komen

June 30, 2008

PostHeaderIcon KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA - PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT 2008


KATEGORI KAD BERANGKAI
Pada tahun ini, Karnival Kerjaya bertemakan "Sains dan Teknologi Peneraju Wawasan Negara". Matlamat karnival adalah untuk membantu murid menyediakan diri dan membina maklumat dalam dunia kerjaya yang sesuai dan selaras dengan kebolehan, minat, pengalaman, kelayakan akademik dan keterampilan bakat mereka.

Bertempat di SMK Engku Hussain, Semenyih, bagi kategori Kad Berangkai Kerjaya, sebanyak 33 buah sekolah [(29 SK, 3 SJK (C) dan 1 SJK(T)] telah menyertainya.

Koordinator kategori ini, En. Adlan Mohd. Ali berkata, penilaian berdasarkan isi kandungan, daya kreativiti dalam pemaparan serta persembahan kad, kesesuaian dan ketepatan maklumat kerjaya, di samping keaslian rekaannya.

Penghakiman tergalas di bahu En. Azman Othman (SK Ulu Semenyih), Pn. Tan Lim Chen (SJKC Yu Hua), Pn. Vishaya Sundary (SJKT Ladang Rinching) dan Pn. Faridah Khalid (SK Bandar Baru Bangi).

Komen daripada hakim - "Secara keseluruhannya, kad menepati kehendak tema. Namun, dari segi kreativiti, perlu diperbaiki lagi kerana majoriti peserta kurang menggunakan bahan-bahan terbuang. Maklumat kerjaya yang dipaparkan ada yang kurang jelas - diganggui warna latar yang menenggelamkan paparan maklumatnya. Di samping itu, tidak banyak sekolah yang melibatkan integrasi kaum bagi pesertanya. Hal ini harus disedari oleh semua sekolah yang terlibat".


Keputusan pertandingan bagi kategori ini akan diumumkan pada majlis penutupan rasmi pada 1 Julai ini.


June 29, 2008

PostHeaderIcon Manfaatkan Blog Anda

Tahniah rakan-rakan kaunselor dari seluruh Malaysia yang telah menghadiri mesyuarat e-Kaunseling di Goldcourse minggu lepas. Dan TAHNIAH sekali lagi atas inisiatif mweujudkan blog. Sesungguhnya manfaat dari kewujudan blog akan anda rasakan setelah semakin lama anda bersamanya. Disini saya sarankan beberapa perkara sebagai langkah kedepan setelah anda mempunyai blog.

1. War-warkan alamat blog anda kepada semua ibu bapa, guru-guru dan murid melalui perhimpunan, berita sekolah, buletin dan sebagainya, agar mereka melawat blog anda. Jangan malu dengan tampilan blog awal anda, memang begitu dan biar mereka melihat perubahan blog anda dari sehari ke sehari.

2. Masukkan semua tugasan anda dan apa yang berlaku di sekolah anda setiap hari, jangan lupa ambil gambar, ini menjadikan blog anda semakin menarik.

3. Letakkan kotak dialog dalam blog anda, kotak dialog ini boleh didapati dengan melawati mana-mana blog yang tersedia kotak tersebut, cari perkataan free shoutbox, klik disitu dan buatlah pendaftaran. Copy html mengikut CD power point yang telah dibekalkan.

4. Buatkan link antara blog anda dengan blog rakan2 yang lain. Caranya buka dashboard_Add page Element_Add Link List_masukkan alamat blog rakan anda dan taip nama mereka, klik save.

5. Letakkan juga foto anda sebelah kiri blog, ini biar lebih menarik dan orang akan kenal siapa pemilik blog ini.

6. Bersabar lah sedikit, kelak masalah yang besar pada anda, sebenarnya bukanlah besar pun...Cuma kita yang belum tahu.

OK Selamat mencoba, jangan lupa hantarkan emel pada saya sekiranya anda menghadapi apa-apa masalah. Alamat emel afraima@yahoo.com atau sms 013-264-1189. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih dari hari ini.
June 26, 2008

PostHeaderIcon Pendaftran Blog JU ICT


Klik pada gambar atau di sini untuk daftar blog anda.


PostHeaderIcon Tahniah Para Blogger















June 25, 2008

PostHeaderIcon Pesanan dari Penaja

Diharap semua kaunselor dapat menghantar alamat blog anda untuk di link . Pergi ke ruang dialog box, taip nama anda dalam ruang name, alamat blog anda dalam website dan apa2 mesej dalam massage. dan klik shout, boleh hubungi saya afraima@yahoo.com .

Noorhisham


.



June 23, 2008

PostHeaderIcon PEMBAHAGIAN IP IKUT NEGERI






June 22, 2008

PostHeaderIcon Mesyuarat Jawatankuasa Pro.Kecemerlangan Anak Pedalaman









Besar dan bukan kecil peranan ini. Program ini atas nama Kementerian Pelajaran Malaysia, dibawah unit Kaunseling, dan Selangor adalah tuan rumah. Dalam keadaan bajet yang kurus, tempat yang terhad, dikeliling sekatan dan larangan, kami merangkak berusaha menjadikan Selangor sebagai penganjur terbaik kali ini.


Seramai 160 anak-anak dari Pedalaman seluruh Malaysia dijangka akan tiba bulan Julai ini. Mesyuarat selama 3 jam setengah membuka sedikit lubang. Namun masih suram bercampur kelam.


Malamnya saya rebahkan tubuh dikatil bilik hotel, fuuhh, dapat mandi air sejuk, semenjak pagi tadi belum mandi. Malam sebagai ubat, kawan-kawan berkumpul sebilik dan kami adakan mesyuarat dalam bilik. Cikgu Loh tunggu dibawah, setia sebagai jaga. Jam 1o lewat kami turun, wah ada murtabak rupanya. Program ikan bakar ke pelabuhan Klang terkensel dengan automatik.
June 20, 2008

PostHeaderIcon Sidang Pleno JU ICT


Mesyuarat JU ICT e-kaunseling bertempat di Goldcourse telah berjaya mengcungkil bakat para kaunselor. Tahniah hari ini, En.Rahim dalam masa beberapa minit, telah berjaya menyiapkan sebuah laman blog. Klik gambar untuk video.
Untuk makluman rakan sekalian, minggu depan bermula hari Isnin hingga Khamis, kami akan berkampung seramai 120 orang. Yang hadir adalah 10 bagi setiap negeri. Satu slot saya perlu memberikan ceramah tentang blog.
Rasanya lepas ni, akan bertambahlah blog kaunselor Malaysia. Dan saya berusaha menjadikan blog ini sebagai pusat pertemuan antara semua blog sementara ada yang lebih baik.

PostHeaderIcon Sidang Pleno JU ICT






June 17, 2008

PostHeaderIcon Kursus Lanjutan Blog Hulu Langat

Anda dan yang tak sempat mengikut kursus blog di MFI bulan lalu, kini diberi peluang sekali lagi untuk mengikuti kursus ini. Kali ini ianya akan diadakan di warnet Footprint, sebalah KPM,Kolej Profesional Mara Beranang, pada 28 Jun 2008, jam 9.30 pagi hingga 11.00. Program selama sejam ini hanya terbuka kepada 20 orang warga Kaunselor rendah dan menengah Daerah Hulu Langat.

Sesiapa yang berminat bolehlah memaklumkan dari sekarang kepada En.Noorhisham Hamzah, selaku guru yang akan memberi bimbingan secara kasar tentang blog. Anda hanya membawa RM2.00 untuk sewa internet yang laju selama sejam dan nota RM1.00 bagi yang belum ada nota.Menarik bukan?

Tidak sekadar blog, anda akan berpeluang mewujudkan yahoogroups untuk kalangan persekitaran anda, misalnya untuk sekolah dan taman.Untuk pengetahuan semua, pada 19 Julai saya akan bermesyuarat dengan 7 orang Juru Latih Utama ICT Kaunseling Kebangsaan di Klang selama 3 hari. Mesyuarat ini bersetuju untuk membawa idea blog kepada seluruh kaunselor di Malaysia. Selangor diwakili 2 orang guru bimbingan termasuk saya, dan 6 orang lagi dari beberapa negeri lain. Ikuti perkembangan lanjut dalam kaunselorlangat.blogspot.com pada 20 Julai ini tentang mesyuarat tersebut.
June 15, 2008

PostHeaderIcon Program Permata Hati

KERTAS KERJA
PROGRAM PERMATA KAMI
Harapan Lulus
SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ZON BANGI


1.0 Rasional
Usaha yang bersungguh-sungguh dalam apa jua pun, pasti akan membuahkan hasil. Belakang parang kalau diasah, semakin hilang tumpulnya. Atas dasar itulah, program ini dirancang dan diikhtiarkan untuk menjadi satu realiti, murid-murid yang sentiasa dianggap lemah tetapi sebenarnya berpotensi untuk maju dalam pelajaran sekiranya diberi bimbingan yang berterusan.

2.0 Objektif
2.1 Menyedarkan diri murid bahawa sesuatu boleh dicapai dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
2.2 Menyedarkan diri murid, bahawa seseorang manusia tidak dicipta untuk gagal.
2.3 Menyuntik semangat waja, sanggup berdepan cabaran dan melalui kesulitan demi mencapai impian hidup.

3.0 Sasaran :
10 orang murid yang dikategorikan mempunyai harapan untuk lulus (HALUS) dari 9 buah sekolah zon Bangi. Murid-murid ini terdiri dari kalangan murid yang lemah tetapi berpotensi untuk menunjukkan perubahan markah. Sekolah-sekolah tersebut ialah :

3.1 Sekolah Kebangsaan Jalan 6
3.2 Sekolah Kebangsaan Bangi
3.3 Sekolah Kebangsaan Jalan 4
3.4 Sekolah Kebangsaan Seksyen 7
3.5 Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi
3.6 Sekolah Kebangsaan Jalan 3
3.7 Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal Dalam
3.8 Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan
3.9 Sekolah Kebangsaan Kajang Utama
June 12, 2008

PostHeaderIcon JALAN KEHIDUPAN - Kita yang pilih...

June 11, 2008
PROGRAM ANAK PEDALAMAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2008

TARIKH
25-18 OGOS 2008

TEMPAT
HOTEL GOLDCOURSE KLANG

ANJURAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KELOLAAN
JABATAN PELAJARAN SELANGOR

TEMA
“ANAK-ANAK PEWARIS NEGARA




June 10, 2008

PostHeaderIcon Program Anak Pedalaman

SELANGOR sah sebagai tuan rumah tahun ini. Anak-anak pedalaman dari seluruh Malaysia akan berkumpul lagi kali ini di Negeri terkaya di Malaysia iaitu Selangor. Tahun lepas, program di adakan di Pulau Labuan.
Dalam program ini, murid yang datang dari seluruh Malaysia di pilih mewakili setiap daerah akan dibawa melawat ke tempat-tempat tersohor di Selangor, termasuk stesen TV3, NTV7,Ntv9, Hot.FM dan lain-lain.





PostHeaderIcon 10 Golongan Orang Yang Solat nya Tidak Diterima...

Mari bermuhasabah diri..
Adakah kita tergolong di kalangan orang-orang yang solatnya tidak diterima Allah SWT..? Sempurnakah solat kita - berdasarkan sunnah Rasulullah SAW..? Khusyukkah solat kita kepada-NYA..?
Pertanyaan ini bukan bermakna yang bertanya cukup sempurna dalam ibadah solat ini. Bahkan sebenarnya penulis sekadar ingin membuka minda kita, agar bersama-sama memeriksa pelaksanaan ibadah solat kita. Sebaik-baiknya segala perlakuan dalam solat itu, telah kita rujuk pada dalil naqli, ada sandarannya (nas)serta betul mengikut perlakuan Rasul. Kita bukannya perlu menjadi pelaku yang membuat sesuatu mengikut orang ramai, tanpa sandaran dalil, atau mengikut 'cakap-cakap orang' saja. Sebaliknya kita diberi akal fikiran yang seharusnya mendorong kita untuk berusaha memperbaiki ibadah fardhu, selain berusaha pula menambah amal sebagai bekalan ke negeri akhirat..
Semoga catatan ini berupaya memberi kemanfaatan kepada pembaca..

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah SAW telah bersabda bahwa : "10 golongan solatnya tidak diterima oleh Allah SWT, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya.
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
June 5, 2008

PostHeaderIcon Galakan Percambahan Blog Kaunselor

Oleh : En.Noorhisham bin Hamzah
Pengendali Blog : http://kaunselorlangat.blogspot.com

Pendahuluan

Kewujudan blog sebenarnya sudah lama bertakhta didunia internet, bahkan bukan hanya blogspot sahaja yang wujud. Selain blogspot, ada lagi blogdrive, woodpress dan puluhan blog lain. Namun setakat ini blogspot.com sangat dominan dan digemari ramai pengguna.

Hanya 5 minit, anda boleh menghasilkan sebuah laman blog. Bahkan ada berpendapat hanya 3 minit sahaja (Sinar/Khamis/06-06-08). Setiap hari bertambahnya berjuta-juta blog diseluruh dunia. Blog menjadi kegemaran ahli politik di Malaysia, namun diseluruh dunia manusia memanfaatkan blog sebagai diari kehidupan, catatan peribadi, sumbangsaran artikel dan sebagainya.

Di Indonesia, mahasiswa menjadikan blog sebagai medan interaktif antara sesama mereka, bertukar pandangan, berkongsi maklumat dan pengalaman. Apalagi corak paparan blog (template) seakan laman web yang sebenar.

Kelebihan Blog

Blog boleh dibina secara percuma, mudah dan ringkas. Siapapun boleh mengendalinya. Hanya perlu belajar sekali imbas atau melihat catatan nota, akan akan berjaya memilikinya.

Blog Kaunselor Malaysia

Dalam menambah pemantapan unit kaunseling di seluruh Malaysia, setiap kaunselor di sekolah di alu-alukan membina blog peribadi. Di peringkat kebangsaan, pihak terbabit sedang mencari alternatif untuk mewujud sebuah team yang boleh membantu negeri dan daerah membina blog. Selain itu, disarankan setiap negeri memiliki laman web sendiri. Disamping kewujudan dan percambahan blog setiap sekolah.
June 4, 2008

PostHeaderIcon Harga Petrol Naik Lagi

PUTRAJAYA: Berkuatkuasa tengah malam ini harga petrol dan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter, umum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini. Perdana Menteri berkata berikutan kenaikan itu harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter. Bercakap pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, Abdullah berkata bagi mengurangkan beban kenaikan petrol dan diesel khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet bersetuju sambung
June 1, 2008

PostHeaderIcon Petunjuk Lengkap Bina Blog











KAJANG, 31 Mei 2008. Salam muhibah, bagi anda yang mula berjinak untuk menjadi blogger,
jangan lepaskan peluang untuk belajar membina blog. Kini ianya semurah RM4.80, dapatkan Majalah PC bulan ini, atau MPC di mana-mana kedai kiosk berhampiran. Di dalamnya lengkap bagaimana membina blog sehingga meletakkan foto. Berikut adalah sebahagian foto yang ada, untuk selengkapnya anda boleh memiliki majalah tersebut.

PostHeaderIcon JOm KUmpul dUit Pi Bandung


Sambil Jalan Sambil Pi Seminar Kat Bandung. NOvember 20 Seat untuk Kaunselor Sekolah Rendah dan 20 seat untuk sekolah Menengah. Tak boleh lebih, susah nanti ramai-ramai.

Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive