komen

January 30, 2008

Hari ini 30 Jan 2008. En.Khairuddin telah mengagihkan sukatan pelajaran kepada semua Pegawai Kaunselor PPD. Adalah sangat tinggi harapan beliau agar tidak ada lagi mana-mana kaunselor yang mengajar selepas ini. Walaupun kaunselor itu sememangnya pandai mengajar. Kalau masalah ini masih berterusan, dimana fungsinya kaunselor?
January 29, 2008

PostHeaderIcon MESYUARAT PENGURUSAN & PENYELARASAN

BANDA HILIR, MELAKA, 28 JAN 2008, Sri Costa, satu Mesyuarat Pengurusan Penyelarasan Unit Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri Selangor telah diadakan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En.Khairuddin Mohd Amin selaku Pegawai Kaunseling di Jabatan Pelajaran Selangor.

Kehadiran ahli mesyuarat melibatkan seorang mewakili setiap daerah dalam Negeri Selangor.Turut hadir ialah Pegawai Pengurusan Hal Ehwal Murid PPD bagi setiap daerah.

Borang L8

Borang L8 akan diselesaikan pada minggu ini. Harapannya agar setiap laporan guru bimbingan dan kaunseling tidak lagi di hantar secara manual pada masa akan datang, bahkan secara on-line. Berkaitan dengan itu, beliau berharap agar setiap Unit Kaunseling sekolah memiliki Laman Web sendiri, dengan itu kita beralasan kenapa setiap bilik kaunseling perlu ada komputer.

Surat Lantikan

Mesyuarat ini juga akan menyelesaikan kes kaunselor yang tertunggak mendapat surat lantikan. Setiap sekolah mesti mendaftarkan emel, ini bertujuan memudahkan En.Khairudin menyampaikan setiap mesej ke setiap sekolah.

Kursus 14 Minggu

Calon 14 minggu akan dihantar ke Kementerian secepatnya. Pegawai Kaunseling minta senaraikan guru yang layak. Antara syarat kelayakan ialah umur tidak melebihi 43 tahun, dan bebas dari tindakan tata tertib. Mereka ini akan ditempatkan dimana-mana maktab dalam tahun ini.

Anugerah Bilik Contoh

Menurut En.Khairuddin, Anugerah Bilik Kaunseling akan di adakan pada tahun ini. Pegawai Kaunseling dari daerah lain akan melawat sekolah daerah lain yang telah disenaraikan oleh PPD masing-masing.

Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR, PMR dan SPM

Tahun ini, satu anjakan baru di buat iaitu memberi anugerah pelajar cemerlang bagi yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Selain itu, KIOSK juga akan di adakan.

Anugerah Kaunselor Cemerlang

Setiap calon yang cukup syarat boleh memohon. Tidak semestinya dicalon oleh Guru Besar atau Pengetua masing-masing dan tarikh penghantaran borang ini sememangnya masing terbuka hingga laporan ini di tulis. Syarat 7 tahun, bebas tatatertib dan mendapat sokongan Pengetua. Selain itu, masih ada lagi panel lain yang akan menilai. Di perlukan 4000 orang. Anugerah ini terbuka kepada guru DG29 untuk lompatan ke DG32 dan dari DG41 ke DG44.

Program Anak Pedalaman

Selangor akan menjadi tuan rumah bagi program Anak Pedalaman bagi tahun ini. Program ini yang dijalankan di Sabah pada tahun lalu mendapat sambutan yang hangat dari semua pihak.

Kaunselor Berdaftar

Adalah tidak menjadi satu kesalahan bagi kaunselor sekolah yang menjalankan sesi tanpa lesen. Pengambilan lesen lebih baik, jadilah kaunselor berdaftar.

Selamat Bersara En.Ali bin Abu

Pn.Fatimah binti Tamim menggantikan En.Ali bin Abu, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Selangor mantan Pengetua SMK Shah Bandar Raya Klang.

Respon ; Blogspot

Saya mencadangkan setiap sekolah memiliki laman web yang teramat mudah untuk di bina dan di urus oleh sesiapa pun, baik diperingkat awal dan sederhana mengenali dunia internet.
January 28, 2008

PostHeaderIcon Cerita BnK Kita

BANGI 28 Jan 2008. Pagi ini saya singgah sekejap di SK Jalan Enam dalam perjalanan pulang dari Hospital Serdang. Sebenarnya nak bayar sewa rumah, dan lepas tu nak singgah jumpa kawan kita kat situ. Dalam nak turun tangga, jumpalah 3 orang murid perempuan pakai baju biru,(pengawas kot) dik...tau tak bilik kaunseling kat mana? Tak tau...katanya. Mari sini cikgu tunjukkan kata saya. Pelik dia, kita yang tanya, kita yang jawabkan. Sambil berjalan saya tanya, kelas berapa awak? Darjah 3 katanya.

Ini bilik apa tanya saya.Bilik guru....jawab mereka bertiga....jalan ke depan lagi...ini bilik apa? Bilik Bimbingan dan Kaunseling kata mereka. HAh. lain kali inilah dia bilik kaunseling ya.

Pertanyaan kedua, tau tak siapa nama guru kaunseling? Tak katanya.Kenal tak cikgu Samsida?Tak....Mungkin pasal Pn.Samsida ni petang, jadi bebudak tak kenallah. OK lah.

BAik, rakan-rakan sekalian, apa cerita dibalik berita ini?Bagi saya betapa guru kaunseling tak dikenali....kesiannya.....promote nya kurang kot. Guru Kaunseling kena berperanan, ambil alih perhimpunan pagi secara paksa kalau susah sangat. Perkenalkan ..ASSALAMU ALAIKUM.SAYA PN.MAZIDAH GURU KAUNSELOR SEKOLAH KEBANGSAAN SEKIAN-SEKIAN. Hari ini cikgu hanya tolong mempengerusikan majlis ini sebentar sementara guru bertugas....bla bala bla.

Ketiga...promote pada murid2, tau tak murid-murid sekalian, dimana letaknya bilik kaunseling? Tak tahu...OK tengok sini cikgu tunjukkan.Kalau ada orang luar datang dan bertanya mana bilik kaunseling,tunjukkan dengan tangan begini dan katakan disana tuan. Atau bawa mereka ke sana.

Rasanya ada juga kaunselor kita yang tercari-cari dan tak jumpa-jumpa pekeliling 1996 yang menyatakan kaunselor bebas dari mengajar. Mana-mana kawan yang ada tolong scan dan hantarkan pada saya, siapa nak boleh download.

OK, untuk hari lain, saya akan singgah lagi mana-mana sekolah secara kebetulan dan lihat sejauh mana muridnya mengenali guru bimbingannya. SALAM MAJU JAYA.
January 24, 2008

PostHeaderIcon En.Samsul Dolah dah naik...


January 5, 2008

PostHeaderIcon FAIL MEJA

Lengkap, bagi kaunselor yang belum memiliki fail meja , anda boleh download di http://groups.yahoo.com/group/Kaunselor_hLgt/files/. Bagi yang belum mempunyai alamat emel, anda diseru untuk memilikinya, untuk memudahkan menerima maklumat semasa. Terima Kasih
January 4, 2008

PostHeaderIcon Bahan Sekolah Selamat

SALAM Motivasi, apa khabar rakan-rakan seHulu Langat semua? Ada sikit bahan sekolah selamat bagi anda yang memerlukan. Boleh rujuk http://groups.yahoo.com/group/Kaunselor_hLgt/files/ ianya
sudah pun di upload kat situ. bagi yang ada emel, anda telah terima secara automatik, bagi yang belum ada emel, sila hantar alamat emel anda ke afraima@yahoo.com untuk menerima bahan-bahan berikut dan berita terkini.

Selain itu, saya mengalu-alukan sebarang perkongsian bahan untuk guru kaunselor melalui Blog ini. Caranya...anda boleh post melalui ruangan komen dibawah @ send terus pada emel saya.
January 2, 2008

PostHeaderIcon MODUL GURU BIMBINGAN SR

Oleh : Noorhisham Hamzah
Guru Bimbingan SK Bangi
(Pengerusi MGBSR Daerah Hulu Langat, 2007-2008)

Salam rakan-rakan sekalian, mungkin anda pernah dengar tentang modul Guru Bimbingan Sekolah Rendah, modul ini telah dirancang 2 tahun lepas (2006). Dalam kesempatan bertemu dengan En.Abd Rahim, saya sempat mengajukan persoalan ini...buat rakan-rakan sekalian, modul sedang dan masih lagi diperhalusi, ianya akan di umumkan bila selesai nanti.

Yang kedua saya harap, tahun 2008 ini AJK boleh proaktif...saya perlukan kerjasama semua AJK dan bukan AJk untuk menjayakan program kita peringkat Daerah dan sekolah. Saya harap kita boleh sediakan penceramah bagi beberapa program dikalangan kaunselor sendiri. Ini bagi memudahkan rakan-rakan yang tercari-cari tenaga penceramah. Misalnya Awal Remaja, Jauhi Merokok /Dadah dan sebagainya. Kadang-kadang kita rasa "boring" jugak kalau panggil orang darai Jabatan itu dan ini, sedang mereka hanya menghantar wakil yang kurang "uumph" dan terdetik dihati kita, oh...kalau macam ni tak payah la panggil dia, aku pun boleh ceramah kalau setakat ni.

Saya pernah panggil AADK menyampaikan ceramah tentang DADAH, tapi mereka hantar wakil perempuan yang sedang praktikal...alamak..tau sajala...mereka hanya baca teks saja....dengan suara yang tak kuat..nada yang mendatar....aduh...sehingga GPK HEM sebelah sya berkata, "kalau macam, engkau pun boleh ceramah Syam" .....

Jumpa lagi....sebarkan berita ini dan minta kekawan kita daftarkan diri mereka menggunakan emel peribadi untuk menerima berita ini selanjutnya....

Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive