komen

February 20, 2008

PostHeaderIcon Semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Hulu Langat

Makluman kepada semua GBK, Guru Besar dan Pengetua bahawa suatu ketetapan telah dibuat untuk mengadakan program seperti berikut :

Taklimat berkaitan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling kepada semua Guru Besar dan Pengetua dan Guru Bimbingan Kaunseling pada 22 Febuari 2008 bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia [USIM]di Dewan Kuliah Pisat 3 USIM Bandar Baru Nilai jam 8.00 pagi.

Program ini di anjurkan oleh PPDHL, JPS dan USIM.

Harap dapat menghadirkan diri dan menyampaikan pesan ini kepada semua yang berkenaan kerana didapati masih ramai yang belum menerima surat jemputan ini.
February 17, 2008

PostHeaderIcon Masukan Dalam POrtal PPD H.Langat

Ramai juga orang yang tidak pernah ingin ada keinginan untuk berubah perangai. Namun berkat kasih sayang Tuhan, orang itu diberinya sakit dan derita dengan pelbagai penyakit. Maka berubatlah ke sana sini dangan pakar dan bomoh, walhasil, tidak mudah melepas kesakitan itu. Sibuklah dirinya, fikirannya, dan duitnya habis semata-mata untuk berubat. Akhirnya dia mula merenung siapa dirinya yang sebenar. Penyakit membawa dia mencari identiti dirinya dihadapan Tuhan. Ketika itu, dia mula berazam untuk berubah. sambungan, sila klik di sini
February 16, 2008

PostHeaderIcon Kewujudan Slot bagi Kaunselor di Laman PPD H.Langat

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan sekalian, baru tadi malam saya melayari Laman PPD Hulu Langat. Sangat berbahgia dan berbangga rasanya, apabila kita diberi ruang dalam laman tersebut secara khusus untuk berforum, menyampaikan idea-idea membantu rakan guru yang lain. Dan saya sudahpun menghantar suatu artikel untuk dibincang bersama, antaranya keberadaan sistem internet di PPD yang bagaikan hidup segan mati tak mahu.

Saya harap rakan-rakan boleh masuk ke situ dan daftarkan diri serta berilah salam awal perkenalan dan apa-apa perkara untuk kita bincang bersama sebagai guru biasa, kaunselor, dan pegawai kerajaan. Mereka (pengguna) mengharap para kaunselor dapat berkecimpung dan bersama-sama memajukan portal PPD H.Langat dari aspek idea, artikel, bahan yang berguna bagi membantu rakan-rakan kita yang tersepit jiwanya dek tekanan persekitaran.

Sekian Terima Kasih

PostHeaderIcon Sepintas Berita


PostHeaderIcon Laman E-Kaunseling Menghadapi Masalah

Sudah lebih seminggu laman http://e-kaunseling.umt.edu.my tidak berjaya dilayari. Saya coba hantar emel pada En.Salim sebagai tauke laman tersebut namun tidak berjawab. Kemudian saya coba emelkan lagi kepada YM Raja Mazlan, beliau mengatakan memang server ada masalah dan sedang menunggu jawapan dari Terengganu, apa masalah belu diketahui sebab En.Salim sendiri tidak menyampai info.

Biasanya kalau laman sekolah yang tidak boleh dilayari ada masalah, pertama serve bermasalah, ini biasanya sekejap-sekejap satu dua tempat, dan satu lagi tak bayar....ha ini kekal, kalau tak bayar sewa tahunan, tak boleh lah nak buka selama belum dijelaskan bayaran.

Apapun, kita tunggu jawapan dari En.Salim dan rakan yang lain.
February 15, 2008

PostHeaderIcon Cubaan Menculik Murid

Salam pembaca Blog Kaunselor Langat, saya baru terima satu surat dari seorang bapa tentang kes cubaan menculik murid sekolah di Sekolah Kebangsaan Tuanku Jaafar. Mungkin tuan-tuan dan puan-puan mempunyai perasaan seperti saya, iaitu...alah mungkin sekolah aku tak jadilah kes macam ni. Tapi saya nak ingatkan, bahawa surat ini sebenarnya menjadi satu titik tolak lagi bagi kita para kaunselor seNegeri Selangor amnya, untuk mengadakan satu taklimat ringkas di sekolah masing-masing, kerana kaunselor juga adalah Guru sekolah Selamat.

Kita boleh baca surat ini dihadapan murid atau sebutkan saja isinya dengan tujuan supaya berhati-hati dan berikan tips-tips menjaga keselamatan diri. Tuan boleh layari Blog bekas seornag anggota polis yang kini aktif soal keselamatan rakyat Malaysia.



Pengerusi Majlis Guru Bimbingan Sekolah Rendah Daerah Hulu Langat
February 9, 2008

PostHeaderIcon Maju Setepak Lagi

09 Feb 2008. Al-hamdulillah, hasrat mencipta blog sudah pun tercapai, bahkan blog kaunselorlangat hari ini menjadi alias laman web yang berbayar lain. Kita sedang berusaha menjadikan blog Langat sebagai tempat rujukan utama bagi rakan-rakan kaunselor seluruh daerah di Hulu Langat dan Selangor amnya, sementara mereka juga dalam proses pembikinan blog.

Dengan itu, andai tuan-puan merasakan ada kekurangan dalam blog ini, seperti bahan apakah yang sangat diperlukan oleh rakan-rakan kita, sedang tidak ada dalam blog ini, anda boleh membuat saranan dan andai kata tuan sendiri memiliki bahan tersebut, bolehlah upload-nya (hantar) ke emel afraima@yahoo.com.

Bahan anda akan dilink kan ke blog ini. Saya ingin membawa satu hadis yang maksudnya ;

"Barangsiapa yang mengajar orang lain suatu kebaikan, dia akan mendapat pahala seperti yang orang melakukannya, manakala barangsiapa mengajar orang lain suatu kejahatan, dia akan mendapat dosa daripadanya"

Artinya; kebaikan yang kita lakukan kita akan dapat pahala, dan kebaikan yang orang lain buat hasil dari tunjuk ajar kita, pun kita dapat pahalanya, sehingga dia ajar kembali pada anaknya, muridnya, dan seterusnya, sebaliknya, jika kita mengajar orang lain, atau tak mengajar, tapi sikap tak baik kita ditiru orang lain, kita akan mendapat sahamnya juga macam pahala tadi. Sedang kita sudahpun tiada lagi dibumi ini, kita berada jauh dalam lipatan bumi, sedang kejahatan yang kita buat ditiru orang, sehingga ditiru lagi orang lain, dosanya sampai pada kita juga.

Bagi kekawan yang belum memiliki blog, semua nota sudahpun ada dalam blog ini. Tinggal anda menelitinya saja. Semalan saya sudah kumpul data rakan seluruh Langat.Nampaknya dari 88 buah sekolah, hanya 30 orang lebih rakan kita yang ada emel. Selebihnya kita tak tahu sama ada mereka sengaja menyembunyikan emel takut orang nak mengorat atau memang masih kosong tentang emel-emelan ini. Dan yang ada emel pun, kita masih tertanya-tanya, apa betul dia orang sering melihat surat yang dihantar padanya?? Bagi Puan Nyai dari Langat, emel anda sudapun ada.

Mari bantu blog Langat untuk maju lebih jauh ke depan. Untuk Kita Jua.

Salam Hormat,



Pengerusi Majlis Guru Bimbingan & Kaunseling Sek.Rendah DHL
February 8, 2008

PostHeaderIcon 10 Sebab Mengapa Blog Menjadi Pilihan


February 6, 2008

PostHeaderIcon Bengkel Pengurusan Blog

Setelah berbincang dengan En.Izhar Sk Bdr Rinching, rasanya perlu dihebahkan kepada semua kekawan, maka pada hari Jumaat ini insyaAllah bertempat di Siber Cafe Bdr Rinching, satu bengkel pengurusan blog akan di adakan. Jam 10.00 pagi.

Aturcara :
10.00 : Penerangan (Bagaimana membina Blog)
10.10 : Mula Membina Blog masing-masing untuk sekolah
10.20 : Bagaimana posting artikel
10.30 :POsting Foto, Gambar dan Video (youtube)
10.40 :Bagaimana menghubung artikel dlam blog supaya masuk ke emel
10.50 : Bagaimana satu emel boleh disebarkan kepada semua rakan
11.00 : Panduan Membina Link dalam Blog
11.15 : Selesai


Adlan dan Zakaria nampaknya tidak berkesempatan, kata mereka dalam sms tadi. Kekawan yang lain, amacam,Semenyih, Ampang, Beranang, Jalan 7, TAsik Kesuma,Kg Rinching Hilir dan lain? Zainuddin tak jawab sms.....mana pegi
February 5, 2008

PostHeaderIcon Contoh Baju PRS Negeri Selangor

Semasa mesyaurat Pelarasan Unit Bimbingan dan Kaunseling di Melaka minggu lepas, En.Khairuddin telah menunjuk contoh Baju PRS yang akan diseragam dan digunakan seluruh negeri Selanor khususnya.


Kita akan membuat tempahan secara berkelompok bagi mengurangkan ekonomi. Harga dalam sehelai masih dalam kompromi, tapi lebih kurang RM18.00 hingga RM25.00 gitu...

Perkembangan lain, pihak Jabatan dan PPD mohon agar semua sekolah memiliki emel (khusus kaunseling) dalam masa terdekat ini. Syabas kita ucapkan bagi PPD Petaling Perdana yang mana setiap sekolah rendah dan menengah telah pun menghantar alamat emel masing-masing kepada pegawai beliau.


Kita berharap agar daerah lain pun boleh mengikut jejak langkah seperti itu dalam masa terdekat. Andai emel dah boleh dikuasai, anda akan dibawa membina blog peribadi milik UBK sekolah masing-masing.


Dari blog yang sederhana ini, anda boleh menayangkan segala gerak kerja perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah anda, sementara rakan lain akan menjadikan iktibar, contoh dan pengajaran serta ilmu tambahan. Dengan ini, mereka tidak lagi mati idea, tumpul semangat atau madul (dengan izin) input-input yang berguna untuk diaplikasi dalam sistem b&K.


Modul Sekolah Menengah


Bagi sekolah menengah, modul untuk PnP sudahpun siap, anda boleh downloadnya dari Langat Group. Sementara itu, modul bagi sekolah rendah dalam pembikinan. Dengan adanya silivus ini, kaunselor tidak lagi akan masuk kelas untuk mengajar, bahkan mereka masuk dengan Modul Bimbingan dan Kaunseling.
February 3, 2008

PostHeaderIcon Panduan Mengurus Blog

Dartaflah sebagai ahli untuk menerima emel bagaimana pengurusan blog yang mudah lagi senang.

PostHeaderIcon Padah...





Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive