komen

February 16, 2008

PostHeaderIcon Kewujudan Slot bagi Kaunselor di Laman PPD H.Langat

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan sekalian, baru tadi malam saya melayari Laman PPD Hulu Langat. Sangat berbahgia dan berbangga rasanya, apabila kita diberi ruang dalam laman tersebut secara khusus untuk berforum, menyampaikan idea-idea membantu rakan guru yang lain. Dan saya sudahpun menghantar suatu artikel untuk dibincang bersama, antaranya keberadaan sistem internet di PPD yang bagaikan hidup segan mati tak mahu.

Saya harap rakan-rakan boleh masuk ke situ dan daftarkan diri serta berilah salam awal perkenalan dan apa-apa perkara untuk kita bincang bersama sebagai guru biasa, kaunselor, dan pegawai kerajaan. Mereka (pengguna) mengharap para kaunselor dapat berkecimpung dan bersama-sama memajukan portal PPD H.Langat dari aspek idea, artikel, bahan yang berguna bagi membantu rakan-rakan kita yang tersepit jiwanya dek tekanan persekitaran.

Sekian Terima Kasih

Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive