komen

November 21, 2007

PostHeaderIcon VISI DAN MISI


En.Rabuni Guru Bimbingan SK Bandar Rinching

VISI, MISI DAN FALSAFAH
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELI
NG


VISI

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif
di sekolah menjelang tahun 2010


MISI

Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:

Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar.
Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar.


FALSAFAH

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

Apa cerita di sana?


Free chat widget @ ShoutMix

Renungan


Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i

Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya

Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana

Blog Archive