah.

Tahniah,anda bukan sebarangan orang, antara satu negeri, andalah antara 10 yang terpilih, tidak syak lagi, anda memang bernilai disisi orang lain. Amacam dengan Excel Pelaporan ekaunseling? Masih pening? haha, biasa lah tu...

Hari ni saya sempat melihat beberapa blog anda yang sudah pun dibuat tempoh hari. Pada awalnya saya melihat tiada perubahan sangat, melainkan beberapa orang yang mempunyai minat. Yang lain saya rasa masih pening kapal terbang. Baru turun pesawat.

Baiklah, untuk lebih baik lagi, telah saya uploadkan bahan power point tambahan, bagaimana membina blog, menambah posting, merubah template dan kolom 3. semuanya ada dalam blog saya,
http://norish77.blogspot.com.

Untuk makluman, banyak jugak alamat blog yang saya terima tetapi tidak ada pun sebenarnya blog itu, mungkin belum buat atau salah alamat. Andai kata tuan puan terbaca artikel ini, tolong hantarkan alamat blog anda ke kotak dialog saya untuk link list.

Sila pergi ke sebelah kiri paling atas, kemudian download dan perhatikan, andai tak juga faham, boleh hubungi saya melalui blog yang tertera.Selamat Maju Jaya.
July 3, 2008

PostHeaderIcon Program Permata Hati




Sekalung tahniah diberikan kepada para kaunselor dari zon Bangi yang telah berjaya menjayakan program Permata HAti semalam. Program yang mengumpul 10 peserta dari 10 buah sekolah terdiri dari murid-murid yang mempunyai harapan untuk lulus.
July 2, 2008

PostHeaderIcon KEPUTUSAN PENUH KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA DAERAH HULU LANGAT 2008


KATEGORI SEKOLAH RENDAH
*Majlis Penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Yang Berusaha En. Ismail Bin Musa, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat.
MEMBINA MODEL KERJAYA
1. SK Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
2. SK Taman Kosas
3. SK Taman Tasek

FOLIO KERJAYA
1. SK Tasek Permai
2. SK Jalan 4, Bandar Baru Bangi
3. SK Bandar Teknologi Kajang

KUIZ KERJAYA
1. SK Seri Sekamat
2. SK Jalan 4, Bandar Baru Bangi
3. SK Jalan Semenyih 1

POSTER KERJAYA
1. SJKC Yu Hua
2. SJKC On Pong, Ampang
3. SJKC Sg. Chua, Kajang

KAD LIPAT KERJAYA
1. SK Taman Tasek
2. SK Dusun Nanding
3. SK Tanming Jaya

KAD BERANGKAI KERJAYA
1. SK Tanming Jaya
2. SK Jalan 3, Bandar Baru Bangi
3. SJKC Yu Hua

* Ucapan SYABAS kepada pasukan yang telah berjaya. Semoga setiap sekolah dapat mempersiapkan pasukan masing-masing lebih awal, demi mencapai kejayaan pada tahun hadapan.

Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive