komen

June 30, 2008

PostHeaderIcon KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA - PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT 2008


KATEGORI KAD BERANGKAI
Pada tahun ini, Karnival Kerjaya bertemakan "Sains dan Teknologi Peneraju Wawasan Negara". Matlamat karnival adalah untuk membantu murid menyediakan diri dan membina maklumat dalam dunia kerjaya yang sesuai dan selaras dengan kebolehan, minat, pengalaman, kelayakan akademik dan keterampilan bakat mereka.

Bertempat di SMK Engku Hussain, Semenyih, bagi kategori Kad Berangkai Kerjaya, sebanyak 33 buah sekolah [(29 SK, 3 SJK (C) dan 1 SJK(T)] telah menyertainya.

Koordinator kategori ini, En. Adlan Mohd. Ali berkata, penilaian berdasarkan isi kandungan, daya kreativiti dalam pemaparan serta persembahan kad, kesesuaian dan ketepatan maklumat kerjaya, di samping keaslian rekaannya.

Penghakiman tergalas di bahu En. Azman Othman (SK Ulu Semenyih), Pn. Tan Lim Chen (SJKC Yu Hua), Pn. Vishaya Sundary (SJKT Ladang Rinching) dan Pn. Faridah Khalid (SK Bandar Baru Bangi).

Komen daripada hakim - "Secara keseluruhannya, kad menepati kehendak tema. Namun, dari segi kreativiti, perlu diperbaiki lagi kerana majoriti peserta kurang menggunakan bahan-bahan terbuang. Maklumat kerjaya yang dipaparkan ada yang kurang jelas - diganggui warna latar yang menenggelamkan paparan maklumatnya. Di samping itu, tidak banyak sekolah yang melibatkan integrasi kaum bagi pesertanya. Hal ini harus disedari oleh semua sekolah yang terlibat".


Keputusan pertandingan bagi kategori ini akan diumumkan pada majlis penutupan rasmi pada 1 Julai ini.


Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive