komen

April 30, 2008

PostHeaderIcon Kursus Percuma Bina Blog

Kepada semua warga Kaunselor Sekolah Rendah dan Menengah Daerah Hulu Langat

Satu Kursus Bina Blog Sesi Kedua akan di adakan seperti berikut :

Tempat : MFI, Teras Jernang
Jam : 9.00 - 11.00 pagi
Tarikh : 03 Mei 2008 / Sabtu

Surat akan menyusul bagi kemudian. Sila hadir, bawa buku catatan nota sahaja, kesempatan ini mungkin tidak kan berulang lagi.

Noorhisham Hamzah
April 29, 2008

PostHeaderIcon Beralih Nombor

Terima kasih kerana menjenguk laman blog ini, kadang-kadang sebab nak safe kan bajet kita tak lah sms banyak sangat. Saya sedang mendapatkan nombor telefon baru. Nombor ini lebih murah bagi saya, mudahlah nak buat call ke mana-mana. Anda masih boleh hubungi saya di 013-2641189 atau bagi yang guna maxis boleh call 017-3915519.
April 28, 2008
Menarik Pengunjung ke Blog Anda

Salam sakan rerakan blog sekalian, ada yang tertanya-tanya apakah ada yang akan baca saya punya blog? Jawabnya sudah tentu. Cuma sedikit atau banyaknya pengunjung. Nak tahu berapa ramai pengungjung? Copy dan paste html counter pada blog anda. Anda akan mengetahu berapa ramai yang hadir ke blog anda.

Kedua paling penting adalah isi yang anda posting. Apakah mampu membuat orang tertarik untuk membaca dan mentelaah atau sekadar posting yang mencari untung keduitan. Kalau kita posting pasal Takaful atau lain-lain insuran, mana ada orang nak baca walau benda tu ada baiknya.

Nah disini bergantung cara bahasa dan bahan yang anda gunakan. Gunakalah foto-foto yang menarik, maka dengan itu murid yang tertarikh untuk melihat foto mereka. Ceritakan sedikit tentang diri mereka. Ops sebelum tu, ketika anda capture gambar, berita tau lah pada murid bahawa gambar mereka anda akan letakkan dalam blog anda.

Selain itu, link kan lah blog anda dengan blog rakan yang lain. Maka orang yang kunjung blog lain akan terlihat link nama anda, dengan itu mereka akan coba-coba meng-klik, tau-tau posting anda amat menarik bagi mereka. Anda kini dapat menambah kenalan dan bertukar-tukar fikiran.

Belajarlah lagi bagaimana untuk menarik perhatian orang ke laman blog anda.

PostHeaderIcon Ada 6 Kebiasaan Orang-orang yang Paling Tidak Efektif

Kehilangan sikap. Orang-orang biasanya mendapatkan apa yang mereka harapkan dari hidup mereka. Harapkan yang terburuk, dan itulah yang akan Anda peroleh.

Berhenti berkembang. Orang-orang adalah apa mereka adanya, dan ke mana mereka menuju disebabkan oleh apa yang ada di dalam pikiran mereka.

Tidak memiliki rencana dalam hidup. Sebagaimana yang dikatakan oleh William Feather, penulis dari The Business of Life,"Ada dua jenis kegagalan: orang yang mempunyai rencana tanpa bertindak apa-apa, dan orang yang bertindak tanpa rencana apa-apa."

Tidak bersedia berubah. Beberapa orang memilih lebih baik berpegangan pada apa yang mereka benci daripada memeluk apa yang mungkin lebih baik karena mereka takut memperoleh sesuatu yang lebih buruk.

Gagal dalam berhubungan dengan orang lain. Orang-orang yang tidak dapat bergaul dengan orang lain mungkin tidak akan pernah bergerak maju dalam hidupnya.

Tidak mau membayar harga kesuksesan. Jalan menuju sukses selalu menanjak. Setiap orang yang ingin memperoleh harus mengorbankan banyak.
April 26, 2008

PostHeaderIcon Link Rakan Kaunselor Bertambah


HULU LANGAT, 26 April 2008, Rakan-rakan kaunselor Sekolah Rendah di Daerah Hulu Langat memulakan tugas membina blog. Setiap hari ada saja penambahan.

Hari ini Blog Encik Zakaria atau glamour dengan panggilan Zeck dari Sekolah Kebangsaan Taman Tasek di bina. Kesemua blog-blog ini sudah pun di linkkan ke blog utama kaunselor Langat.

Setakat ini, sudah pun wujud 12 blog secara rasmi. Saya mensasarkan akan wujud lebih 20 blog yang akan menyala di sekitar Hulu Langat ini. Kepada rakan-rakan kaunselor di Daerah lain bolehlah singgah di blog mereka.

Saya juga masih menunggu kalau-kalau daerah lain sudi memanggil saya memberi taklimat berkenaan mewujudkan blog ini di daerah anda. Saya sudi membantu untuk negeri Selangor ini. Itu matlamat saya tahun ini.

Harapan
,semoga percambahan blog ini akan menambah lagi seri dan program sekolah. Tadi pagi saya sempat singgah di Pasar Awam Bandar Baru Bangi dan berpas-pasan secara tidak sengaja dengan rakan kaunselor dari sekolah lain. Dari cerita yang disampaikan, ramai rakan-rakan kita di Bandar Baru yang merasa tak senang duduk dengan arahan yang meminta mereka mengajar. Sedangkan secara jelas dalam Pekeliling 1996 yang masih terpakai hingga hari ini memberi arahan sebaliknya.

Dalam pada itu, sebelah petangnya, saya di undang ke UKM memberi ceramah motivasi kepada murid tahun 6 dari sekolah Kebangsaan Taman Jasmin. Rupanya mereka dapat dewan yang sejuk ini dengan harga yang sangat istimewa. Kelihatan beberapa orang murid berselimut ketika saya sedang menyampaikan ceramah. Walaupun saya sengaja menghidupkan humor kerana diberitahu mereka sudah mengantuk.

Syarat yang UKM kenakan untuk mendapat bayaran murah seperti ini hanyalah, jika ada antara ibu dna bapa murid sekolah ini yang bertugas sebagai pensyarah di UKM. Harganya sekitar RM450.00. Kalau begitu taklah susah sekolah Kebangsaan Bangi. Sebab Ustaz Moktar pensyarah BAhasa Arab, selaku Naib Yang DiPertua PIBg memang anak anak di sekolah ini.

PostHeaderIcon Di Cari

Salam, saya sedang dalam proses menambah ilmu berkenaan blog, ini, bila tengok dalam laman blog Yusof SK Dusun NAnding ada item seperti ini, namun dah berkali-kali cuba copy paste html yang keluar bukan yg ini, tapi benda lain.

So, minta tolong sekali lagi kepada Dato Yusof kalau lah sudi mengajar step by step macam budka tadika. hahaha..Dato Yusop ada bagi alamat yang umum, luas dan lebar. Satu dicoba, rupanya bukan, kedua pun tidak, ketiga pun salah, rasanya ada satu yg memang betul tepat, tapi tak tahu dimana.....
April 25, 2008

PostHeaderIcon Cadangan Program Daerah

KERTAS KERJA MASIH ADA YANG SAYANG

1.0 Nama Program : Masih Ada Yang Sayang


2.0 Matlamat

2.1 Memberi kesedaran kepada murid yang bermasalah agar dapat menyesuaikan diri

dengan masalah yang dihadapi

2.2 Mengurangkan gejala sosial remaja di sekolah-sekolah rendah Daerah Hulu Langat

2.3 Menambah ilmu keagamaan sebagai benteng pertahanan diri untuk menghadapi hidup

3.0 Sasaran

3.1 4 orang murid dari setiap sekolah di daerah Hulu Langat (terpilih) yang dikenal pasti menghadapi masalah. Jumlah keseluruhan peserta tidak ialah 120 orang.

4.0 Jangka Masa

Jangka masa program adalah 3 Hari 2 Malam

5.0 Tempat

Tempat yang dicadangkan ialah Impian Country Resort, Jalan Agroteknologi, Batu 14, Hulu Langat, Selangor.

6.0 Kos Program

Makan dan minum 120 X 37.00 RM 4440.00

Penempatan 120 X 34.00 RM 4080.00

RM 8520.00


Saya sedang membuat kertas kerja, dan insya Allah akan berjalan tahun ini lambat atau cepat setelah sekian lama kita terpaksa menangguhnya. Kos akan dicari dari NGO tempatan, Persatuan Penduduk dan Belia. AJK akan dipanggil setelah masalah kewangan dapat diselesaikan separuh jalan.

Harap rakan-rakan sekalian dapat memberikan idea, input yang berguna untuk menjayakan program ini.
April 24, 2008

PostHeaderIcon BLOG H.LANGAT SEMAKIN BERCAMBAH

BANGI, 23 April 2008.RAsa gembira pun ada, terharu juga ada, apabila sebilangan besar kaunselor dari daerah Hulu Langat yang hadir memberi komitmen untuk mewujudkan laman blog masing-masing.

Walaupun tempoh kursus cukup pendek, apatah lagi sistem yang diharapkan tidak mampu memberi pertolongan, namun berbekal keazaman, dan juga manual yang diphotostat sebanyak 3 helai rupanya mampu memadam kata-kata selama ini bahawa membina blog itu susah.

Geng Kaunselor Hulu Langat membuktikannya, setiap hari terdapat 2 penambahan blog, yang mana hari ini, sudah pun wujud 11 blog baru atas nama Kaunselor. HAsrat kita blog ini akan diperluaskan lagi, dengan harapan semua sekolah yang mempunyai guru kaunseling akan membina blog dan dengan itu, di zaman kecanggihan IT ini, kita tidak ketinggalan berkongsi idea dan maklumat semasa, seterusnya mengeluarkan diri kita dari kepompong kejahilan.

Saya juga mengharap agar sekolah menengah dapat masuk litar lumba ini bersama dan berlumba-lumba sesama kita ke arah kebaikan. Percaya atau tidak, dengan menjadi bloggers ini, sikit atau banyak, pengetahuan kita akan bertambah.

Yang masih menjadi masalah seperti modul PRS mudah-mudahan akan dapat dibuang simpulannya. KIta lama bergerak dalam aktiviti kokurikulum PRS tanpa modul khusus. Selama ini masing-masing berjalan sendiri mengikut arah tujuan sendiri-sendiri.





April 23, 2008

PostHeaderIcon Tawaran Diploma Pencegahan Dadah

Tawaran terbuka kepada semua kaunselor : Syarat
1. DG 41
2. Telah berkhidmat 3 Tahun dan Sah Dalam Jawatan
3.MArkah prestasi melebih 85% 3 tahun berturut-turut

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang berkhidmat sebagaiKaunselor di sekolah atau pegawai yang menguruskan Program PencegahanDadah KPM adalah di pelawa untuk memohon Biasiswa Hadiah Latihan bagimengikuti Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah diUniversiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah(UMS) sesi 2008. Program ini akan dijalankan selama 9 bulan mulai Julai2008.

Sepanjang tempoh berkursus pegawai diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuhdan diletakkan di bawah Jawatan Latihan, Bahagian Biasiswa.
Syarat permohonan adalah seperti di Lampiran .
Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2008.
April 21, 2008

PostHeaderIcon RANGKAIAN BLOG LANGAT MASA KINI


KEDUDUKAN TERKINI blog kaunselor di Daerah Hulu Langat. Dibawah Kaunselor Langat.blogspot.com, wujud 5 blog baru termasuk yang terkini Faridad.skbbb.blogspot.com. Harapan kita blog Zainuddin dan Zakaraia (2Z) akan di aktifkan secepat mungkin.

PostHeaderIcon Berita Hari Ini

Saya baru ke PPD untuk menyerahkan kertas kerja Bina Laman Blog Siri Kedua. Rupanya di Blok E semua pegawai kaunseling daerah sedang bermesyuarat. Agenda mesyuarat adalah program Daerah dan Negeri bagi Tahun ini yang antaranya PRS. Seorang pegawai PPD dari Petaling Perdana bertanya saya apakah sudah tahu? Apa dia....?Kaunseling sekarang sudahpun berada dibawah Sumber Kemanusiaan di Jabatan Pelajaran Selangor.

Dalam pada itu, saya menerima saya berita, Sekolah Kebangsaan Bandar BAru BAngi Jalan 2 sudahpun berjaya menyiapkan blognya. Tahniah walaupun tidak berjaya semasa kursus hari tu, tapi saya percaya manual yang ada dapat membantu 90% tuan dan puan untuk membina blog asas. Boleh lawat blog baru beliau di (klik)
Saya bersedia membantu tuan puan untuk membina blog. Pastikan jalur internet di tempat anda memang boleh digunakan dengan baik. Cuba layari dulu www.blogger.com, kalau laman itu berjalan lancar. Tiada Masalah, tapi kalau tersekat-sekat, maka kena buat di tempat lain. Saya syorkan kita ke Siber Cafe, berpakat beberapa orang sekolah terdekat. Tawaran ini hanya untuk 2 minggu sahaja sementara anak saya masih berehat di rumah. Masa yang dicadangkan ialah setiap hari selepas tamat sesi persekolahan sesi pagi.

Namun ada baiknya, anda mencoba dulu, sebelum dibantu, itu sebenarnya lebih baik dari dibantu sepenuhnya, kerana anda mendapat ilmu yang lebih.
April 20, 2008

PostHeaderIcon Kursus Blog Fasa Kedua

Assalamualaikum dan Salam muhibah, berita gembira bagi kaunselor Daerah Hulu Langat sekolah Rendah dan Menengah. Setelah kita gagal dalam kursus pertama akibat bahan sokongan internet tidak berupaya membantu kita tenpoh hari. Sistem wireless pula tidak berfungsi sebagaimana yang dijangka. Bahkan sistem Maxis Broadband yang saya bawa hanya membekal line satu bar sahaja.
Namun saya sempat menyampaikan secara manual, diharap mana-mana yang hadir dan sudah berjaya menyiapkan blog masing-masing dapat meng-emelkan atau sms alamat blog anda.

Kini. dalam masa 2 minggu lagi, pada 3 Mei 2008, kita berpeluang mengadakannya sekali lagi di MFI yang mempunyai peralatan sokongan yang laju. Tersedia 20 buah set komputer berinternet diharap dapat melangsaikan hutang kita yang lalu. Kita akan mohon menggunakan modal dari LADAm PPD untuk menanggung kos ini.

Sebanyak 30 buah sekolah akan dijemput untuk hadir dalam program seumpama ini memandangkan kapasiti yang menghadkan. Saya juga telah berkomformasi dengan En.Aziz, selaku bos kaunseling di Hulu Langat, beliau bersetuju dan kita akan mengadakannya bagi sekolah rendah dan menengah. Pihak sekolah menengah juga ramai yang turut berminat untuk mewujudkan laman blog.

Walau bagaimanapun, kita akan adakan secara berasingan masa untuk memberikan peluang kepada lebih ramai kaunselor dari Daerah Hulu Langat ini menguasai blog dan seterusnya mendominasi daerah-daerah lain.
April 18, 2008

PostHeaderIcon Sambutan Hangat, Sayang Tak Kesampaian

Antara kursus bina blog,
ibu baru kemalangan
dan anak di hospital,
ketiga-tiga masalah
berlaku dalam tenpoh yang serentak,
menyentak diri ini untuk "hang" sementara.
Jauh hatiku terbang ingin menguak angkasa melihat wajahMu,
memanggil Mu, apakah insan seperti ku yang masih terpalit dosa
didengari sahutan.
Pada guruku yang jauh lebih hampir diHaribaanMu,
ku berwasilah,
tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Rabbi. Selamatkan Anak HambaMu Syaza Zayyan, panjangi umurnya dalam keberkahan.
April 17, 2008

PostHeaderIcon Kursus Blog

Bagi sekolah yang berminat untuk mengikuti kursus blog sila maklumkan lebih awal, khuatir tidak tersenarai. Untuk masa akan datang saya sudah pun mendapat perkenan pihak MFI Teras Jernang untuk mengadakan kursus disana. Kapasiti peserta yang boleh hadir pada satu-satu masa hanyalah 20 orang. Ini kerana tempat tersebut agak kecil. Namun berhawa dingin. Pada masa akan datang kita akan buat lagi untuk 20 buah sekolah, mana-mana sekolah yang tidak tersenarai, tetapi ingin mengikutinya, bolehlah memaklumkan pada saya untuk urusan pengumpulan.
April 14, 2008

PostHeaderIcon MUHAMMAD KAUNSELOR TERBILANG

Pernah seorang manusia dizaman Nabi datang meminta izin untuk berzina, bagus juga dia ni sebab sebelum buat dosa, dia minta dulu pandangan orang Nabi yang tak lain dan tak bukan iaitu Muhammad, Nabinya orang Islam. Nabi dengan penuh hikmah menjawab tak boleh, ia satu dosa, ah...aku tak peduli dosa yang penting diriku senang. Nabi bertanya lagi, apakah kamu mahu kalau adikmu diperlakukan sebegitu, atau ibumu atau anak saudaramu atau ibu saudaramu di zinai oleh orang lain? Memikir dia....tak mahu Ya Rasulullah. Kalau begitu, orang lain pun tak mahu anaknya, atau adiknya di zinai oleh mu. Cara Nabi ini membalikkan pertanyaan membuat klien itu berfikir semula.
April 13, 2008

PostHeaderIcon 20 Sekolah Terlibat

SK SUNGAI SERAI
SK BANDAR TEKNOLOGI
SK TAMAN TASEK
SK JALAN 2
SK JALAN 3
SK JALAN 4
SK JALAN 6
SK JALAN 7
SK JALAN BUKIT
SK JALAN SEMENYIH
SK KAJANG UTAMA
SK KAMPUNG RINCHING
SK LEFTENAN ADNAN
SK RINCHING HILIR
SK SG RAMAL DALAM
SK SRI JELOK
SK TUN ABD AZIZ MAJID
SK ULU SEMENYIH
SK ULU SEMENYIH
SK KAJANG

PostHeaderIcon KERTAS CADANGAN

1.0 Pendahuluan
Kepentingan wujudnya blog atau laman web pada zaman ini tidak dapat dinafikan lagi. Setiap hari blog bertambah dengan pesatnya. Tiak ketinggalan ahli perniagaan, orang-orang politik bahkan para pendidik kini bermula berjinak dengan blog. Hal ini berlaku lantaran mereka menyedari akan pentingnya blog dalam memajukan diri dan meningkatkan mutu perkhidmatan mereka.

Di daerah Hulu Langat sendiri sudah wujud 6 blog secara rasmi yang telah wujud sejak setahun yang lalu. Berikut adalah sekolah dan alamat blog masing-masing.


NAMA SEKOLAH
KAUNSELOR
ALAMAT
MGBKHL
Pengurus
kaunselorlangat.blogspot.com
SK Sg Serai
Hafeez
bimbingansksshl.blogspot.com
SK Dusun Nanding
Adlan
amal4444.blogspot.com
SK Tmn Jasmin
Azhar
kaunselingsktmnjasmin.blogspot.com
SK Bdr Rinching
Rabuni
rabunihamdan.blogspot.com
SK Bangi
Noorhisham
norish77.blogspot.com

2.0 Objektif
Blog sebenarnya lebih mudah dihasilkan berbanding laman web. Ini kerana ianya sangat ringkas. Berikut kepentingan blog bagi kaunselor dan guru-guru.

2.1 Blog menjadi tempat rujukan bagi kaunselor di sekolah lain untuk mengambil bahan, meniru kejayaan rakan yang lain, dengan ini kaunselor tidak ketandusan idea dalam memberikan perkhidmatan di sekolah sendiri.
2.2 Blog menjadi sistem perhubungan antara sesama kaunselor, murid-murid dan juga ibu bapa.
2.3 Blog memaparkan kerja yang telah dan akan dibuat oleh kaunselor dalam bentuk gambar dan tulisan.
2.4 Artikel yang bernas yang berkaitan isu pendidikan dapat di siarkan di blog sendiri untuk penilaian orang lain.


3.0 Tarikh dan Jangka Masa Program
Program setengah hari ini akan di adakan pada 18 April 2008, hari Jumaat bertempat di PKG Bangi Jalan Reko Kajang.

4.0 Sasaran
Pada peringkat awal, kursus ini disasarkan hanya kepada 20 buah sekolah sahaja di Daerah Hulu Langat bersesuaian dengan kapasiti PKG sendiri yang hanya dapat memuat 20 orang pada satu-satu masa. Untuk peringkat kedua, akan melibatkan sekolah yang lain sehingga kesemua sekolah berjaya mewujudkan blog masing-masing.

5.0 Kos Perbelanjaan
Rancangan awal kos ini di tanggung oleh pihak Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Hulu Langat.

5.1 Kewangan Masuk
Majlis (MGBKDHL) RM 120.00
5.2 Kewangan Keluar
Makan minum peserta RM 5.00x20 orang RM 100.00
Photostat Bahan Rm 1.00 x 20 RM 20.00
Jumlah RM 120.00

6.0 Ahli Jawatankuasa
Lampiran A

7.0 Tentatif Program
Lampiran B

Lampiran A
AHLI JAWATANKUASA PROGRAM
KURSUS BINA BLOG
MAJLIS GURU BIMBINGAN & KAUNSELING
DAERAH HULU LANGAT 2008

Pengerusi
TUAN HAJI ISMAIL BIN MUSA
PPD HULU LANGAT

Penasihat
En.Abdul Aziz bin Isa
Pegawai Pengurusan Hal Ehwal Murid

Setiausaha
Pn.Norhazimah bt Mohd Noh
SU MGBKHL

Bendahari
Cik Nabilah binti Ahmad
Bendahari MGBKHL

Pendaftaran Peserta
En.Rabuni bin Hamdan
En. Abu Talib bin Ismail

Jawatankuasa Makanan
En.Zainuddin bin Zakaria

Perhubungan Penempatan
En.Noorhisham bin Hamzah


Lampiran B

TENTATIF PROGRAM


NAMA PROGRAM KURSUS BINA BLOG
ANJURAN MAJLIS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH RENDAH DAERAH HULU LANGAT
TEMPAT PKG BANGI JALAN REKO
TARIKH 18 APRIL 2008



8.00 PAGI PENDAFTARAN DAN MINUM PAGI

8.30 PAGI UCAPAN ALU-ALUAN BAGI PIHAK PKG BANGI
USTAZ KAMALUDDIN

8.45 PAGI UCAPAN PERASMIAN KURSUS
OLEH : EN.ABDUL AZIZ BIN ISA

9.00 PAGI PENERANGAN CARA BINA BLOG
OLEH : EN.NOORHISHAM HAMZAH
PENGERUSI MGBKSR DHL

9.30 PAGI PRAKTIKAL MEMBINA BLOG

10.30 PAGI SESI SOAL JAWAB

11.00 MAKAN TENGAH HARI

12.00 PENUTUP
April 8, 2008

PostHeaderIcon Kursus Pembinaan Blog

Salam semua,saya telah menghubungi pihak PKG Bangi dan nampaknya ada ruang untuk kita pada 18 April nanti. Sebanyak 20 buah sekolah daerah Hulu Langat terlibat, nantikan suratnya dari PPD.Haru Jumaat di PKG Bangi, bawa Lap Top yang boleh menerima internet, kalau ada internet sambungan sendiri lagi bagus, dan juga wayar sambungan.Program bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00. Makan sendiri kat warung di luar.hahaha
April 1, 2008

PostHeaderIcon Sahabat di HUKM,sudahkah anda menjengoknya?


Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive