komen

January 28, 2008

PostHeaderIcon Cerita BnK Kita

BANGI 28 Jan 2008. Pagi ini saya singgah sekejap di SK Jalan Enam dalam perjalanan pulang dari Hospital Serdang. Sebenarnya nak bayar sewa rumah, dan lepas tu nak singgah jumpa kawan kita kat situ. Dalam nak turun tangga, jumpalah 3 orang murid perempuan pakai baju biru,(pengawas kot) dik...tau tak bilik kaunseling kat mana? Tak tau...katanya. Mari sini cikgu tunjukkan kata saya. Pelik dia, kita yang tanya, kita yang jawabkan. Sambil berjalan saya tanya, kelas berapa awak? Darjah 3 katanya.

Ini bilik apa tanya saya.Bilik guru....jawab mereka bertiga....jalan ke depan lagi...ini bilik apa? Bilik Bimbingan dan Kaunseling kata mereka. HAh. lain kali inilah dia bilik kaunseling ya.

Pertanyaan kedua, tau tak siapa nama guru kaunseling? Tak katanya.Kenal tak cikgu Samsida?Tak....Mungkin pasal Pn.Samsida ni petang, jadi bebudak tak kenallah. OK lah.

BAik, rakan-rakan sekalian, apa cerita dibalik berita ini?Bagi saya betapa guru kaunseling tak dikenali....kesiannya.....promote nya kurang kot. Guru Kaunseling kena berperanan, ambil alih perhimpunan pagi secara paksa kalau susah sangat. Perkenalkan ..ASSALAMU ALAIKUM.SAYA PN.MAZIDAH GURU KAUNSELOR SEKOLAH KEBANGSAAN SEKIAN-SEKIAN. Hari ini cikgu hanya tolong mempengerusikan majlis ini sebentar sementara guru bertugas....bla bala bla.

Ketiga...promote pada murid2, tau tak murid-murid sekalian, dimana letaknya bilik kaunseling? Tak tahu...OK tengok sini cikgu tunjukkan.Kalau ada orang luar datang dan bertanya mana bilik kaunseling,tunjukkan dengan tangan begini dan katakan disana tuan. Atau bawa mereka ke sana.

Rasanya ada juga kaunselor kita yang tercari-cari dan tak jumpa-jumpa pekeliling 1996 yang menyatakan kaunselor bebas dari mengajar. Mana-mana kawan yang ada tolong scan dan hantarkan pada saya, siapa nak boleh download.

OK, untuk hari lain, saya akan singgah lagi mana-mana sekolah secara kebetulan dan lihat sejauh mana muridnya mengenali guru bimbingannya. SALAM MAJU JAYA.

Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive