komen

June 17, 2008

PostHeaderIcon Kursus Lanjutan Blog Hulu Langat

Anda dan yang tak sempat mengikut kursus blog di MFI bulan lalu, kini diberi peluang sekali lagi untuk mengikuti kursus ini. Kali ini ianya akan diadakan di warnet Footprint, sebalah KPM,Kolej Profesional Mara Beranang, pada 28 Jun 2008, jam 9.30 pagi hingga 11.00. Program selama sejam ini hanya terbuka kepada 20 orang warga Kaunselor rendah dan menengah Daerah Hulu Langat.

Sesiapa yang berminat bolehlah memaklumkan dari sekarang kepada En.Noorhisham Hamzah, selaku guru yang akan memberi bimbingan secara kasar tentang blog. Anda hanya membawa RM2.00 untuk sewa internet yang laju selama sejam dan nota RM1.00 bagi yang belum ada nota.Menarik bukan?

Tidak sekadar blog, anda akan berpeluang mewujudkan yahoogroups untuk kalangan persekitaran anda, misalnya untuk sekolah dan taman.Untuk pengetahuan semua, pada 19 Julai saya akan bermesyuarat dengan 7 orang Juru Latih Utama ICT Kaunseling Kebangsaan di Klang selama 3 hari. Mesyuarat ini bersetuju untuk membawa idea blog kepada seluruh kaunselor di Malaysia. Selangor diwakili 2 orang guru bimbingan termasuk saya, dan 6 orang lagi dari beberapa negeri lain. Ikuti perkembangan lanjut dalam kaunselorlangat.blogspot.com pada 20 Julai ini tentang mesyuarat tersebut.

Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive