komen

April 13, 2008

PostHeaderIcon KERTAS CADANGAN

1.0 Pendahuluan
Kepentingan wujudnya blog atau laman web pada zaman ini tidak dapat dinafikan lagi. Setiap hari blog bertambah dengan pesatnya. Tiak ketinggalan ahli perniagaan, orang-orang politik bahkan para pendidik kini bermula berjinak dengan blog. Hal ini berlaku lantaran mereka menyedari akan pentingnya blog dalam memajukan diri dan meningkatkan mutu perkhidmatan mereka.

Di daerah Hulu Langat sendiri sudah wujud 6 blog secara rasmi yang telah wujud sejak setahun yang lalu. Berikut adalah sekolah dan alamat blog masing-masing.


NAMA SEKOLAH
KAUNSELOR
ALAMAT
MGBKHL
Pengurus
kaunselorlangat.blogspot.com
SK Sg Serai
Hafeez
bimbingansksshl.blogspot.com
SK Dusun Nanding
Adlan
amal4444.blogspot.com
SK Tmn Jasmin
Azhar
kaunselingsktmnjasmin.blogspot.com
SK Bdr Rinching
Rabuni
rabunihamdan.blogspot.com
SK Bangi
Noorhisham
norish77.blogspot.com

2.0 Objektif
Blog sebenarnya lebih mudah dihasilkan berbanding laman web. Ini kerana ianya sangat ringkas. Berikut kepentingan blog bagi kaunselor dan guru-guru.

2.1 Blog menjadi tempat rujukan bagi kaunselor di sekolah lain untuk mengambil bahan, meniru kejayaan rakan yang lain, dengan ini kaunselor tidak ketandusan idea dalam memberikan perkhidmatan di sekolah sendiri.
2.2 Blog menjadi sistem perhubungan antara sesama kaunselor, murid-murid dan juga ibu bapa.
2.3 Blog memaparkan kerja yang telah dan akan dibuat oleh kaunselor dalam bentuk gambar dan tulisan.
2.4 Artikel yang bernas yang berkaitan isu pendidikan dapat di siarkan di blog sendiri untuk penilaian orang lain.


3.0 Tarikh dan Jangka Masa Program
Program setengah hari ini akan di adakan pada 18 April 2008, hari Jumaat bertempat di PKG Bangi Jalan Reko Kajang.

4.0 Sasaran
Pada peringkat awal, kursus ini disasarkan hanya kepada 20 buah sekolah sahaja di Daerah Hulu Langat bersesuaian dengan kapasiti PKG sendiri yang hanya dapat memuat 20 orang pada satu-satu masa. Untuk peringkat kedua, akan melibatkan sekolah yang lain sehingga kesemua sekolah berjaya mewujudkan blog masing-masing.

5.0 Kos Perbelanjaan
Rancangan awal kos ini di tanggung oleh pihak Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Hulu Langat.

5.1 Kewangan Masuk
Majlis (MGBKDHL) RM 120.00
5.2 Kewangan Keluar
Makan minum peserta RM 5.00x20 orang RM 100.00
Photostat Bahan Rm 1.00 x 20 RM 20.00
Jumlah RM 120.00

6.0 Ahli Jawatankuasa
Lampiran A

7.0 Tentatif Program
Lampiran B

Lampiran A
AHLI JAWATANKUASA PROGRAM
KURSUS BINA BLOG
MAJLIS GURU BIMBINGAN & KAUNSELING
DAERAH HULU LANGAT 2008

Pengerusi
TUAN HAJI ISMAIL BIN MUSA
PPD HULU LANGAT

Penasihat
En.Abdul Aziz bin Isa
Pegawai Pengurusan Hal Ehwal Murid

Setiausaha
Pn.Norhazimah bt Mohd Noh
SU MGBKHL

Bendahari
Cik Nabilah binti Ahmad
Bendahari MGBKHL

Pendaftaran Peserta
En.Rabuni bin Hamdan
En. Abu Talib bin Ismail

Jawatankuasa Makanan
En.Zainuddin bin Zakaria

Perhubungan Penempatan
En.Noorhisham bin Hamzah


Lampiran B

TENTATIF PROGRAM


NAMA PROGRAM KURSUS BINA BLOG
ANJURAN MAJLIS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH RENDAH DAERAH HULU LANGAT
TEMPAT PKG BANGI JALAN REKO
TARIKH 18 APRIL 2008



8.00 PAGI PENDAFTARAN DAN MINUM PAGI

8.30 PAGI UCAPAN ALU-ALUAN BAGI PIHAK PKG BANGI
USTAZ KAMALUDDIN

8.45 PAGI UCAPAN PERASMIAN KURSUS
OLEH : EN.ABDUL AZIZ BIN ISA

9.00 PAGI PENERANGAN CARA BINA BLOG
OLEH : EN.NOORHISHAM HAMZAH
PENGERUSI MGBKSR DHL

9.30 PAGI PRAKTIKAL MEMBINA BLOG

10.30 PAGI SESI SOAL JAWAB

11.00 MAKAN TENGAH HARI

12.00 PENUTUP

Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive