komen

May 19, 2008

PostHeaderIcon Lebih Tiga Ribu Pelajar Terbabit Jenayah Tahun 2007

Ditulis oleh Editor
Saturday, 17 May 2008
Lebih 3,000 pelajar sekolah menengah ditahan kerana terbabit dalam pelbagai kesalahan jenayah sepanjang tahun lepas, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye.Sehubungan itu, beliau berkata satu kaedah proaktif dan bersepadu melibatkan semua pihak perlu dilakukan segera bagi membendung masalah itu daripada terus menjadi semakin serius."Pada tahun lepas seramai 3,383 pelajar ditahan atas jenayah rogol, merusuh, mencuri, mendatangkan kecederaan, pecah rumah dan curi motosikal, walaupun perangkaan menunjukan berlaku penurunan sedikit berbanding pada 2006 iaitu 3,550 pelajar ditangkap, namun statistik ini masih dianggap serius," katanya ketika berucap pada Seminar Pencegahan Jenayah Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini Sabtu.Seminar sehari itu dirasmikan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Turut hadir Ketua Polis Pahang Datuk Ayob Mohamed."Banyak faktor menyumbang kepada penglibatan pelajar dalam jenayah seperti kesan pembangunan negara, kecuaian ibu bapa, masalah rumah tangga dan pengaruh rakan sebaya," katanya.Lee berkata Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) di peringkat sekolah yang diwujudkan sejak 1999 adalah antara usaha yayasan itu dengan kerjasama Kementerian Pelajaran untuk mengatasi masalah jenayah di kalangan pelajar."Sebanyak 1,400 KPJ telah berjaya diwujudkan di sekolah-sekolah menengah seluruh negara bagaimanapun hanya 60 peratus atau 840 kelab sahaja yang sehingga kini yang dilihat sebagai aktif."Fokus kita sekarang mengaktifkan kelab-kelab tersebut. Saya telah berbincang dengan ahli jawatan kuasa peringkat pusat untuk membantu daripada segi sumbangan dan motivasi," katanya.Beliau berkata yayasan itu sedang mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran mengenai cadangan mewajibkan penubuhan kelab itu di setiap sekolah."Apa yang penting sebenarnya bukanlah sekadar wujudkannya di sekolah-sekolah tetapi memastikan kelab tersebut dapat berperanan memberi kesedaran kepada para pelajar menjauhi perlakuan jenayah," katanya.-- BERNAMA

Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive