komen

June 15, 2008

PostHeaderIcon Program Permata Hati

KERTAS KERJA
PROGRAM PERMATA KAMI
Harapan Lulus
SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ZON BANGI


1.0 Rasional
Usaha yang bersungguh-sungguh dalam apa jua pun, pasti akan membuahkan hasil. Belakang parang kalau diasah, semakin hilang tumpulnya. Atas dasar itulah, program ini dirancang dan diikhtiarkan untuk menjadi satu realiti, murid-murid yang sentiasa dianggap lemah tetapi sebenarnya berpotensi untuk maju dalam pelajaran sekiranya diberi bimbingan yang berterusan.

2.0 Objektif
2.1 Menyedarkan diri murid bahawa sesuatu boleh dicapai dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
2.2 Menyedarkan diri murid, bahawa seseorang manusia tidak dicipta untuk gagal.
2.3 Menyuntik semangat waja, sanggup berdepan cabaran dan melalui kesulitan demi mencapai impian hidup.

3.0 Sasaran :
10 orang murid yang dikategorikan mempunyai harapan untuk lulus (HALUS) dari 9 buah sekolah zon Bangi. Murid-murid ini terdiri dari kalangan murid yang lemah tetapi berpotensi untuk menunjukkan perubahan markah. Sekolah-sekolah tersebut ialah :

3.1 Sekolah Kebangsaan Jalan 6
3.2 Sekolah Kebangsaan Bangi
3.3 Sekolah Kebangsaan Jalan 4
3.4 Sekolah Kebangsaan Seksyen 7
3.5 Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi
3.6 Sekolah Kebangsaan Jalan 3
3.7 Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal Dalam
3.8 Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan
3.9 Sekolah Kebangsaan Kajang Utama

Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive