komen

April 26, 2008

PostHeaderIcon Link Rakan Kaunselor Bertambah


HULU LANGAT, 26 April 2008, Rakan-rakan kaunselor Sekolah Rendah di Daerah Hulu Langat memulakan tugas membina blog. Setiap hari ada saja penambahan.

Hari ini Blog Encik Zakaria atau glamour dengan panggilan Zeck dari Sekolah Kebangsaan Taman Tasek di bina. Kesemua blog-blog ini sudah pun di linkkan ke blog utama kaunselor Langat.

Setakat ini, sudah pun wujud 12 blog secara rasmi. Saya mensasarkan akan wujud lebih 20 blog yang akan menyala di sekitar Hulu Langat ini. Kepada rakan-rakan kaunselor di Daerah lain bolehlah singgah di blog mereka.

Saya juga masih menunggu kalau-kalau daerah lain sudi memanggil saya memberi taklimat berkenaan mewujudkan blog ini di daerah anda. Saya sudi membantu untuk negeri Selangor ini. Itu matlamat saya tahun ini.

Harapan
,semoga percambahan blog ini akan menambah lagi seri dan program sekolah. Tadi pagi saya sempat singgah di Pasar Awam Bandar Baru Bangi dan berpas-pasan secara tidak sengaja dengan rakan kaunselor dari sekolah lain. Dari cerita yang disampaikan, ramai rakan-rakan kita di Bandar Baru yang merasa tak senang duduk dengan arahan yang meminta mereka mengajar. Sedangkan secara jelas dalam Pekeliling 1996 yang masih terpakai hingga hari ini memberi arahan sebaliknya.

Dalam pada itu, sebelah petangnya, saya di undang ke UKM memberi ceramah motivasi kepada murid tahun 6 dari sekolah Kebangsaan Taman Jasmin. Rupanya mereka dapat dewan yang sejuk ini dengan harga yang sangat istimewa. Kelihatan beberapa orang murid berselimut ketika saya sedang menyampaikan ceramah. Walaupun saya sengaja menghidupkan humor kerana diberitahu mereka sudah mengantuk.

Syarat yang UKM kenakan untuk mendapat bayaran murah seperti ini hanyalah, jika ada antara ibu dna bapa murid sekolah ini yang bertugas sebagai pensyarah di UKM. Harganya sekitar RM450.00. Kalau begitu taklah susah sekolah Kebangsaan Bangi. Sebab Ustaz Moktar pensyarah BAhasa Arab, selaku Naib Yang DiPertua PIBg memang anak anak di sekolah ini.

Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive