komen

January 29, 2008

PostHeaderIcon MESYUARAT PENGURUSAN & PENYELARASAN

BANDA HILIR, MELAKA, 28 JAN 2008, Sri Costa, satu Mesyuarat Pengurusan Penyelarasan Unit Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri Selangor telah diadakan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En.Khairuddin Mohd Amin selaku Pegawai Kaunseling di Jabatan Pelajaran Selangor.

Kehadiran ahli mesyuarat melibatkan seorang mewakili setiap daerah dalam Negeri Selangor.Turut hadir ialah Pegawai Pengurusan Hal Ehwal Murid PPD bagi setiap daerah.

Borang L8

Borang L8 akan diselesaikan pada minggu ini. Harapannya agar setiap laporan guru bimbingan dan kaunseling tidak lagi di hantar secara manual pada masa akan datang, bahkan secara on-line. Berkaitan dengan itu, beliau berharap agar setiap Unit Kaunseling sekolah memiliki Laman Web sendiri, dengan itu kita beralasan kenapa setiap bilik kaunseling perlu ada komputer.

Surat Lantikan

Mesyuarat ini juga akan menyelesaikan kes kaunselor yang tertunggak mendapat surat lantikan. Setiap sekolah mesti mendaftarkan emel, ini bertujuan memudahkan En.Khairudin menyampaikan setiap mesej ke setiap sekolah.

Kursus 14 Minggu

Calon 14 minggu akan dihantar ke Kementerian secepatnya. Pegawai Kaunseling minta senaraikan guru yang layak. Antara syarat kelayakan ialah umur tidak melebihi 43 tahun, dan bebas dari tindakan tata tertib. Mereka ini akan ditempatkan dimana-mana maktab dalam tahun ini.

Anugerah Bilik Contoh

Menurut En.Khairuddin, Anugerah Bilik Kaunseling akan di adakan pada tahun ini. Pegawai Kaunseling dari daerah lain akan melawat sekolah daerah lain yang telah disenaraikan oleh PPD masing-masing.

Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR, PMR dan SPM

Tahun ini, satu anjakan baru di buat iaitu memberi anugerah pelajar cemerlang bagi yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Selain itu, KIOSK juga akan di adakan.

Anugerah Kaunselor Cemerlang

Setiap calon yang cukup syarat boleh memohon. Tidak semestinya dicalon oleh Guru Besar atau Pengetua masing-masing dan tarikh penghantaran borang ini sememangnya masing terbuka hingga laporan ini di tulis. Syarat 7 tahun, bebas tatatertib dan mendapat sokongan Pengetua. Selain itu, masih ada lagi panel lain yang akan menilai. Di perlukan 4000 orang. Anugerah ini terbuka kepada guru DG29 untuk lompatan ke DG32 dan dari DG41 ke DG44.

Program Anak Pedalaman

Selangor akan menjadi tuan rumah bagi program Anak Pedalaman bagi tahun ini. Program ini yang dijalankan di Sabah pada tahun lalu mendapat sambutan yang hangat dari semua pihak.

Kaunselor Berdaftar

Adalah tidak menjadi satu kesalahan bagi kaunselor sekolah yang menjalankan sesi tanpa lesen. Pengambilan lesen lebih baik, jadilah kaunselor berdaftar.

Selamat Bersara En.Ali bin Abu

Pn.Fatimah binti Tamim menggantikan En.Ali bin Abu, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Selangor mantan Pengetua SMK Shah Bandar Raya Klang.

Respon ; Blogspot

Saya mencadangkan setiap sekolah memiliki laman web yang teramat mudah untuk di bina dan di urus oleh sesiapa pun, baik diperingkat awal dan sederhana mengenali dunia internet.

Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive