komen

December 12, 2007

PostHeaderIcon Public Speaking Membuang Rasa MALU

Oleh : NOORHISHAM B. HAMZAH
Pengerusi Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Hulu Langat

LONDON, pihak kerajaan memberi kebebasan kepada rakyatnya untuk menyampaikan apa-apa rasa tidak puas hati terhadap kerajaan,
namun hal ini diberikan dalam satu tempat khas yang dinamakan "speaker corner". Perkara seumpama itu turut di anjurkan oleh
Unit Pembangunan Islam, Majlis Perbandaran Kota Bharu (kini MPKB-BRI) di Taman Hijau 13 tahun yang lalu.


Pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu menjemput murid-murid sekolah menengah untuk memberi ucapan di depan khalayak, tengah- tengah kesemrautan lalu-lintas kenderaan, mereka menempatkan sebuah van yang mempunyai 2 speaker di atasnya. Volume suara dikuatkan, kekuatan tersebut membuat pengunjung semakin bertambah ramai untuk mendengar ucapan demi ucapan. Di selang seli dengan nyanyian nasyid berkumpulan dan solo.

Namun topik yang dibenarkan hanyalah berkisar pada perkembangan remaja semasa
serta isu-isu keagamaan.Rata-rata murid sekolah menengah agama yang hadir dan POndok Modern Bachok turut memeriahkan acara.


Penulis adalah salah seorang dari tenaga penceramah dan menyediakan penceramah muda bagi memenuhi acara tersebut. Program di adakan setiap minggu pada hari Sabtu bermula jam 3.00 hingga 5.00 petang.Apa yang menarik, boleh dikatakan semua peserta yang mengambil acara itu pada 13 tahun itu sudahpun bekerja dengan pekerjaan yang baik,setelah berjaya menyambung pelajaran ke Mesir, Jordan dan Indonesia (penulis).

Eksiden
Pernah suatu ketika,semasa penulis berucap, depannya ada jalan raya, ketika itu ada kereta yang memperlahankan kenderaan mereka kerana ada objek yang sedang melintas, tiba-tiba terdengar bunyi dentuman, perkara ini terjadi ketika penonton lain sedang asyik mendengar ucapan, rupa-rupanya sebuah motosikal dek kerana sambil lalu dan mendengar ceramah, tayar depan motornya melanggar kereta yang berhenti tadi. Spontan semua hadirin ketawa.Sebenarnya speaker corner di ilhamkan oleh Ustaz wan Hassan, beliau ialah pengerusi Unit Pembangunan Islam tadi, beliau ingin meniru macam mana orang putih buat di London
ketika sedang mengambil Master dulu.

Kini penulis ingin mengetengahkan hal ini di Sekolah Keb. Bangi. Ramai juga murid bahkan majoriti pelajar takut untuk bertanya dalam kelas ketika mereka sebenarnya perlu bertanya. Dan apabila guru bertanya apakah anda faham, mereka tunduk dan mengangguk walaupun hakikat sebenar mereka tidak faham.Dan amat menyedihkan, hal ini berlanjut hingga ke peringkat Universiti. Di Aceh, dan Indonesia amnya, pelajar mereka tidak malu-malu untuk bertanya bahkan sangat pandai bersilat lidah untuk menyampaikan suatu pertanyaan. Di Malaysia juga, rata-rata dalam kelas Master, rata-rata mengakui mahasiswa dari
Indonesia lebih petah bercakap dalam kuliah.Di sini ada satu ketinggalan rasanya dalam dunia pendidikan kita di Malaysia, murid TIDAK BERANI bercak
ap.

Ada apa?
Ya, ada apa sebenarnya? itulah malu yang bersarang dihati hingga membawa kerugian diri sendiri. Dari pengalaman penulis apabila kita menyertai acara tadi, rasa malu itu akan hilang, hanya malu diperlukan saja yang ada. Dalam PMD (program maju diri)saya insyaAllah akan mengetengahkan judul ini dalam sebuah silivus. Murid-murid akan bercerita tentang diri mereka secara ringkas. Ia nya seakan public speaking. Kita perlu pecahkan rasa malu tersebut dengan jalan yang paling mudah iaitu menjemput mereka ke depan dan bercerita tentang
diri dan keluarga.

Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive