komen

May 5, 2008

PostHeaderIcon Modul PRS

Baru jap tadi saya berjumpa dengan En.Rabuni, Kaunselor SK Bandar Rinching di Restoran Sathik. Kami bincang pasal PRs dan Sekolah Selamat, juga tentang program AADK tahun ini untuk sekolah-sekolah, biasanya bulan 5 dah ada, tapi tahun ni sopi sajo.

Kita bergerak dalam PRS selama ini tanpa modul khusus, pakai main hentam keromo saja. Modul sekolah menengah mana boleh di apply. Begitu juga yang terbaru KPJ atau ringkasnya Kelab Pencegah Jenayah. Modul itu agak tinggi dan belum sesuai, perlu dimurnikan lagi.

Namun, walau begitu, ada rakan-rakan kita dah pun membuat modul sendiri, saya cuba salin dan perhatikan modul yang dibuat oleh En.Rabuni, nampaknya boleh di copy lah kalau anda belum ada sesen pun. Lebih baik pakai beliau punya dari satu pun tak ada.

Andai tuan puan mempunyai modul yang menarik tentang PRS, Kelab Bimbingan & Kaunseling, Kelab Pencegah Jenayah dan sebagainya, sila ketengahkan untuk panduan semua.

Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive