komen

December 2, 2007

PostHeaderIcon Buletin Kaunselor Langat


Assalamualaikum dan Salam sejahtera, salam buat pertama kali di arena bahasa tanpa suara. Buletin ini digarap khusus buat Kaunselor Daerah Hulu Langat, setelah usaha untuk bertemu secara live dengan semua tidak semudah yang di jangka.


Baiklah tuan dan puan serta cik, dato dan datin sekalian, saya En.Noorhisham Hamzah, guru Bimbingan SK Bangi selaku Pengerusi Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Hulu Langat sebagai penulis bagi edisi pertama buletin ini ingin memperkenalkan diri.
Ada beberapa perkara yang perlu saya bawa dalam buletin ini untuk perkongsian serta maklumat semasa berkaitan perkembangan ”dunia kita”.

KANTONG BERBUNYI


Kami pihak AJK sesi 2007-2008 menyimpan hasrat untuk mengadakan program buat para Kaunselor. Tapi keadaan memaksa kita pendam dahulu hasrat tadi. Ini kerana 1 perkara sahaja, buat masa ni, kantong kita belum mencukupi untuk mendanai projek seindah yang kita harapkan.


Dengan ini secara tidak langsung, kami berterima kasih kepada yang telah menjelaskan yuran tahun 2007 dan kepada yang belum kami doakan semoga dilapangkan rezki dan jalan untuk itu.
Selain dari itu, kita perlu mengadakan beberapa aktiviti untuk menambah dana Majlis. Usaha pertama untuk membeli SPk (sistem pengurusan kaunseling) menemui jalan buntu. Ini kerana banyak yang tidak setuju, tidak tahu, dan ada yang ditolak oleh masing-masing bos walaupun pesanan sudah tiba di pejabat.


Hmm, nak buat macam mana lagi ye. Tanpa duit kita ketandusan program. Hanya dengan apa kita boleh kumpul dana. Dengan ini juga, kami harap kepada yang tau jalan untuk mengumpul dana, silakan hantar saranan anda ke afraima@yahoo.com.
Untuk pengetahuan, Blog kaunselor Langat sedang menanti laporan dari anda berbentuk gambar, baik ianya terlibat langsung dengan Bimbingan dan Kaunseling maupun tidak. Coretkan sedikit maklumat untuk perkongsian bersama.


Saya secara peribadi menyarankan anda membina blog peribadi untuk bimbingan dan kaunseling, biarlah masing-masing kita guru kaunseling di daerah ini mempunyai laman blog sendiri. Sebagai contoh anda boleh ziarah ke laman blog saya di norish77.blogspot.com. Dari situ anda boleh ke KaunselorLangat menerusi link yang ada. Dan saya akan link kan dengan semua sekolah di daerah Hulu Langat, khususnya bidang Bimbingan dan Kaunseling.


Andai tuan sudahpun ada blog atau web tersebut, silakan hantar pada emel diatas.
Tuan dan puan boleh melihat contoh buletin bulanan yang telah saya keluarkan, ianya mendapat reaksi positif dari ibu bapa dan guru-guru. Dengan itu anda boleh menambah nilai perkhidmatan anda.


BERITA SEMASA


Di Asset Bangi, pihak PPDHL telah mengadakan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Daerah, antara penerima adalah SK Tasek Permai, yang menang atas tiket Tokoh Pelajar, SK Ampang Pengurusan Kaunseling Terbaik, SK Jalan 3, PRS terbaik, Mento mentee SK Bangi. Pihak AJK merakam TAHNIAH dan berharap sekolah lain boleh mengambil contoh apa yang telah mereka lakukan. Untuk itulah, perlunya sebuah blog. Namun bukan mudah juga, ianya memerlukan talian internet streamyx, dial up? Sorry la bang, lambat sangat bukan nak kata, tapi tengah mengatalah nih. Kedua perlu sedikit masa. Ketiga..korban sikit fulus....
Akan tetapi kalau adanya semangat dan keinginan yang sungguh-sungguh, kita boleh jelmakan semua itu dalam alam realiti. Dengan harapan dan doa, kita boleh buktikan.


Andainya tuan-puan pun turut inginkan semua ini, tetapi terhalang dek kabur internet, pihak AJK sedia mengatur waktu untuk mengadakan kursus seumpama ini.
Malangnya, bukan setakat Hulu Langat, tapi seMAlaysia pastinya, ramai guru kurang memanfaatkan bahan ICT era kini.

KAUNSELOR KURANG

Entah apa yang menjadi block, mungkin kesibukan para kaunselor memenuhi keperluan diri dan kerjaya. Oh ya, pada yang ada emel, silakan daftar ke kaunselor langat, sekarang ini ada permintaan untuk mendaftarkan jumlah kaunselor di negara kita. Anda akan terima sekeping borang yang minta untuk dipenuhi dan dihantar untuk tujuan pendataan.
Bagi yang belum ada emel, sempat-sempatkanlah masa untuk membinanya. Banyak bahan dalam dunia IT ini yang boleh kita ceduk, tinggal tahu saja rahsianya.

Baru-baru ini juga diadakan seminar berkaitan kaunseling di Kajang, antara tetamu undangan ialah Dato YB Hishamuddin, Menteri Pelajaran Malaysia. Saya sempat mengambil beberapa bahan berkaitan buli.

Anda yang tak dapat jangan khuatir, ianya boleh di ambil dalam web www. cegahsalahlaku.org. terdapat gambar karton yang menarik. Mungkin boleh di print out sebagai banner atau bunting...banting lah.

Akhir kata, terima kasih atas semangat anda membaca buletin ini dan mohon maaf andainya tidak sesuai pada tempatnya.

Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive