komen

March 17, 2008

PostHeaderIcon Mesyuarat Tahunan

Makluman kepada semua Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah Daerah Hulu Langat bahawa satu mesyuarat tahunan bagi tahun 2008 Insya Allah akan di adakan pada awal April 2008.
Mengikut keputusan umum mesyuarat Agung nan lalu, barisan AJK 2007-2008 akan memegang jawatan sehingga 2 tahun. Mesyuarat kali ini adalah merupakan majlis perutusan beberapa mandat baru dan me-refresh agenda lama yang perlu diteruskan oleh yang mulia En.Abdul Aziz bin Isa selaku Pegawai Hal Ehwal Murid PPD Hulu Langat.
Diharap kepada ahli dapat menjelaskan yuran tahunan. Berhubung yuran tahunan, mesyuarat AJK bersetuju, tuan-tuan yang menghadapi kesusahan untuk membayar yuran waktu perjumpaan dek kerana terlupa, gaji dah kering atau sebagainya, boleh lah memasukkan ke akaun saya sebagai Pengerusi Majlis dengan syarat memberitahu terlebih dahulu hari dan waktunya, ini supaya tidak bertembung dengan rakan yang lain. Tuan puan boleh sms atau hubungi saya di 0132641189 dan berikut adalah nombor akaun Maybank saya.10301-608- 653-5 atas nama Noorhisham Hamzah.Yuran yang anda masukkan ini akan saya sampaikan kepada bendahari. Makluman, bendahari kita sedang dalam keadaan sibuk dengan tugasan di Universiti, inisiatif ini adalah berniat memudah dan menolong tuan-puan sekalian.

Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive