komen

December 31, 2007

PostHeaderIcon Hasil Rapat di Equatorial Antara Kementerian dan UKM

Satu pertemuan tidak rasmi tetapi cukup bermakna telah diadakan di Hotel Equatorial pada 31.12.2007 antara pihak Kementerian Pelajaran Malaysia diwakili En.Abd Rahim selaku Kaunseling dan Kaunselor UKM. Ikuti perbincangan lanjut dengan klik dibawah :KLIK DI SINI



1. Datin Profesor Amla : Pensyarah UKM
2. Dr.Zuriah Mahmud : Pensyarah UKM
3. Dr. Salleh : UKM
4. En.Abd Rahim (Kementerian Pelajaran Malaysia, Unit Kaunseling)
5. En Aziz bin Isa (PPD Hulu Langat, Unit HEM )
6. En.Noorhisham Hamzah : Majlis Guru Bimbingan Daerah Hulu Langat
7. En. Muhammad Asri : Kaunselor Negeri Sembilan (Panel Penggubal Buku Panduan Bimbingan dan Kaunseling Negeri Sembilan)
8. En.Jasmi : Kaunselor Negeri Sembilan

Kaunselor Kurang

Dalam majlis ini, Dr.Salleh bertindak selaku pengerusi majlis telah membuka topik perbincangan berkaitan kekurangan kaunselor bagi seluruh Malaysia. En.Rahim memaklumkan kekurangan ini berpunca dari Universiti sendiri yang kurang banyak mengeluar produk kaunselor. Namun Dr. Salleh menyatakan pihak Universiti sendiri tidak menerima permohonan yang banyak dari pelajar. Apa pun, ini kemungkinan dasar kerajaan sendiri yang telah menghadkan kuato pengeluarannya atau pun sebab lain. Walau bagaimanapun buat masa ini, pihak UPSi sendiri sebenarnya telah dan sedang melahir ramai kaunselor.

DATA KAUNSELOR

Menurut data tahun lepas, secara lebih kurang, jumlah sekolah menengah di seluruh Malaysia ada sebanyak 2063 buah dan 6143 kaunselor. Dari sekian ribu kaunselor ini, hanya 40 orang yang tidak / belum graduan. Bermakna kita kekurangan 1700 orang kaunselor bagi sekolah menengah. Sedangkan pihak kementerian layak terima 8000 orang kaunselor, namun yang ada sekarang hanya 2992 orang. Itu tidak termasuk yang sedang dalam proses undur balik semula sebagai guru biasa.

Mengajar dan Tidak

Pihak UKM bertanya pendirian hakiki pihak kementerian berhubung kaunselor samada perlu mengajar atau tidak. Menurut En.Rahim. Pekeliling telah keluar semenjak tahun 1996 lagi yang menyatakan kaunselor tidak perlu mengajar. Sebagai tambahan keluar lagi pekeliling lain yang mengukuhkan pekeliling sebelumnya.

Namun timbul isu kaunselor mengajar atau tidak. En.Rahim telah memaklumkan kepada semua nazir yang turun memantau di sekolah supaya melihat perkara agar seiring dengan pekeliling yang telah dikeluarkan.

Bagi sayalah...kaunselor yang suka mengajar ni ada kemungkinan dia rasa kepakarannya dalam tertentu akan rugi bagi pihak sekolah jikalau tidak diguna. yang kedua mungkin mereka tak ada idea nak cari klien, menyebabkan bilik mereka sunyi dari kunjungan klien, lalu mereka pun ah....masuk kelas je lah...padahal kita ada sukatan sendiri, seperti IKrar UPSR, Soal Selidik, Buletin...Ceramah Isu Semasa (Berkaitan Gejala Sosial ) dan sebagainya..Ayuh kawan...pihak atasan menjadi sukar untuk memperkasa Guru Bimbingan (aspek pengecualian mengajar) kerana ada antara kawan kita yang secara sukarela nak mengajar....apa pandangan tuan-tuan....kaunselor macam nilah kita kena pergi bantu mereka dan tubuh team ten....terdiri dari 10 orang pemikir dan tenaga pakar yang boleh membimbing rakan kita ini....sebagaimana disarankan oleh En.Khairuddin Mohd Amin...

Senarai tugas Kaunselor

Senarai tugasan kaunselor tetap 25 dan ini disimpulkan dalam 10 tugas utama. Pihak U juga memaklumkan mereka terima aduan dari guru lain bahawa terdapat kaunselor yang tak pandai bagi service, selalu keluar, sistem lapuk dan kes banyak tidak selesai. Sedangkan apabila HEM panggil klien, terus selesai, katanya.

Sebenarnya itu adalah kes terpencil, dan kaunselor keluar pun atas arahan dari atasan. Ramai orang tidak faham proses kaunseling yang mesti melalui beberapa fasa. Apa yang orang hendak, cepat selesai. En.Rahim meminta kalau ada teknik terkini yang lebih cepat sebagai terapi untuk klien, mohon disampaikan kepada kementerian untuk di aplikasi.

TEAM TEN / Think Ten

Sementara itu, ada kaunselor yang buntu idea, perlu dibantu. Saya menganjurkan En.Aziz cepat menubuh team ten yang akan membantu kaunselor lain khususnya daerah Hulu Langat. En. Aziz memaklumkan, AJK Majlis itulah yang patut menjadi team ten. Nampaknya tahun 2008, Majlis perlu aktif dengan sokongan semua AJK yang sanggup korban sedikit masa dan tenaga.

Datin Amla bertanya perjalanan perkhidmatan disekolah rendah, saya menjawab, selama ini program berjalan baik, ada sehari 2 hingga 3 sesi kita sempat jalankan, namun ada antara kaunselor kita yang tidak boleh laksanak tugas utama ini disebabkan halangan dari pihak pentadbir sendiri. Sebgai contoh ada sekolah di daerah kita ini yang GB nya tidak suka sesi kaunseling, katanya tak perlu…apabila dia lewat bilik kaunseling dan ternampak klien sedang ber-sesi, apa ni masuk kelas.

TIDAK DISENANGI GOLONGAN KURANG FAHAM

En.Aziz mencelah, memang ada antara pentadbir yang melahir rasa tidak senang dengan kaunselor yang tak mengajar. Padahal ini bertentangan dengan dasar kementerian.

Dr.Zuriah membalas, ini bab persepsi, katanya pandangan orang lain tentang kaunselor masih tak betul, tiada kerja dan sebagainya. Sebab itulah kata En.Rahim, semua guru sekarang diberi latihan kaunseling supaya mereka tahu peranan kaunselor.

BERITA BAIK

Berita baik bagi seluruh kaunselor, bermula tahun 2008. kaunselor akan dicalonkan sebagai kaunselor cemerlang berdasarkan beberapa kriteria. Antaranya sudah 7 tahun memberi perkhidmatan. Mereka yang DG41 akan dinaikkan ke DG44 dan 52. begitu pula DC29 akan dinaik ke DC32.

December 18, 2007

PostHeaderIcon Jangan Parkir Lama Sangat


December 13, 2007

PostHeaderIcon Tips Mengawal Perasaan, Emosi dan Diri

Dalam tips motivasi kali ini saya berkongsi dengam Anda beberapa langkah untuk mengawal perasaan. Sometimes bila kita landa masalah atau gusar sebab memikirkan sesuatu, kita susah nak mengawal rasa takut, susah hati atau rasa tak sedap hati yang tak berkesudahan.Kesannya, Anda susah nak kawal diri. Sampai ke satu tahap, menyalahkan Tuhan kerana memberi Anda musibah. Jadi, untuk mengawal diri sendiri, emosi dan perasaan, caranya :

1. Banyakkan istighfar dan selawatSaya tahu bunyinya remeh, tapi setelah selalu banyak beristighfar dan mengucap selawat dalam sehari, hati rasa tenang, jiwa rasa damai dan terasa ada harapan menempuh apa jua yang mendatang.Sukar untuk saya terangkan di sini, tapi setelah mengamalkannya, saya boleh mengawal emosi dengan lebih matang dan tenang berdepan segala cabaran. Istighfar dan selawat tu lafazakan dengan ikhlas, dengan niat ibadah untuk mendekatkan diri pada Allah s.w.t.

2. Zikir dalam HatiMinda separa sedar sensitif pada apa yang Anda bicarakan di dalam hati. Untuk mengawal emosi, Anda perlu terlebih dahulu pandai mengawal minda separa sedar kerana emosi kita semuanya datang dari situ.Untuk mengawal minda separa sedar dengan baik, Anda perlu selalu bermeditasi, iaitu dengan mendiamkan diri dan bertenang, setenang yang mungkin paling kurang selama 10 minit dalam sehari. Cari tempat yang sunyi, jauh dari gangguan dan luangkan masa untuk bermeditasi. Selalu bertenang dan relaks, be in control.Meditasi yang paling baik adalah yang disertakan dengan zikir untuk menenangkan hati. Amalan zikir memberi ketenangan yang sukar diungkap dengan kata-kata. Bila jiwa tenang dan hati bersih dari segala kerunsingan, mudah untuk kita mengawal diri, emosi, perasaan dan kata-kata.

3. Kawal Apa Yang Anda Katakan dan Apa Yang Anda Fikirkan.Bila Anda melihat orang lain, perangai mereka, kata-kata mereka dan apa saja yang datang dari mereka, fokus pada nilai-nilai positif yang ada pada diri mereka. Fokus pada tu saja, bukan keburukan mereka dan segala yang tak baik pada mereka. Dengan ini, Anda melatih minda separa sedar Anda menjadi positif.Bila kita cenderung untuk melihat keburukan orang lain dan kejahatan orang lain, attitude kita mula terarah kepada yang negatif. Jadi, minda separa sedar kita terdidik untuk melihat kepada yang negatif, yang buruk, yang jahat, yang membuat kita sangsi dan yang rasanya akan menyusahkan kita saja, padahal tidak.Kesannya, kita senang bersangka buruk pada orang lain, situasi, perkara, keadaan, benda dan apa saja yang melanda kita. Lantas, tiba pada satu masa, terasa susah untuk kita mengawal diri.Untuk mendapat hasil positif, kena tanam benih yang positif.Hukum alam ni dinamakan hukum "sebab dan akibat".Anda adalah apa yang Anda fikirkan. Muhasabah diri sendiri sekarang juga.
December 12, 2007

PostHeaderIcon Public Speaking Membuang Rasa MALU

Oleh : NOORHISHAM B. HAMZAH
Pengerusi Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Hulu Langat

LONDON, pihak kerajaan memberi kebebasan kepada rakyatnya untuk menyampaikan apa-apa rasa tidak puas hati terhadap kerajaan,
namun hal ini diberikan dalam satu tempat khas yang dinamakan "speaker corner". Perkara seumpama itu turut di anjurkan oleh
Unit Pembangunan Islam, Majlis Perbandaran Kota Bharu (kini MPKB-BRI) di Taman Hijau 13 tahun yang lalu.


Pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu menjemput murid-murid sekolah menengah untuk memberi ucapan di depan khalayak, tengah- tengah kesemrautan lalu-lintas kenderaan, mereka menempatkan sebuah van yang mempunyai 2 speaker di atasnya. Volume suara dikuatkan, kekuatan tersebut membuat pengunjung semakin bertambah ramai untuk mendengar ucapan demi ucapan. Di selang seli dengan nyanyian nasyid berkumpulan dan solo.

Namun topik yang dibenarkan hanyalah berkisar pada perkembangan remaja semasa
serta isu-isu keagamaan.Rata-rata murid sekolah menengah agama yang hadir dan POndok Modern Bachok turut memeriahkan acara.


Penulis adalah salah seorang dari tenaga penceramah dan menyediakan penceramah muda bagi memenuhi acara tersebut. Program di adakan setiap minggu pada hari Sabtu bermula jam 3.00 hingga 5.00 petang.Apa yang menarik, boleh dikatakan semua peserta yang mengambil acara itu pada 13 tahun itu sudahpun bekerja dengan pekerjaan yang baik,setelah berjaya menyambung pelajaran ke Mesir, Jordan dan Indonesia (penulis).

Eksiden
Pernah suatu ketika,semasa penulis berucap, depannya ada jalan raya, ketika itu ada kereta yang memperlahankan kenderaan mereka kerana ada objek yang sedang melintas, tiba-tiba terdengar bunyi dentuman, perkara ini terjadi ketika penonton lain sedang asyik mendengar ucapan, rupa-rupanya sebuah motosikal dek kerana sambil lalu dan mendengar ceramah, tayar depan motornya melanggar kereta yang berhenti tadi. Spontan semua hadirin ketawa.Sebenarnya speaker corner di ilhamkan oleh Ustaz wan Hassan, beliau ialah pengerusi Unit Pembangunan Islam tadi, beliau ingin meniru macam mana orang putih buat di London
ketika sedang mengambil Master dulu.

Kini penulis ingin mengetengahkan hal ini di Sekolah Keb. Bangi. Ramai juga murid bahkan majoriti pelajar takut untuk bertanya dalam kelas ketika mereka sebenarnya perlu bertanya. Dan apabila guru bertanya apakah anda faham, mereka tunduk dan mengangguk walaupun hakikat sebenar mereka tidak faham.Dan amat menyedihkan, hal ini berlanjut hingga ke peringkat Universiti. Di Aceh, dan Indonesia amnya, pelajar mereka tidak malu-malu untuk bertanya bahkan sangat pandai bersilat lidah untuk menyampaikan suatu pertanyaan. Di Malaysia juga, rata-rata dalam kelas Master, rata-rata mengakui mahasiswa dari
Indonesia lebih petah bercakap dalam kuliah.Di sini ada satu ketinggalan rasanya dalam dunia pendidikan kita di Malaysia, murid TIDAK BERANI bercak
ap.

Ada apa?
Ya, ada apa sebenarnya? itulah malu yang bersarang dihati hingga membawa kerugian diri sendiri. Dari pengalaman penulis apabila kita menyertai acara tadi, rasa malu itu akan hilang, hanya malu diperlukan saja yang ada. Dalam PMD (program maju diri)saya insyaAllah akan mengetengahkan judul ini dalam sebuah silivus. Murid-murid akan bercerita tentang diri mereka secara ringkas. Ia nya seakan public speaking. Kita perlu pecahkan rasa malu tersebut dengan jalan yang paling mudah iaitu menjemput mereka ke depan dan bercerita tentang
diri dan keluarga.

PostHeaderIcon KEKURANGAN KAUNSELOR MEMBIMBANGKAN


SATU peluang pekerjaan wujud lagi. Malaysia memerlukan kaunselor yang lebih ramai bagi menangani permasalah umat yang melanda bangsa lebih serius hari ini.

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Abdul Jalil.

Menurutnya,negara seharusnya mempunyai seorang kaunselor bagi setiap 2,000 penduduk atau 13,000 bagi 26 juta penduduk, tetapi setakat ini hanya 925 kaunselor berdaftar sahaja di seluruh negara.

Dalam pada itu, terdapat juga perbincangan dalam media internet,ada yang melahirkan kerisauan, ada pula yang meminta agar kerajaan memudahkan proses pendaftaran seluruh kaunselor yang telah ada di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.
December 11, 2007

PostHeaderIcon Bilik UBK SMK Kajang Utama


December 10, 2007

PostHeaderIcon Bersama AADK Selangor


ILJAS Sabak Bernam dalam Program Intervensi Pelajar
December 6, 2007

PostHeaderIcon Group Kaunselor Hulu Langat


PostHeaderIcon Anda Adalah Siapa Yang Anda Fikirkan


Salam pembaca blog, apa khabar Anda? Dalam tips motivasi kali ini saya berkata tentang gambaran mental. Ia berkaitan dengan cara bagaimana kita handle gambaran mental yang ada di dalam kepala kita.

Dulu, saya pernah tulis satu quote motivasi berbunyi "kita adalah apa yang kita fikirkan". Fikirkan boleh, maka kita memang boleh buat bila kita start buat.

Bila kita fikir tak boleh buat dan mula timbul keraguan, kita akan mula rasa yang kita dah tak boleh buat, susah jadinya dan macam ia bukan untuk kita. Hmm, sebenarnya, fikiran sebegini memusnahkan diri kita sendiri tanpa kita sedari, bagaikan virus diam yang merbahaya.

Minda separa sedar kita sensitif terhadap gambaran visual yang kita bayangkan, lebih-lebih lagi bila ia disertakan dengan emosi mendalam, perasaan dan diiringi deria pendengaran, sentuhan, bau serta rasa. Saya percaya tiap kali kita memikirkan sesuatu, mendengar sesuatu dan berkata tentang sesuatu, serta merta gambaran mental tentang apa yang kita fikirkan tu akan muncul di dalam minda seperti sebuah klip video ataupun gambar foto.

Tips motivasi kali ini, Anda menjadi setiap apa yang Anda gambarkan. Jadi, untuk berjaya dalam apa jua yang Anda lakukan, gambarkan diri Anda berjaya melakukannya sebelum Anda benar-benar mula melakukannya sekarang ini.

Jika Anda seorang pelajar dan terasa susah nak mengahadapi peperikasaan, tak semena-mena akan timbul gambaran minda yang menunjukkan Anda di dalam kesusahan menghadapi kertas peperiksaan tersebut, jadi resah, gelisah dan tak keruan. Bila ini yang Anda gambarkan, maka itulah yang akan jadi sebab gambaran mental berkait rapat dengan fikiran kita, lalu memberi kesan kepada fizikal kita serta anggota-anggota badan yang lain, sebab tu jadi berpeluh, jantung berdegup kencang dan tetiba rasa risau. Last-last, macam susah nak jawap exam paper.

Penyelesaiannya, tukar gambaran mental tu.. gambarkan yang Anda melihat diri Anda menjawap kertas peperiksaan tersebut dengan lancar dan fakta-fakta yang Anda ingati mengalir laju macam air. Nak jawap peperiksaan, kena relaks dan biar dalam keadaan tenang.

Mengapa pula? Sebab, minda separa sedar yang menyimpan memori takkan memberi Anda jawapan yang Anda mahu jika Anda terus menerus tertekan, rasa gelisah, resah dan tak selesa. Tukar gambaran mental Anda kepada sesuatu yang baik, wujudkan ia seperti sebuah klip videe yang bergerak dan Anda melihat diri Anda menjawap dengan dengan baik.. lama-lama, semangat akan timbul dan Anda mula mendapat inspirasi untuk menjawap peperiksaan.

Cuba dulu dan Anda akan rasa kesannya. Semoga Berjaya !

PostHeaderIcon SMK Jalan Reko, Antara Persepsi dan Realiti

December 4, 2007

PostHeaderIcon Senarai Sekolah Daerah Hulu Langat

HARAP TUAN-PUAN DAPAT MENJELASKAN YURAN TAHUNAN SELEWATNYA BULAN FEBRUARU 2008




SK Sri Jelok
Puan Nor Hazimah
SK Tun Abdul Majid, Hulu Langat


Pn.Hazizah Bachek,
SK Beranang
Pn.Nur Faridatul Azna,
SK Jalan Enam

SK Leftan Adnan
SK Ampang Campuran

SK Taman Bukit Teratai
SK Bandar Tun Hussin Onn
SK Taman Jasminn link ke website sekolah
SK Desa Baiduri


SK TAAM
SK Ramal Dalam
SK Semenyih
SK Dusun Nanding klik Link Sekolah
SK Panda Perdana Link
SK Taman Kosas
SK Semyih
SK Ampang
SK Ulu Semyih
(SK Tasek Permai)
SJKT Kajang

SJKC Kg Baru Ampang
SJKC On Pong
SK Semenyih
SJKC Sg Chua
SK Kajang
SK Lemah Jaya
SK Bandar Baru Bangi
SK Bandar Rinching Link Sekolah sudah ada
SK Cheras Indah
SK Sg Serai
SK Bukit Raya
SJKC Kg Baru Ampang
SK Ampang
SJKC On Pong
SK Leftan Adnan
SK Cheras Jaya
SK Taman Tasik
SJKC Batu 9
SK Jalan Semyih
SK Jalan
SK Seksyen 7 kunjungi blog sekolah

SK Bangi kunjungi blog sekolah
SK Bdr Tasek Kesuma
SK Taman Muda
SK Desa Baiduri
SK Batu 9
SK TAAM
SK Sg Kantan
SK Jalan
SK Dusun Tua
SK Rinching Hilir
SJKC Sin Ming
SK Bandar Rinching
SK Bandar Teknologi
SK Taman Rakan
SK Sg Kantan Permai
SK Jalan Bukit
SK Sg Serai
SK Jalan
SK Seri Sekamat
SK Pandan Jaya
SJKC Balakong
SJKC Yu Hua

SJKT Ladang Rinching
SK Taman Bukit Teratai
SK Bandar Tun Hussi Onn
SK Jalan 3
SK Lembah Jaya
SK Taman Tasik
SK Tasek Kesuma
SK Saujana Impian
December 2, 2007

PostHeaderIcon Buletin Kaunselor Langat


Assalamualaikum dan Salam sejahtera, salam buat pertama kali di arena bahasa tanpa suara. Buletin ini digarap khusus buat Kaunselor Daerah Hulu Langat, setelah usaha untuk bertemu secara live dengan semua tidak semudah yang di jangka.


Baiklah tuan dan puan serta cik, dato dan datin sekalian, saya En.Noorhisham Hamzah, guru Bimbingan SK Bangi selaku Pengerusi Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Hulu Langat sebagai penulis bagi edisi pertama buletin ini ingin memperkenalkan diri.
Ada beberapa perkara yang perlu saya bawa dalam buletin ini untuk perkongsian serta maklumat semasa berkaitan perkembangan ”dunia kita”.

KANTONG BERBUNYI


Kami pihak AJK sesi 2007-2008 menyimpan hasrat untuk mengadakan program buat para Kaunselor. Tapi keadaan memaksa kita pendam dahulu hasrat tadi. Ini kerana 1 perkara sahaja, buat masa ni, kantong kita belum mencukupi untuk mendanai projek seindah yang kita harapkan.


Dengan ini secara tidak langsung, kami berterima kasih kepada yang telah menjelaskan yuran tahun 2007 dan kepada yang belum kami doakan semoga dilapangkan rezki dan jalan untuk itu.
Selain dari itu, kita perlu mengadakan beberapa aktiviti untuk menambah dana Majlis. Usaha pertama untuk membeli SPk (sistem pengurusan kaunseling) menemui jalan buntu. Ini kerana banyak yang tidak setuju, tidak tahu, dan ada yang ditolak oleh masing-masing bos walaupun pesanan sudah tiba di pejabat.


Hmm, nak buat macam mana lagi ye. Tanpa duit kita ketandusan program. Hanya dengan apa kita boleh kumpul dana. Dengan ini juga, kami harap kepada yang tau jalan untuk mengumpul dana, silakan hantar saranan anda ke afraima@yahoo.com.
Untuk pengetahuan, Blog kaunselor Langat sedang menanti laporan dari anda berbentuk gambar, baik ianya terlibat langsung dengan Bimbingan dan Kaunseling maupun tidak. Coretkan sedikit maklumat untuk perkongsian bersama.


Saya secara peribadi menyarankan anda membina blog peribadi untuk bimbingan dan kaunseling, biarlah masing-masing kita guru kaunseling di daerah ini mempunyai laman blog sendiri. Sebagai contoh anda boleh ziarah ke laman blog saya di norish77.blogspot.com. Dari situ anda boleh ke KaunselorLangat menerusi link yang ada. Dan saya akan link kan dengan semua sekolah di daerah Hulu Langat, khususnya bidang Bimbingan dan Kaunseling.


Andai tuan sudahpun ada blog atau web tersebut, silakan hantar pada emel diatas.
Tuan dan puan boleh melihat contoh buletin bulanan yang telah saya keluarkan, ianya mendapat reaksi positif dari ibu bapa dan guru-guru. Dengan itu anda boleh menambah nilai perkhidmatan anda.


BERITA SEMASA


Di Asset Bangi, pihak PPDHL telah mengadakan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Daerah, antara penerima adalah SK Tasek Permai, yang menang atas tiket Tokoh Pelajar, SK Ampang Pengurusan Kaunseling Terbaik, SK Jalan 3, PRS terbaik, Mento mentee SK Bangi. Pihak AJK merakam TAHNIAH dan berharap sekolah lain boleh mengambil contoh apa yang telah mereka lakukan. Untuk itulah, perlunya sebuah blog. Namun bukan mudah juga, ianya memerlukan talian internet streamyx, dial up? Sorry la bang, lambat sangat bukan nak kata, tapi tengah mengatalah nih. Kedua perlu sedikit masa. Ketiga..korban sikit fulus....
Akan tetapi kalau adanya semangat dan keinginan yang sungguh-sungguh, kita boleh jelmakan semua itu dalam alam realiti. Dengan harapan dan doa, kita boleh buktikan.


Andainya tuan-puan pun turut inginkan semua ini, tetapi terhalang dek kabur internet, pihak AJK sedia mengatur waktu untuk mengadakan kursus seumpama ini.
Malangnya, bukan setakat Hulu Langat, tapi seMAlaysia pastinya, ramai guru kurang memanfaatkan bahan ICT era kini.

KAUNSELOR KURANG

Entah apa yang menjadi block, mungkin kesibukan para kaunselor memenuhi keperluan diri dan kerjaya. Oh ya, pada yang ada emel, silakan daftar ke kaunselor langat, sekarang ini ada permintaan untuk mendaftarkan jumlah kaunselor di negara kita. Anda akan terima sekeping borang yang minta untuk dipenuhi dan dihantar untuk tujuan pendataan.
Bagi yang belum ada emel, sempat-sempatkanlah masa untuk membinanya. Banyak bahan dalam dunia IT ini yang boleh kita ceduk, tinggal tahu saja rahsianya.

Baru-baru ini juga diadakan seminar berkaitan kaunseling di Kajang, antara tetamu undangan ialah Dato YB Hishamuddin, Menteri Pelajaran Malaysia. Saya sempat mengambil beberapa bahan berkaitan buli.

Anda yang tak dapat jangan khuatir, ianya boleh di ambil dalam web www. cegahsalahlaku.org. terdapat gambar karton yang menarik. Mungkin boleh di print out sebagai banner atau bunting...banting lah.

Akhir kata, terima kasih atas semangat anda membaca buletin ini dan mohon maaf andainya tidak sesuai pada tempatnya.

PostHeaderIcon Buletin Kaunselor Langat sedang di edit


Sila Download di alamat berikut
http://www.scribd.com/doc/760606/Buletin-Kaunselor-Langat

Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive