komen

February 5, 2008

PostHeaderIcon Contoh Baju PRS Negeri Selangor

Semasa mesyaurat Pelarasan Unit Bimbingan dan Kaunseling di Melaka minggu lepas, En.Khairuddin telah menunjuk contoh Baju PRS yang akan diseragam dan digunakan seluruh negeri Selanor khususnya.


Kita akan membuat tempahan secara berkelompok bagi mengurangkan ekonomi. Harga dalam sehelai masih dalam kompromi, tapi lebih kurang RM18.00 hingga RM25.00 gitu...

Perkembangan lain, pihak Jabatan dan PPD mohon agar semua sekolah memiliki emel (khusus kaunseling) dalam masa terdekat ini. Syabas kita ucapkan bagi PPD Petaling Perdana yang mana setiap sekolah rendah dan menengah telah pun menghantar alamat emel masing-masing kepada pegawai beliau.


Kita berharap agar daerah lain pun boleh mengikut jejak langkah seperti itu dalam masa terdekat. Andai emel dah boleh dikuasai, anda akan dibawa membina blog peribadi milik UBK sekolah masing-masing.


Dari blog yang sederhana ini, anda boleh menayangkan segala gerak kerja perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah anda, sementara rakan lain akan menjadikan iktibar, contoh dan pengajaran serta ilmu tambahan. Dengan ini, mereka tidak lagi mati idea, tumpul semangat atau madul (dengan izin) input-input yang berguna untuk diaplikasi dalam sistem b&K.


Modul Sekolah Menengah


Bagi sekolah menengah, modul untuk PnP sudahpun siap, anda boleh downloadnya dari Langat Group. Sementara itu, modul bagi sekolah rendah dalam pembikinan. Dengan adanya silivus ini, kaunselor tidak lagi akan masuk kelas untuk mengajar, bahkan mereka masuk dengan Modul Bimbingan dan Kaunseling.

Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive