komen

May 30, 2008

PostHeaderIcon Blog Langat Semakin DiKenali

Blog ini semakin dikenali, sudah sampai ke Indonesia, apalagi ke Timur Semenanjung. Seorang rakan kaunselor dari Kuantan pernah menaip “seminar Kaunseling Kebangsaan PICC” di enjin carian google. Tak silap lagi lagi katanya yang keluar adalah Blog Kaunselor Langat ini. Ada juga yang menumpang download bahan-bahan kegemaran mereka. Pokoknya, kalau anda taip perkataan “kaunselor” di lama carian google. Blog ini tidak lupa untuk mencelahkan dirinya.

Ura-ura kedengaran JU ICT Kaunseling mahu membawa program blog ini kepada Kaunselor di Utara Semenanjung, Pulau Pinang dan juga Kedah, bagi membantu rakan-rakan disana. Wah, anda tak malu ke kalau ketinggalan, kalau toke ada di Kajang, sedang rakan di sana sudah pun bersiap untuk sebuah laman blog peribadi.

Setakat ini di Malaysia, Blog semakin tumbuh, tapi jika dibanding dengan Indonesia, kita jauh keitnggalan. Sungguh, memang jauh. Makan asap beb. Cubalah melayari salah satu blog mereka, kita akan menemui link yang mereka buatkan begitu banyak sekali ke serata dunia, hingga ke Jepun dan Korea.

Mereka memanfaatkan blog untuk saling
v Berhubung
v Menyampai maklumat dan informasi
v Bertukar pandangan
v Mengutip pengalaman
v Berkongsi idea dan bahan
v Mencari idea baru untuk kesegaran program.
v Menyegarkan program yang luntur
v Mengilaukan cahaya yang pudar

Justeru kita di Malaysia yang sudahpun mempunyai kemudahan jalur internet lebar dan agak murah berbanding waktu dulu yang lembab dan lambat, kini dengan hanya RM49.00 sebulan kita mampu berinteraksi dengan manusia seantero dunia dengan picit-picitan jari jemari melentok di keyboard setiap hari. Selamat membaca dan berazamlah hari ini untuk memiliki blog sembari masih dikasi free dan percuma. Jangan Cuma ada blog tapi percuma aja eksistensinya.

Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive