komen

May 31, 2008

PostHeaderIcon Lawatan ke Bandung :Sebuah Kajian Psikologi dan Kaunseling Antara 2 Negara

Assalamualaikum, makluman kepada semua kaunselor Daerah Hulu Langat dan dimana jua, bagi yang menanti-nanti peluang untuk melawat Indonesia, khususnya ke Bandung, inilah saatnya. Rancangan program Bulan 11 ( November) musim cuti sekolah. Destinasi Bandung dan sekitarnya, pusat membeli-belah, pusat peranginan dan pelbagai lagi. Destinasi wajib adalah Institut Teknologi Bandung, seorang rakan telah bersedia mengatur jadual pertemuan antara rombongan kaunseling dari Malaysia ke ITB. Di dalam pertemuan ini kami mengatur seminar dengan pihak ITB.

Kami memilih kos yang paling minima untuk anda, dengan kapal terbang Air Asia, penginapan yang murah.

Lokasi lawatan :
1. Institut Teknologi Bandung
2. Pusat Peranginan
3. Lokasi membeli-belah pakaian



Hubungi : Sekolah Menengah Pn. Azieta 0133630137
Sekolah Rendah En.Noorhisham 019-4424417

Tempat terhad, tidak melebihi 20 orang sekolah rendah, dan 20 tempat duduk sekolah menengah.
May 30, 2008

PostHeaderIcon Tujuan Keberadaan Kaunseling di Sekolah

Tujuan Kaunseling
1. Memberi Maklumat
Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat
Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor
2. Menggalakkan Celik Akal
Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran
Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya
3. Memberi Sokongan
Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah.
4. Penyelesaian Konflik
Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu (pihak)
Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan
5. Membuat keputusan
Membantu klien membuat keputusan kerana kerap kali menghadapi masalah untuk membuat keputusan
Kaunselor boleh mengemukakan cadangan dan berbincang dengan klien sebelum sesuatu keputusan diambil

PostHeaderIcon Blog Langat Semakin DiKenali

Blog ini semakin dikenali, sudah sampai ke Indonesia, apalagi ke Timur Semenanjung. Seorang rakan kaunselor dari Kuantan pernah menaip “seminar Kaunseling Kebangsaan PICC” di enjin carian google. Tak silap lagi lagi katanya yang keluar adalah Blog Kaunselor Langat ini. Ada juga yang menumpang download bahan-bahan kegemaran mereka. Pokoknya, kalau anda taip perkataan “kaunselor” di lama carian google. Blog ini tidak lupa untuk mencelahkan dirinya.

Ura-ura kedengaran JU ICT Kaunseling mahu membawa program blog ini kepada Kaunselor di Utara Semenanjung, Pulau Pinang dan juga Kedah, bagi membantu rakan-rakan disana. Wah, anda tak malu ke kalau ketinggalan, kalau toke ada di Kajang, sedang rakan di sana sudah pun bersiap untuk sebuah laman blog peribadi.

Setakat ini di Malaysia, Blog semakin tumbuh, tapi jika dibanding dengan Indonesia, kita jauh keitnggalan. Sungguh, memang jauh. Makan asap beb. Cubalah melayari salah satu blog mereka, kita akan menemui link yang mereka buatkan begitu banyak sekali ke serata dunia, hingga ke Jepun dan Korea.

Mereka memanfaatkan blog untuk saling
v Berhubung
v Menyampai maklumat dan informasi
v Bertukar pandangan
v Mengutip pengalaman
v Berkongsi idea dan bahan
v Mencari idea baru untuk kesegaran program.
v Menyegarkan program yang luntur
v Mengilaukan cahaya yang pudar

Justeru kita di Malaysia yang sudahpun mempunyai kemudahan jalur internet lebar dan agak murah berbanding waktu dulu yang lembab dan lambat, kini dengan hanya RM49.00 sebulan kita mampu berinteraksi dengan manusia seantero dunia dengan picit-picitan jari jemari melentok di keyboard setiap hari. Selamat membaca dan berazamlah hari ini untuk memiliki blog sembari masih dikasi free dan percuma. Jangan Cuma ada blog tapi percuma aja eksistensinya.
May 29, 2008

PostHeaderIcon Sebuah Harapan Baru

Oleh : Noorhisham Hamzah,S.Sos.I

Anda mungkin pernah mendengar e-kaunseling. Ya, e-kaunseling. Laman ini pernah dibangun oleh sahabat kaunselor kita dari Terengganu, yakni En.Salim.

Keberadaan Laman e-kaunseling yang beralamat http://e-kaunseling.umt.edu.my telah melompat ke arena kebangsaan di Malaysia. Ia telah mampu bertapak dan melebar hingga ke utara dan selatan tanah air. Pun tidak menjadi masalah menuju ke Pulau Labuan.

Pengasas kepada laman e-kaunseling atau orang yang bertanggungjawab penuh ketika waktu kelahirannya adalah En.Salim. Selang beberapa ketika, ianya di ambil alih oleh Yang Mulia Raja Mazlan dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pernah beberapa ketika ia jatuh, bangun, bahkan pengsan seketika. Malam ini,jika anda melayari laman ini, ianya sudahpun pulih.

Dan pada 13 Jun nanti, sebuah mesyuarat Khas akan diadakan di PutraJaya, kemungkinan besar bersama YM Raja Mazlan, bertujuan melantik JU-JU ICT dalam dunia kaunseling di Malaysia ini. Dan selang beberapa hari, iaitu pada 23 hingga 26 Jun, sebuah mesyuarat akan diadakan kemungkinan pula melibatkan seluruh Ju-Ju dari Malaysia.

Dalam daerah Hulu Langat ini, saya adalah antara yang dipanggil terlibat dalam Mesyuarat 13 Jun ini, jika tiada aral melintang, insya Allah. Dengan ini, memohon masukan, idea, pendapat, input dan juga sokongan dan segalanya dari anda untuk dibawa ke meja mesyuarat nanti. Tuliskan beberapa harapan anda terhadap e-kaunseling Kebangsaan. Harapan anda akan dibawa dan dibentangkan dalam mesyuarat tersebut.
May 28, 2008

PostHeaderIcon Nazir Hairan Sekolah Mengarahkan Kaunselor Mengajar



PUTRAJAYA, 27 Mei 2008, Puan Jamilah Ahmad, selaku wakil dari Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia dalam ucapan brain storm melahirkan rasa hairan beliau, kenapa masih ada lagi kaunselor yang diberikan waktu mengajar khusus ketika sesi lawatan beliau ke sekolah-sekolah. Padahal perkara ini telah termaktub dalam Pekeliling Ikhtisas melarang mana-mana kaunselor diberikan waktu mengajar tetap, kerana memberi peluang kepada kaunselor untuk memberi fokus kepada bidang mereka yang amat luas.( Bidang tugas kaunselor tidak disedari oleh guru-guru lain).

Sementara itu, seorang wakil kaunselor dari Kuantan, menyarankan agar nama guru bimbingan dan kaunseling ini ditukar kepada kaunselor sekolah.Ini kerana ianya menjadi isu kepada sesetengah orang yang merasa kurang senang dengan bidang kerja kaunselor.

Dalam pada itu, unit Sumber Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor telah mengeluarkan surat arahan yang ditandatangi oleh Ketua Pengarah Pelajaran Negeri Selangor, bahawa kaunselor sekolah boleh diberikan waktu mengajar sebagai menggantikan guru yang tidak hadir tidak melebihi 10 waktu seminggu. Ini adalah antara ketetapan yang digariskan. Kita berbangga kerana ada juga sebahagian besar kaunselor yang dengan rela hati sanggup masuk kelas dan memberikan bimbingan kelompok tanpa mengira had waktu tersebut.

Namun sebagai manusia, adakalanya kaunselor yang terbeban dengan pelbagai masalah, manakala orang atasan yang sepatutnya memayungi mereka pula tidak memberikan sokongan kepada kegiatan kaunselor, inilah yang menjadikan kaunselor pasif, tidak bermaya dan kadang-kadang terpaksa merungut kerana terpaksa melakukan kerja diluar bidang mereka.

Ada sesetengah pentadbir yang tidak suka pada peribadi kaunselor itu sendiri, bukannya pada kaunseling, inilah yang didapati dari beberapa kajian tidak rasmi menjadi kaunselor tidak begitu ghairah melakukan kerja mereka. Mereka hanya tunggu orang yang terbabit bersara atau bertukar ke sekolah lain, barulah nak bersemangat semula. Tetapi apakah dengan cara ini boleh disahkan betul tindakannya?

Sementara itu. Seorang kaunselor dari SAAS pula bangkit menyarankan agar program keagamaan kepada kaunselor Islam diperbanyakkan, ini kerana setiap manusia tidak lepas dari agama dan agama adalah obat yang paling mujarab bagi segala penyakit rohani manusia.

Harapan kepada semua kaunselor agar dapat memberi idea, artikel dan sebagainya bagi memartabatkan bidang kaunseling di Malaysia, dalam keadaan negara kita bertambah banyakkan masalah.
May 26, 2008

PostHeaderIcon Pemberitahuan : Masalah Login di Portal ppdhl.net

Published in : PPD kepada Sekolah, PPD kepada Sekolah
Untuk makluman semua, pihak admin telah menerima banyak email dari pengunjung yang menghadapi masalah untuk "daftar" dan "login" di portal ini. Masalah ini sebenarnya berpunca dari kerja - kerja penyelenggaraan yang sedang dilakukan dari semasa ke semasa oleh kumpulan webmaster. Kepada pengunjung yang telah mendaftar tetapi masih tidak menerima pengesahan dari email masing - masing dan menghadapi masalah "login", sila emailkan kepada admin secepat mungkin ke Sila nyatakan username dan email yang telah didaftarkan. Terima kasih. Pihak kami sentiasa prihatin atas permasalahan yang dihadapi oleh anda.

PostHeaderIcon Seminar Psikologi Kaunseling Peringkat Kebangsaan


Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan Seminar Psikologi Kaunseling Peringkat Kebangsaan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 26 hingga 27 Mei 2008
Masa : 7.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Perasmian & Ucap Utama : Yang Berbahagia Tan Sri Haji Zulkarnain bin Awang
Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
Pelancaran Bahan Penerbitan : ♥ Jurnal Psikologi Kaunseling
♥ Modul 3 P
♥ Modul Realiti Perkahwinan
♥ Buku Pengurusan Ibu Tunggal
♥ Manual Pelan Rawatan Psikoterapi Siri 2 & Siri 3

Semua Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa Daerah Hulu Langat diminta hadir ke seminar tersebut.
Sebarang pertanyaan, sila rujuk kepada Encik Abdul Aziz bin Isa, Pegawai Pengurusan Hal Ehwal Murid, PPD Hulu Langat di talian 03 87371319 atau 013 3050478.
Sekian, terima kasih.
May 24, 2008

PostHeaderIcon Seminar Kebangsaan di PICC

Oleh : Noorhisham Hamzah
Anda dijemput hadir ke seminar selama 2 hari di PICC bermula 26 hingga 27 Mei ini. En.Aziz memaklumkan seminar ini tahun lepas dibayar RM400.00 perkepala, namun tahun ini semua kaunselor dari Daerah Hulu Langat diberikan peluang percuma. Andai anda inginkan surat, sila dapatkan nanti salinan fotokopi dari rakan-rakan kaunselor di PICC nanti.
May 21, 2008

PostHeaderIcon Seminar Bimbingan dan Kaunseling Hulu Langat



MFI, BANGI, 21 Mei 2008. Lama tak bersua, itulah nampak kegembiraan diwajah rakan-rakan kaunselor yang hadir dalam sesi perjumpaan kali ini. Perjumpaan kali ini merupakan kali pertama antara gabungan sekolah rendah dan menengah. Majlis diserikan lagi lewat petang dengan kehadiran Tuan Haji Muhsin atau Ayah Cik ke majlis ini. Beliau yang baru pulang dari Jakarta juga mempunyai blog sendiri. Sila klik di sini untuk melayari blog Ayah Cik.
Tuan puan di alu-alukan untuk membina laman blog sendiri. Sebarkan tugasan dan laporan khidmat anda di dalam blog untuk perkongsikan sesama rakan.
May 19, 2008

PostHeaderIcon Lebih Tiga Ribu Pelajar Terbabit Jenayah Tahun 2007

Ditulis oleh Editor
Saturday, 17 May 2008
Lebih 3,000 pelajar sekolah menengah ditahan kerana terbabit dalam pelbagai kesalahan jenayah sepanjang tahun lepas, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye.Sehubungan itu, beliau berkata satu kaedah proaktif dan bersepadu melibatkan semua pihak perlu dilakukan segera bagi membendung masalah itu daripada terus menjadi semakin serius."Pada tahun lepas seramai 3,383 pelajar ditahan atas jenayah rogol, merusuh, mencuri, mendatangkan kecederaan, pecah rumah dan curi motosikal, walaupun perangkaan menunjukan berlaku penurunan sedikit berbanding pada 2006 iaitu 3,550 pelajar ditangkap, namun statistik ini masih dianggap serius," katanya ketika berucap pada Seminar Pencegahan Jenayah Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini Sabtu.Seminar sehari itu dirasmikan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Turut hadir Ketua Polis Pahang Datuk Ayob Mohamed."Banyak faktor menyumbang kepada penglibatan pelajar dalam jenayah seperti kesan pembangunan negara, kecuaian ibu bapa, masalah rumah tangga dan pengaruh rakan sebaya," katanya.Lee berkata Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) di peringkat sekolah yang diwujudkan sejak 1999 adalah antara usaha yayasan itu dengan kerjasama Kementerian Pelajaran untuk mengatasi masalah jenayah di kalangan pelajar."Sebanyak 1,400 KPJ telah berjaya diwujudkan di sekolah-sekolah menengah seluruh negara bagaimanapun hanya 60 peratus atau 840 kelab sahaja yang sehingga kini yang dilihat sebagai aktif."Fokus kita sekarang mengaktifkan kelab-kelab tersebut. Saya telah berbincang dengan ahli jawatan kuasa peringkat pusat untuk membantu daripada segi sumbangan dan motivasi," katanya.Beliau berkata yayasan itu sedang mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran mengenai cadangan mewajibkan penubuhan kelab itu di setiap sekolah."Apa yang penting sebenarnya bukanlah sekadar wujudkannya di sekolah-sekolah tetapi memastikan kelab tersebut dapat berperanan memberi kesedaran kepada para pelajar menjauhi perlakuan jenayah," katanya.-- BERNAMA
May 18, 2008

PostHeaderIcon Landmark to UniKL

Oleh : Noorhisham Hamzah
Ramai jugak yang sms bertanya dimana letaknya UniKl untuk pertemuan kaunselor 200 orang di sana Rabu ini. Di sini saya terangkan cara mudah nak ke sana, andai tuan puan dari Kajang , terus ke UKM, dari UKm anda boleh terus melalui jalan hutan tu yang menuju ke Bangi Lama, ops..sampai satu simpang tiga, yang belah kiri ada sungai dan jambatan, hah anda masuk ke situ, jangan terjun sungai pulak, terus saja..tak lama kemudian anda jumpa masjid Teras Jernang dan sebelah depan sikit dari Masjid tu anda akan nampak UniKL. Tak Jumpa? Boleh Call me 019-4424417

PostHeaderIcon Cara Upload Bahan

Untuk makluman semua, dilaman laman http://ppdhl.net yang di usahakan oleh En.Yusri dari SK Bandar Baru Bangi Jalan 7, disediakan satu kemudahan muat turun bagi kaunselor dan juga forum. Di sini saya sertakan cara bagaimana caranya untuk anda memuat turun dan memuat naik. InsyaAllah di kesempatan 21 Mei ini saya akan tunjukkan sekali lagi. Tapi anda boleh coba hari ini dengan klik Pautan Cara Upload Bahan yang telah ada disebalah kiri laman ini paling atas sekali.
May 14, 2008

PostHeaderIcon Kisah Teladan - Antara SABAR dan Mengeluh...


Pada suatu ketika dahulu, Abul Hassan menunaikan haji di Baitul Haram. Pada waktu tawaf, tiba-tiba dia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, pasti kerana dia tidak pernah berasa risau atau bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu dia bertanya,
"Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah, aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati ..."

Abul Hassan bertanya, "Apa hal yang membelenggumu ?"
Wanita itu menjawab,
"Pada suatu hari, ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba seorang daripada anakku berkata kepada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan kepadamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Adiknya bersetuju. Lalu disuruh adiknya berbaring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian, dia merasa ketakutan setelah melihat darah si adik memancut keluar, lalu dia melarikan dirinya ke bukit - yang mana di sana dia mati dimakan serigala.
Si ayah pergi mencari anaknya yang hilang itu sehingga dia sendiri mati kehausan... Dan ketika aku meletakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku pula, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas. Ditariknya periuk tersebut lantas tertumpahlah air panas menyimbahi ke badannya. Habis melecur kulit badannya.
Berita ini sampai ke pengetahuan anakku yang sudah berkahwin dan tinggal berjauhan. Akibat terkejut, dia pula telah jatuh pengsan sehingga dia juga menemui ajal. Dan kini tinggallah aku sebatang kara ..."


Abul Hassan amat bersimpati, lalu bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh, melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza.
Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."


Demikianlah kisah di atas, yang boleh dijadikan teladan - di mana kesabaran sangat digalakkan dan harus dimiliki oleh setiap insan yang mengaku beriman kepada Allah SWT apabila tiap kali ditimpa musibah serta dugaan daripada-Nya.
Kerana itu Rasulullah saw bersabda dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari dunia kemudian dia bersabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikeji dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah saw bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah ; merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotong baginya pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita tergolong di kalangan hamba-Nya yang sabar dalam menghadapi segala ujian dan musibah.
May 8, 2008

PostHeaderIcon Berita SEmasa KIta

Mesyuarat Agung
Ramai bertanya bila mesyuarat Agung kita, termasuk Ayah Chik pun yang baru balik dari Jakarta. Apa Ole-ole ayah Cik dari Jakarta?

Program Daerah
Kita belum terima arahan dari bos kita di PPD tentang program ini. Tunggu sajalah....

Baju PRS
Ada kawan-kawan tanya kat mana nak tempah baju PRS, bila saya tanya En.Aziz, beliau pun tak jawab. Sama-sama tak tahu kot..Nantilah kena tanya live.
May 6, 2008

PostHeaderIcon Perlakuan Remeh Yang Mampu Melorong Kesusahan..



Terdapat beberapa perlakuan yang mempunyai kaitan dengan kesusahan yang kita alami,atau lebih tepat - sebagai penyebab kita ditimpa kesusahan. Mungkin kita mengambil ringan tentang perkara ini. Atau mungkin juga kerana kita sememang tidak pernah tahu..? Atau bahkan tidak pernah diberitahu..?

Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal dengan memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam hidangan makanan .
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju
20. makan sebelum mandi hadas.




21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibu bapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri .
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Terpulanglah kepada para pembaca, sama ada anda mahu menerima ilmu yang dipaparkan ini, atau pura-pura tidak pernah tahu - kerana sudah biasa diamalkan, lantas agak sukar pula untuk dibuang tabiat ini!
Wallahu'alam.

PostHeaderIcon Anda Stress??Tiada Kawan?

May 5, 2008

PostHeaderIcon Modul PRS

Baru jap tadi saya berjumpa dengan En.Rabuni, Kaunselor SK Bandar Rinching di Restoran Sathik. Kami bincang pasal PRs dan Sekolah Selamat, juga tentang program AADK tahun ini untuk sekolah-sekolah, biasanya bulan 5 dah ada, tapi tahun ni sopi sajo.

Kita bergerak dalam PRS selama ini tanpa modul khusus, pakai main hentam keromo saja. Modul sekolah menengah mana boleh di apply. Begitu juga yang terbaru KPJ atau ringkasnya Kelab Pencegah Jenayah. Modul itu agak tinggi dan belum sesuai, perlu dimurnikan lagi.

Namun, walau begitu, ada rakan-rakan kita dah pun membuat modul sendiri, saya cuba salin dan perhatikan modul yang dibuat oleh En.Rabuni, nampaknya boleh di copy lah kalau anda belum ada sesen pun. Lebih baik pakai beliau punya dari satu pun tak ada.

Andai tuan puan mempunyai modul yang menarik tentang PRS, Kelab Bimbingan & Kaunseling, Kelab Pencegah Jenayah dan sebagainya, sila ketengahkan untuk panduan semua.

PostHeaderIcon LUPA - Apa UBATNYA ?



Imam Bukhari menyampaikan sebuah hadits dari Abu Hurairah ra. Kata Imam Bukhari, Abu Hurairah mengeluh kepada Rasulullah saw soal ingatannya yang lemah. Sehingga, ia mudah lupa terhadap segala sesuatu yang diucapkan Nabi. Lalu, Abu Hurairah minta tolong agar "penyakit lupa" yang ada pada dirinya itu disembuhkan.
Kepada Rasulullah ia berkata, "Ya Rasulullah, banyak perkataan Anda yang telah kudengar, tetapi banyak juga yang kulupakan. Aku ingin supaya tidak mudah lupa."
Rasulullah menjawab, "Bentangkanlah jubahmu!" Abu Hurairah membentangkan jubahnya kemudian oleh Rasulullah jubah itu dikibaskan ke udara. Setelah itu beliau berkata, "Pakailah." Abu Hurairah memakai jubah kembali. Sejak itu ia sering berkata, " "Aku tidak pernah lupa lagi." ( HR. Bukhari dalam "Kitabul 'Ilm" Bab "Hifdul-'Ilm". Hadits nombor 119).

Satu-dua informasi yang kita terima setiap hari, menumpuk memenuhi benak kepala kita. Keadaan yang demikian mengakibatkan daya tampung menjadi penuh. Info selanjutnya, kalau tidak tumpah, ya menimbun catatan lama, ataupun bisa pula terhapus.



Terhadap yang tertimbun, orang kadang berupaya 'menarik ke atas' (kembali) sedemikian rupa. Adakah bisa diberdayakan ulang? Kadang terasa sulit. Walau beberapa di antaranya ada yang dikaruniai kemudahan, tanpa harus berkerut kening. Sesuatu yang diharapkan, dapat muncul dalam tempo yang relatif cepat.

Yang nampak payah bila sesuatu itu sangat berharga dan dibutuhkan, tapi ternyata alot diangkat, betapa runyam rasanya. Efek daripadanya bisa bermacam-macam. Bagi seorang seniman, jalannya acara pertunjukan, misalnya, bisa tercganggu. Bagi seorang tokoh, (terputusnya) sajian materi dapat mengurangi kredibilitas.
Mengingat suasana yang sama sekali tidak enak bila lagi kena penyakit lupa seperti ini, Abu Hurairah dalam kisah hadits di atas meminta ubat kepada Rasulullah.

Para psikolog menganjurkan, orang yang sedang ditimpa lupa supaya bersikap tenang, mengurangi gerak badan dan memusatkan kosentrasi pada satu fokus. Dengan begitu, diri dapat terkendali dan sesuatu yang dicari diharapkan dapat lekas diketemukan.

Mengingat Allah
Allah swt berfirman, "Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa." (QS.Al-Kahfi:24).

Menurut riwayat, ada beberapa orang Quraisy bertanya kepada Nabi Muhammad tentang roh Askhabul Kahfi dan kisah Dzulkarnain, lalu beliau menjawab bahwa datanglah besok pagi. Saat mereka datang, Nabi tidak bisa menjawab karena wahyu yang menjelaskan tentang hal itu ( QS.18:24-25) belum turun. Di sini nampaknya Allah menegur Nabi-Nya oleh sebab tanpa melibatkan-Nya dalam memenuhi janji kepada seseorang. Lalu Allah memperingatkan Rasulullah agar dihindari lupa dengan menyebut "insya- Allah".

Membaca Selawat Nabi
Di samping bersikap tenang, tidak ada salahnya membaca selawat Nabi. Sebagian ulama berpendapat, selawat Nabi yang dibaca pada saat penyakit "lupanya" kambuh akan membantu menguatkan daya ingat. Cobalah resep ini, barangkali akan bermanfaat!

Wallahu a'lam.
May 4, 2008

PostHeaderIcon 24 Tips Menempuh Hidup

Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu sambung

PostHeaderIcon Cacat Bukan Penghalang


Cacat Bukan Penghalang

PostHeaderIcon Yang Khusuk Sholatnya

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman yaitu orang-orang yang khusyu dalam sholatnya dan orang-orang yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang tiada berguna (Al-Quran: Surat Al-Mu`minun )

Rasulullah SAW bersabda : Ilmu yang pertama kali di angkat dari muka bumi ialah kekhusyuan. (HR. At-Tabrani )

Nabi Muhammad SAW dalam sholatnya benar-benar dijadikan keindahan dan terjadi komunikasi yang penuh kerinduan dan keakraban dengan Allah. Ruku, sujudnya panjang, terutama ketika sholat sendiri dimalam hari, terkadang sampai kakinya bengkak tapi bukannya berlebihan, karena ingin memberikan yang terbaik sebagai rasa syukur terhadap Tuhannya. Sholatnya tepat pada waktunya dan yang paling penting, sholatnya itu teraflikasi dalam kehidupan sehari-hari.

Ciri-ciri orang-orang yang sholatnya khusyu:[.....]

May 3, 2008

PostHeaderIcon Bengkel Bina Blog Setengah Hari




MFI, 03 Mei 2008, Bengkel setengah hari yang diadakan berjaya membina 4 buah laman blog. Sekolah yang terlibat ialah SK BAtu 9 Cheras, SK Taman Ceupacs, SK Beranang dan SK Tun Abdul Aziz Majid.

Bengkel ini memperkenalkan kepada para bloggers baru bagaimana membina blog, bagaimana meletakkan dialog box dan counter. Sebenarnya ramai yang ingin datang tetapi pagi ini mereka berhadapan dengan masalah, antaranya Bateri kereta Kong, Anak Demam dan Pengasuh Demam.

Walau bagaimanapun, bengkel diserikan dengan kehadiran Encik Yusri selaku Jurulatih Utama ICT Daerah Hulu Langat. Pihak penganjur tidak menyedari kehadiran beliau, walhal pagi-pagi beliau sudah memaklumkan melalui kotak dialog hasratnya ingin datang. Namun kesibukan melihat setiap blog yang sedang dibangun membuat saya terlupa menyemak kotak tersebut.

Apapun, kehadiran beliau menambah semangat kami apalagi sempat menurunkan ilmu tentang blog ini. Sekarang anda boleh melihat berita Utama Berita Harian pada paparan sebelah kiri blog ini. Lawati blog-blog yang tersedia dengan klik sebelah kanan pada link yang tersedia.

PostHeaderIcon Lawati Web PPD Hulu Langat


http://ppdhl.net, nikmati pelbagai kemudahan yang tersedia untuk anda.

PostHeaderIcon Kursus Blog Sesi Kedua

Selamat Datang kepada peserta kursus yang semestinya akan menambah lagi jumlah blog dalam Daerah Hulu Langat ini. Namun ramai juga yang sebelum ini bersedia untuk hadir tetapi tidak dapat hadir kerana tugasan lain.

Walau bagaimanapun anda boleh download / muat turun artikel dan manual bagaimana mewujudkan sebuah blog dalam http://ppdhl.net. Sekiranya anda tidak boleh memasuki sistem itu, anda hendaklah mendaftarkan diri terlebih dahulu dengan klik login.

Setelah berjaya mendaftarkan diri, jangan terlupa mencatat password atau kata kunci pada buku catatan penting. Ini kerana jika anda tidak membukanya dalam tempoh waktu yang lama, kemungkinan besar anda akan TERLUPA.

Selain itu, cuba-cubalah membuat upload atau muat naik apa-apa bahan yang boleh dikongsikan bersama dengan rakan-rakan yang lain.
May 2, 2008

PostHeaderIcon Kursus Blog

Makluman terakhir...kepada semua kaunselor Hulu Langat, peluang terbuka hanya sekali kursus Bina Blog secara percuma akan di adakan besok di MFI, surat kebenaran sudahpun diperolehi dari MFI.

Akan tetapi tidak dapat dipastika apakah surat jemputan sudah dimasukkan ke pigeon hole atau belum. Walau apa pun, saya mengtharapkan kehadiran anda walau tidak dijemput secara individu.

Setakat ini, S.K Dusun Nanding, SK Jalan 3 dan SK Sungai Serai kemungkinan besar tidak dapat hadir disebabkan program lain. Untuk itu, kita kekosongan beberapa buah kerusi lagi, maka saya mengharapkan penyertaan bertambah ramai.

Jam : 9.00 -11.00 pagi (2 Jam jee ...)
Tempat : MFI Teras Jernang

Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive