komen

May 3, 2008

PostHeaderIcon Bengkel Bina Blog Setengah Hari




MFI, 03 Mei 2008, Bengkel setengah hari yang diadakan berjaya membina 4 buah laman blog. Sekolah yang terlibat ialah SK BAtu 9 Cheras, SK Taman Ceupacs, SK Beranang dan SK Tun Abdul Aziz Majid.

Bengkel ini memperkenalkan kepada para bloggers baru bagaimana membina blog, bagaimana meletakkan dialog box dan counter. Sebenarnya ramai yang ingin datang tetapi pagi ini mereka berhadapan dengan masalah, antaranya Bateri kereta Kong, Anak Demam dan Pengasuh Demam.

Walau bagaimanapun, bengkel diserikan dengan kehadiran Encik Yusri selaku Jurulatih Utama ICT Daerah Hulu Langat. Pihak penganjur tidak menyedari kehadiran beliau, walhal pagi-pagi beliau sudah memaklumkan melalui kotak dialog hasratnya ingin datang. Namun kesibukan melihat setiap blog yang sedang dibangun membuat saya terlupa menyemak kotak tersebut.

Apapun, kehadiran beliau menambah semangat kami apalagi sempat menurunkan ilmu tentang blog ini. Sekarang anda boleh melihat berita Utama Berita Harian pada paparan sebelah kiri blog ini. Lawati blog-blog yang tersedia dengan klik sebelah kanan pada link yang tersedia.

Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive