komen

June 5, 2008

PostHeaderIcon Galakan Percambahan Blog Kaunselor

Oleh : En.Noorhisham bin Hamzah
Pengendali Blog : http://kaunselorlangat.blogspot.com

Pendahuluan

Kewujudan blog sebenarnya sudah lama bertakhta didunia internet, bahkan bukan hanya blogspot sahaja yang wujud. Selain blogspot, ada lagi blogdrive, woodpress dan puluhan blog lain. Namun setakat ini blogspot.com sangat dominan dan digemari ramai pengguna.

Hanya 5 minit, anda boleh menghasilkan sebuah laman blog. Bahkan ada berpendapat hanya 3 minit sahaja (Sinar/Khamis/06-06-08). Setiap hari bertambahnya berjuta-juta blog diseluruh dunia. Blog menjadi kegemaran ahli politik di Malaysia, namun diseluruh dunia manusia memanfaatkan blog sebagai diari kehidupan, catatan peribadi, sumbangsaran artikel dan sebagainya.

Di Indonesia, mahasiswa menjadikan blog sebagai medan interaktif antara sesama mereka, bertukar pandangan, berkongsi maklumat dan pengalaman. Apalagi corak paparan blog (template) seakan laman web yang sebenar.

Kelebihan Blog

Blog boleh dibina secara percuma, mudah dan ringkas. Siapapun boleh mengendalinya. Hanya perlu belajar sekali imbas atau melihat catatan nota, akan akan berjaya memilikinya.

Blog Kaunselor Malaysia

Dalam menambah pemantapan unit kaunseling di seluruh Malaysia, setiap kaunselor di sekolah di alu-alukan membina blog peribadi. Di peringkat kebangsaan, pihak terbabit sedang mencari alternatif untuk mewujud sebuah team yang boleh membantu negeri dan daerah membina blog. Selain itu, disarankan setiap negeri memiliki laman web sendiri. Disamping kewujudan dan percambahan blog setiap sekolah.

Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive