komen

June 22, 2008

PostHeaderIcon Mesyuarat Jawatankuasa Pro.Kecemerlangan Anak Pedalaman









Besar dan bukan kecil peranan ini. Program ini atas nama Kementerian Pelajaran Malaysia, dibawah unit Kaunseling, dan Selangor adalah tuan rumah. Dalam keadaan bajet yang kurus, tempat yang terhad, dikeliling sekatan dan larangan, kami merangkak berusaha menjadikan Selangor sebagai penganjur terbaik kali ini.


Seramai 160 anak-anak dari Pedalaman seluruh Malaysia dijangka akan tiba bulan Julai ini. Mesyuarat selama 3 jam setengah membuka sedikit lubang. Namun masih suram bercampur kelam.


Malamnya saya rebahkan tubuh dikatil bilik hotel, fuuhh, dapat mandi air sejuk, semenjak pagi tadi belum mandi. Malam sebagai ubat, kawan-kawan berkumpul sebilik dan kami adakan mesyuarat dalam bilik. Cikgu Loh tunggu dibawah, setia sebagai jaga. Jam 1o lewat kami turun, wah ada murtabak rupanya. Program ikan bakar ke pelabuhan Klang terkensel dengan automatik.

Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive