komen

April 20, 2008

PostHeaderIcon Kursus Blog Fasa Kedua

Assalamualaikum dan Salam muhibah, berita gembira bagi kaunselor Daerah Hulu Langat sekolah Rendah dan Menengah. Setelah kita gagal dalam kursus pertama akibat bahan sokongan internet tidak berupaya membantu kita tenpoh hari. Sistem wireless pula tidak berfungsi sebagaimana yang dijangka. Bahkan sistem Maxis Broadband yang saya bawa hanya membekal line satu bar sahaja.
Namun saya sempat menyampaikan secara manual, diharap mana-mana yang hadir dan sudah berjaya menyiapkan blog masing-masing dapat meng-emelkan atau sms alamat blog anda.

Kini. dalam masa 2 minggu lagi, pada 3 Mei 2008, kita berpeluang mengadakannya sekali lagi di MFI yang mempunyai peralatan sokongan yang laju. Tersedia 20 buah set komputer berinternet diharap dapat melangsaikan hutang kita yang lalu. Kita akan mohon menggunakan modal dari LADAm PPD untuk menanggung kos ini.

Sebanyak 30 buah sekolah akan dijemput untuk hadir dalam program seumpama ini memandangkan kapasiti yang menghadkan. Saya juga telah berkomformasi dengan En.Aziz, selaku bos kaunseling di Hulu Langat, beliau bersetuju dan kita akan mengadakannya bagi sekolah rendah dan menengah. Pihak sekolah menengah juga ramai yang turut berminat untuk mewujudkan laman blog.

Walau bagaimanapun, kita akan adakan secara berasingan masa untuk memberikan peluang kepada lebih ramai kaunselor dari Daerah Hulu Langat ini menguasai blog dan seterusnya mendominasi daerah-daerah lain.

Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive