komen

December 31, 2007

PostHeaderIcon Hasil Rapat di Equatorial Antara Kementerian dan UKM

Satu pertemuan tidak rasmi tetapi cukup bermakna telah diadakan di Hotel Equatorial pada 31.12.2007 antara pihak Kementerian Pelajaran Malaysia diwakili En.Abd Rahim selaku Kaunseling dan Kaunselor UKM. Ikuti perbincangan lanjut dengan klik dibawah :KLIK DI SINI



1. Datin Profesor Amla : Pensyarah UKM
2. Dr.Zuriah Mahmud : Pensyarah UKM
3. Dr. Salleh : UKM
4. En.Abd Rahim (Kementerian Pelajaran Malaysia, Unit Kaunseling)
5. En Aziz bin Isa (PPD Hulu Langat, Unit HEM )
6. En.Noorhisham Hamzah : Majlis Guru Bimbingan Daerah Hulu Langat
7. En. Muhammad Asri : Kaunselor Negeri Sembilan (Panel Penggubal Buku Panduan Bimbingan dan Kaunseling Negeri Sembilan)
8. En.Jasmi : Kaunselor Negeri Sembilan

Kaunselor Kurang

Dalam majlis ini, Dr.Salleh bertindak selaku pengerusi majlis telah membuka topik perbincangan berkaitan kekurangan kaunselor bagi seluruh Malaysia. En.Rahim memaklumkan kekurangan ini berpunca dari Universiti sendiri yang kurang banyak mengeluar produk kaunselor. Namun Dr. Salleh menyatakan pihak Universiti sendiri tidak menerima permohonan yang banyak dari pelajar. Apa pun, ini kemungkinan dasar kerajaan sendiri yang telah menghadkan kuato pengeluarannya atau pun sebab lain. Walau bagaimanapun buat masa ini, pihak UPSi sendiri sebenarnya telah dan sedang melahir ramai kaunselor.

DATA KAUNSELOR

Menurut data tahun lepas, secara lebih kurang, jumlah sekolah menengah di seluruh Malaysia ada sebanyak 2063 buah dan 6143 kaunselor. Dari sekian ribu kaunselor ini, hanya 40 orang yang tidak / belum graduan. Bermakna kita kekurangan 1700 orang kaunselor bagi sekolah menengah. Sedangkan pihak kementerian layak terima 8000 orang kaunselor, namun yang ada sekarang hanya 2992 orang. Itu tidak termasuk yang sedang dalam proses undur balik semula sebagai guru biasa.

Mengajar dan Tidak

Pihak UKM bertanya pendirian hakiki pihak kementerian berhubung kaunselor samada perlu mengajar atau tidak. Menurut En.Rahim. Pekeliling telah keluar semenjak tahun 1996 lagi yang menyatakan kaunselor tidak perlu mengajar. Sebagai tambahan keluar lagi pekeliling lain yang mengukuhkan pekeliling sebelumnya.

Namun timbul isu kaunselor mengajar atau tidak. En.Rahim telah memaklumkan kepada semua nazir yang turun memantau di sekolah supaya melihat perkara agar seiring dengan pekeliling yang telah dikeluarkan.

Bagi sayalah...kaunselor yang suka mengajar ni ada kemungkinan dia rasa kepakarannya dalam tertentu akan rugi bagi pihak sekolah jikalau tidak diguna. yang kedua mungkin mereka tak ada idea nak cari klien, menyebabkan bilik mereka sunyi dari kunjungan klien, lalu mereka pun ah....masuk kelas je lah...padahal kita ada sukatan sendiri, seperti IKrar UPSR, Soal Selidik, Buletin...Ceramah Isu Semasa (Berkaitan Gejala Sosial ) dan sebagainya..Ayuh kawan...pihak atasan menjadi sukar untuk memperkasa Guru Bimbingan (aspek pengecualian mengajar) kerana ada antara kawan kita yang secara sukarela nak mengajar....apa pandangan tuan-tuan....kaunselor macam nilah kita kena pergi bantu mereka dan tubuh team ten....terdiri dari 10 orang pemikir dan tenaga pakar yang boleh membimbing rakan kita ini....sebagaimana disarankan oleh En.Khairuddin Mohd Amin...

Senarai tugas Kaunselor

Senarai tugasan kaunselor tetap 25 dan ini disimpulkan dalam 10 tugas utama. Pihak U juga memaklumkan mereka terima aduan dari guru lain bahawa terdapat kaunselor yang tak pandai bagi service, selalu keluar, sistem lapuk dan kes banyak tidak selesai. Sedangkan apabila HEM panggil klien, terus selesai, katanya.

Sebenarnya itu adalah kes terpencil, dan kaunselor keluar pun atas arahan dari atasan. Ramai orang tidak faham proses kaunseling yang mesti melalui beberapa fasa. Apa yang orang hendak, cepat selesai. En.Rahim meminta kalau ada teknik terkini yang lebih cepat sebagai terapi untuk klien, mohon disampaikan kepada kementerian untuk di aplikasi.

TEAM TEN / Think Ten

Sementara itu, ada kaunselor yang buntu idea, perlu dibantu. Saya menganjurkan En.Aziz cepat menubuh team ten yang akan membantu kaunselor lain khususnya daerah Hulu Langat. En. Aziz memaklumkan, AJK Majlis itulah yang patut menjadi team ten. Nampaknya tahun 2008, Majlis perlu aktif dengan sokongan semua AJK yang sanggup korban sedikit masa dan tenaga.

Datin Amla bertanya perjalanan perkhidmatan disekolah rendah, saya menjawab, selama ini program berjalan baik, ada sehari 2 hingga 3 sesi kita sempat jalankan, namun ada antara kaunselor kita yang tidak boleh laksanak tugas utama ini disebabkan halangan dari pihak pentadbir sendiri. Sebgai contoh ada sekolah di daerah kita ini yang GB nya tidak suka sesi kaunseling, katanya tak perlu…apabila dia lewat bilik kaunseling dan ternampak klien sedang ber-sesi, apa ni masuk kelas.

TIDAK DISENANGI GOLONGAN KURANG FAHAM

En.Aziz mencelah, memang ada antara pentadbir yang melahir rasa tidak senang dengan kaunselor yang tak mengajar. Padahal ini bertentangan dengan dasar kementerian.

Dr.Zuriah membalas, ini bab persepsi, katanya pandangan orang lain tentang kaunselor masih tak betul, tiada kerja dan sebagainya. Sebab itulah kata En.Rahim, semua guru sekarang diberi latihan kaunseling supaya mereka tahu peranan kaunselor.

BERITA BAIK

Berita baik bagi seluruh kaunselor, bermula tahun 2008. kaunselor akan dicalonkan sebagai kaunselor cemerlang berdasarkan beberapa kriteria. Antaranya sudah 7 tahun memberi perkhidmatan. Mereka yang DG41 akan dinaikkan ke DG44 dan 52. begitu pula DC29 akan dinaik ke DC32.

Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive