komen

March 2, 2008

PostHeaderIcon ISU KAUNSELOR KINI

22 Febuari 2008, bertempat di USIM, kesemua guru besar dan pengetua dari sekolah-sekolah Daerah Hulu Langat telah dikumpul bersama dengan seluruh kaunselor dari daerah yang sama.

Taklimat Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling disampaikan oleh En.Khairuddin bin Mohd Amin selaku Pegawai Kaunseling di Jabatan Pelajaran Selangor. Dalam taklimat ini, terdapat beberapa perubahan yang berlaku dan dberi penekanan oleh beliau.

Lantikan GBSM baru

Setelah sekian lama kita menghadapi masalah surat lantikan guru bimbingan yang tertangguh akibat beberapa sebab teknikal yang tidak dapat di elakkan. Hari ini beliau menjelaskan surat tersebut sudah pun ditandatangan oleh Pengarah Pelajaran Selangor, Yang Berbahgia, Datin Hamidah.

Tidak Mengajar

Apa yang penting dalam surat ini, kaunselor yang dilantik tidak boleh diberi tugas mengajar mata pelajaran, hal ini termaktub dalam pekeliling ikhtisas yang telah dikeluarkan pada tahun 1996. Kaunselor sebenarnya mempunyai banyak tugas. Sebanyak 25 tugas wajib yang mesti dilaksanakan oleh kaunselor. Pada hujung bulan Januari 2008, dalam sesi dialog dengan En.Khaidir selaku Ketua Unit Sektor Hal Ehwal Murid di JPS, bertempat di Hotel Sri Costa Melaka, bersama dengan Pegawai Kaunseling PPD 9 Daerah, beliau mengatakan, kaunselor tahun ini nampak tidak bermaya, program yang kaunselor jalankan tidak begitu rancak, suram dan muram.

Kesimpulan awal yang dapat di himpun adalah “kaunselor mengajar” menjadi pemicu segala program lembab, tidak bermaya dan tiada serinya. Dibuat sekadar melepas batuk ditangga sebab malam nanti kena buat persediaan untuk mengajar besok hari dan esok hari mesti kumpul buku dan semak jawapan murid.

Setakat artikel ini ditulis, surat lantikan tersebut telah pun ditiba di sekolah-sekolah yang terbabit. Beberapa buah sekolah rendah khususnya di Daerah Hulu Langat masih memberikan waktu mengajar kepada kaunselor sekolah tersebut. Antaranya sekolah-sekolah tersebut ialah :

S.K. Jalan 3, Bandar Baru Bangi,
S.K Semenyih, Jalan Semenyih
S.K Kajang, Kajang
S.K Jalan 7, Bandar Baru Bangi,
S.K Jalan 6, Bandar Baru Bangi,

Dan beberapa sekolah lain lagi yang tidak disenaraikan disini. Mungkin atas alasan guru kurang, atau kaunselor minat mengajar, atau sekadar ganti guru bersalin, atau arahan pihak atasan, atau 10%? Namun kita perlu kembali ke landasan asal, yakni tugas kaunselor ialah membantu murid, guru dan ibu bapa dalam mencapai kegemilangan murid dalam akademik, dan sahsiah mereka.

Sampai masanya, guru besar dengan berat hati, terpaksa melepaskan semua guru kaunselor tersebut ke garisan asal mereka. En.Khairuddin memberi ultimatun kata dua, sekiranya masih didapati adanya kaunselor yang mengajar, 2 tindakan akan di ambil.

1. Pihak Jabatan (Kaunseling) akan membuat lawatan mesra ke sekolah terbabit.
2. Kaunselor sekolah terbabit akan ditarik balik dan dihantar ke sekolah lain, memandangkan perkhidmatan mereka tidak berapa diperlukan lagi, sedangkan banyak sekolah lain yang sangat memanggil-manggil kedatangan guru bimbingan ini.

Masalah Kaunselor

Sekiranya pihak sekolah mendapati kaunselor tidak buat kerjanya, ini berpunca dari beberapa keadaaan.

1. Keadaan pertama, kaunselor memang tidak boleh buat kerja dek kekangan masa mengajar yang diberikan.
2. Kaunselor tersebut memang kekurangan ilmu dan pengalaman, juga idea dan wawasan bagaimana menambah cara menonjol kehebatan mereka, kaunselor sebegini harus diberi latihan.
3. Kaunselor bermasalah, biasanya tidak suka duduk dalam dunia kaunselor sebab tidak sehati dengan jiwa. Kaunselor sebegini perlu ditarik balik, adanya akan merosak citra kaunselor seluruhnya. Dan kaunselor ini juga perlu diberi rawatan.

Adalah menjadi harapan yang sangat tinggi, agar seluruh pihak terutamanya guru besar di sekolah-sekolah Daerah Hulu Langat ini memberi laluan kepada kaunselor ke pangkuan tugas mereka, semoga dengan ini, perkhidmatan kaunseling dapat dimartabatkan. Dan tiada lagi selepas ini sungutan bahawa masih ada Guru Besar yang memandang sepi Pekeliling Ikhtisas 1996 itu.

Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling sedia menimbang sekiranya pihak tuan ingin mencadangkan apa-apa seminar, bengkel yang sesuai untuk dilaksanakan terhadap kaunselor yang masih demam dalam perkhidmatan mereka. Hal ini tidak dinafikan akan wujudnya.

Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive