komen

May 28, 2008

PostHeaderIcon Nazir Hairan Sekolah Mengarahkan Kaunselor Mengajar



PUTRAJAYA, 27 Mei 2008, Puan Jamilah Ahmad, selaku wakil dari Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia dalam ucapan brain storm melahirkan rasa hairan beliau, kenapa masih ada lagi kaunselor yang diberikan waktu mengajar khusus ketika sesi lawatan beliau ke sekolah-sekolah. Padahal perkara ini telah termaktub dalam Pekeliling Ikhtisas melarang mana-mana kaunselor diberikan waktu mengajar tetap, kerana memberi peluang kepada kaunselor untuk memberi fokus kepada bidang mereka yang amat luas.( Bidang tugas kaunselor tidak disedari oleh guru-guru lain).

Sementara itu, seorang wakil kaunselor dari Kuantan, menyarankan agar nama guru bimbingan dan kaunseling ini ditukar kepada kaunselor sekolah.Ini kerana ianya menjadi isu kepada sesetengah orang yang merasa kurang senang dengan bidang kerja kaunselor.

Dalam pada itu, unit Sumber Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor telah mengeluarkan surat arahan yang ditandatangi oleh Ketua Pengarah Pelajaran Negeri Selangor, bahawa kaunselor sekolah boleh diberikan waktu mengajar sebagai menggantikan guru yang tidak hadir tidak melebihi 10 waktu seminggu. Ini adalah antara ketetapan yang digariskan. Kita berbangga kerana ada juga sebahagian besar kaunselor yang dengan rela hati sanggup masuk kelas dan memberikan bimbingan kelompok tanpa mengira had waktu tersebut.

Namun sebagai manusia, adakalanya kaunselor yang terbeban dengan pelbagai masalah, manakala orang atasan yang sepatutnya memayungi mereka pula tidak memberikan sokongan kepada kegiatan kaunselor, inilah yang menjadikan kaunselor pasif, tidak bermaya dan kadang-kadang terpaksa merungut kerana terpaksa melakukan kerja diluar bidang mereka.

Ada sesetengah pentadbir yang tidak suka pada peribadi kaunselor itu sendiri, bukannya pada kaunseling, inilah yang didapati dari beberapa kajian tidak rasmi menjadi kaunselor tidak begitu ghairah melakukan kerja mereka. Mereka hanya tunggu orang yang terbabit bersara atau bertukar ke sekolah lain, barulah nak bersemangat semula. Tetapi apakah dengan cara ini boleh disahkan betul tindakannya?

Sementara itu. Seorang kaunselor dari SAAS pula bangkit menyarankan agar program keagamaan kepada kaunselor Islam diperbanyakkan, ini kerana setiap manusia tidak lepas dari agama dan agama adalah obat yang paling mujarab bagi segala penyakit rohani manusia.

Harapan kepada semua kaunselor agar dapat memberi idea, artikel dan sebagainya bagi memartabatkan bidang kaunseling di Malaysia, dalam keadaan negara kita bertambah banyakkan masalah.

Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive