komen

April 24, 2008

PostHeaderIcon BLOG H.LANGAT SEMAKIN BERCAMBAH

BANGI, 23 April 2008.RAsa gembira pun ada, terharu juga ada, apabila sebilangan besar kaunselor dari daerah Hulu Langat yang hadir memberi komitmen untuk mewujudkan laman blog masing-masing.

Walaupun tempoh kursus cukup pendek, apatah lagi sistem yang diharapkan tidak mampu memberi pertolongan, namun berbekal keazaman, dan juga manual yang diphotostat sebanyak 3 helai rupanya mampu memadam kata-kata selama ini bahawa membina blog itu susah.

Geng Kaunselor Hulu Langat membuktikannya, setiap hari terdapat 2 penambahan blog, yang mana hari ini, sudah pun wujud 11 blog baru atas nama Kaunselor. HAsrat kita blog ini akan diperluaskan lagi, dengan harapan semua sekolah yang mempunyai guru kaunseling akan membina blog dan dengan itu, di zaman kecanggihan IT ini, kita tidak ketinggalan berkongsi idea dan maklumat semasa, seterusnya mengeluarkan diri kita dari kepompong kejahilan.

Saya juga mengharap agar sekolah menengah dapat masuk litar lumba ini bersama dan berlumba-lumba sesama kita ke arah kebaikan. Percaya atau tidak, dengan menjadi bloggers ini, sikit atau banyak, pengetahuan kita akan bertambah.

Yang masih menjadi masalah seperti modul PRS mudah-mudahan akan dapat dibuang simpulannya. KIta lama bergerak dalam aktiviti kokurikulum PRS tanpa modul khusus. Selama ini masing-masing berjalan sendiri mengikut arah tujuan sendiri-sendiri.





Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive