komen

May 29, 2008

PostHeaderIcon Sebuah Harapan Baru

Oleh : Noorhisham Hamzah,S.Sos.I

Anda mungkin pernah mendengar e-kaunseling. Ya, e-kaunseling. Laman ini pernah dibangun oleh sahabat kaunselor kita dari Terengganu, yakni En.Salim.

Keberadaan Laman e-kaunseling yang beralamat http://e-kaunseling.umt.edu.my telah melompat ke arena kebangsaan di Malaysia. Ia telah mampu bertapak dan melebar hingga ke utara dan selatan tanah air. Pun tidak menjadi masalah menuju ke Pulau Labuan.

Pengasas kepada laman e-kaunseling atau orang yang bertanggungjawab penuh ketika waktu kelahirannya adalah En.Salim. Selang beberapa ketika, ianya di ambil alih oleh Yang Mulia Raja Mazlan dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pernah beberapa ketika ia jatuh, bangun, bahkan pengsan seketika. Malam ini,jika anda melayari laman ini, ianya sudahpun pulih.

Dan pada 13 Jun nanti, sebuah mesyuarat Khas akan diadakan di PutraJaya, kemungkinan besar bersama YM Raja Mazlan, bertujuan melantik JU-JU ICT dalam dunia kaunseling di Malaysia ini. Dan selang beberapa hari, iaitu pada 23 hingga 26 Jun, sebuah mesyuarat akan diadakan kemungkinan pula melibatkan seluruh Ju-Ju dari Malaysia.

Dalam daerah Hulu Langat ini, saya adalah antara yang dipanggil terlibat dalam Mesyuarat 13 Jun ini, jika tiada aral melintang, insya Allah. Dengan ini, memohon masukan, idea, pendapat, input dan juga sokongan dan segalanya dari anda untuk dibawa ke meja mesyuarat nanti. Tuliskan beberapa harapan anda terhadap e-kaunseling Kebangsaan. Harapan anda akan dibawa dan dibentangkan dalam mesyuarat tersebut.

Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive